Dugaan Cabaran Bekerja Dengan Orang Yang Beremosi

Saya wanita bujang nak masuk pertengahan 30-an. Bekerja di syarikat swasta yang terkemuka di Malaysia selama 12 tahun. Saya menetap jauh dari keluarga di mana keluarga menetap di utara.

Kisahnya, saya bekerja di department yang sama tetapi bertukar unit sebanyak 3 kali. Unit yang sekarang ni saya banyak dealing regulation & saya da kerja bahagian ni selama 9 tahun.

Kerja pertama saya dulu adalah sebagai customer service staff face to face staff. Saya kerja bahagian ni 8 bulan. Kemudian saya transfer ke bahagian staff management. Kat sini drama bermula dalam hidup saya.

Masa saya kerja di bahagian ini, semuanya perempuan termasuk supervisor saya masa tu iaitu supervisor A. Supervisor A saya tu Cina, manakala team mates saya 2 orang Melayu termasuk, jadi total team kami ada 4 orang.

2 bulan pertama saya kerja bahagian semuanya nmpk ok & harmoni. Tetapi bila masuk bulan2 seterusnya da nampak perangai masing2.

Supervisor saya dia baik tetapi, bila ada isu2 management yang melibatkan dia, dia memang akan bising2 & membebel, & jika ada kesilapan atau yang memerlukan khidmat dia, dia memang cakap main lepas ikut mulut dia tanpa berlapik jika mood dia tak baik.

Saya akui pada awal penglibatan kerja ni, saya agak slow sebab saya pun fresh graduate masa tu jadi banyak perkara nak belajar, nak kene catch up & at the same time tak boleh ada salah sedikit pun dalam report.

Kalau salah sikit je, dia punya bising & kata2 yang memedihkan perasan mula la keluar, contoh antara ayat yang saya pnah dapat sebab tersilap satu digit dalam report (masa tu key in manual tak de system canggih macam sekarang),

“We don’t have time to babysit you, we also have another work to do…..”

Saya acknowledge & berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tambahan pula bila 2 orang teammates pun turut sama memberi tekanan pada saya seperti bising kat saya kerana tersilap reports & membebel & siap cakap,

“Akak tak tahu la apa pemikiran awak macam mana” & sorang lagi jadi batu api untuk panaskan lagi situasi.

Disebabkn masing2 bagi expectation kat saya, saya menjadi agak tertekan untuk mengelakkan kesilapan tidak berlaku langsung,

Sedangkan ada ja di antara mereka ada juga kesilapan yang sama masing2 act seperti biasa macam tiada apa2 & supervisor saya pun tak marah sangat kat diorang macam mana saya kene marah.

Dari situ saya da nmpak tak fair tapi saya berdiam diri kerana tak nak masalah timbul.

Tapi selama setahun saya kerja bahagian ni, saya dapati kalau ada salah sikit mesti masing2 akan salahkan saya seteruknya2 seolah2 saya buat kesalahan besar yang akan masuk penjara tetapi jika mereka yang buat kesilapan tu umpama tutup sebelah mata je.

Saya da mula rasa demotivated masa tu, mana tak berapa kali saya dimalukan depan staff2 lain. End up saya jumpa dengan supervisor cakap saya nak transfer. Saya cakap saya rela bekerja di tempat kerja lama saya semula iaitu customer service.

Tetapi pihak management berpendapat saya ada kebolehan dalam Microsoft skills & saya di transferkan ke bahagian regulations which is kerja saya sekarang.

Ya, untuk unit ni pun, kebanyakannya perempuan, supervisor B perempuan & hanya ada sorang lelaki je masa tu. Di sini, drama lain pula.

Jika unit lama saya they expect perfection. Unit ni ya expect perfection juga tapi agak worse. Supervisor B & anak2 buah tak ngam.

My supervisor B ni masa tu dia berusia lewat 40an & tidak berkahwin, manakala anak2 buah dia which team mate baru saya mse tu, semua da berkahwin, ada anak kcuali saya.

Saya dapati ada puak2 dalam team kecil saya ni, supervisor B dan team mate sorang tak suka 2 orang ni. & 2 orang ni pula tak suka supervisor B & teammate ni.

Everyday memang selalu dengar team mate yang tak suka supervisor B ni bising2 & gosip pasal supervisor B & team mate yang tak suka mereka.

Pendek kata mereka ni tak suka antara sama lain la. Saya sejenis jika diberikan tugasan saya memang akan fokus untuk siapkan & tak delay la.

Masa awal2 tu kerja saya tak banyak, jadi selebihnya saya tolong supervisor shredded document2 yang bertimbun since 2 tahun.

Saya ni umpama orang tengah, saya masuk je mana2 sebab for me masuk office fokus kerje. To be honest lama2 pun kerja tak fokus sangat bila senior 2 yang mendominasi ni suka sembang gosip sampai saya pun terikut sekali, tetapi kerje saya always done.

Supervisor B saya ni pula memang mood swing, ikut mood dia la kadang2 ok kadang2 tak . Cabaran dengan dia pula, dia suka bagi kerja lambat tapi nak cepat siap, bagi kerja tak bagi instructions yang jelas suruh kita fikir sendiri bila kita tanya dia.

Bila ada mistake, habis saya juga kene marah padahal dia juga yang tak bagi guidance. Pendek kata kerja dengan dia kene banyak berdikari.

Sampai satu tahap, supervisor B saya ni ditukarkan ke unit lain & kami dapat supervisor baru supervisor C which is wanita juga, masa tu dia berusia 30 an & baru naik pangkat. Dia gantikan supervisor B saya.

Kebetulan umur dia dengan umur teammate saya yang sorang da kahwin tu sebaya. Bezanya supervisor C ni tak kahwin lagi. Dan pada masa tu juga ada new team member masuk gantikan sorang team member yang da resign. Dia juga di transferkan kerana masalah kesihatan.

Supervisor C seorang yang agak ambitious & akan buat apa sahaja tugasan yang diberikan oleh management walaupun tak masuk akal & tak efficient pun tugasan. Dia juga seorang yang sangat particular.

Adakalanya dia suka fokus perkara2 yang kecil yang tak memberikan apa2 impak besar tetapi terlepas pandang untuk fokus pada isu2 yang lebih besar. Dia & team mate saya yang sebaya tu sering argue sebab masing2 berbeza pendapat.

Masing2 ada egonya tersendiri. Bila ada task yang saya kene buat supervisor C cakap kene buat, tapi team mate yang sebaya dengan dia cakap tak payah buat.

Bila ada argument macam ni, masing2 (Supervisor C & teammate sebaya dia) akan tanya saya kenapa buat macam ni, bila beritahu masing2 just blame each other. Keadaan ni umpama 1 kapal ada 2 kapten.

Sampai masa, supervisor C resigned, now team mate yang sebaya dengan dia pula jadi supervisor kami which is Supervisor D. Saya bekerja di bawah dia hampir 9 tahun sehingga sekarang.

Dia ni la salah sorang team mate saya dulu yang suka bergosip & sehingga sekarang pun masih sama sahaja. Cabaran & dugaan dengan dia pula tak banyak beza, cuma dia seorang yang agak emotional, sensitif & mudah sentap.

Sikapnya juga sama seperti supervisor B, tapi dia agak lain sedikit. Selama apa jua tugasan yang diberikan saya lakukan dengan sebaik2nya.

Jika ada kesalahan, perkataan yang dilemparkan pada saya pun tak da beza dengan supervisor A dan B. Menguris sehingga saya menangis & sehingga Kini saya saya masih menangis. Cara beliau memimpin more to boss type rather than leader.

Dia sering bagi instructions yang kurang jelas & bila di tanya selalu juga kene ghosting sampai tahap kene cari analisis maksud instructions dia tu (which ambil masa juga). Team mate pula sama ada egonya & agak berkira.

Dia seorang yang agak berkira2 bila pembahagian tugasan kerja tak suka buat kerja lebih, seorang yang self center merasakan dia je kerja paling banyak walhal kalau di banding lan dengan saya, hmmm saya tak nak la berkira2.

Team mate ni pula ada sikap dia yang dia ni mudah sentap tak kisah la even dengan supervisor even head of unit pun, kalau dia tak puas hati dia being defensive. Saya selalu jadi mangsa dia bila mood dia tak baik.

Dengan dia kene tak bole marah2 atau cakap kasar walhal dia melakukan perkara yang sama terhadap & lebih teruk lagi tak pa pula.

Bila saya utarakan Sikapnya itu, dia akan mula tak tegur saya & berdiam diri tak kan bercakap dengan saya walaupun ada perkara yang melibatkan kerja dia harus bagitau saya tapi dia akan bersenyapkan diri.

Owh ya, dia juga seorang perempuan & tidak berkahwin. Saya mengelarnya perempuan kerana sikap tidak matangnya itu & layanan dia terhadap saya.

Selama 9 tahun bekerja dengan mereka, my mind terkesan. Dalam tempoh 9 tahun saya penah beberapa kali minta transfer tapi tak de rezeki.

Dalam 9 tahun syaa bekerja saya ambil keputusan untuk sambung belajar Degree kerana saya nak improving myself since asyik kene buli di tempat kerja.

Supervisor D apabila mendengar keputusan syaa utk sambung belajar dia cakap macam ni “sambung belajar tinggi2 pun bukannya boleh naik pangkat”.

Agak mengecewakan sebab satu, negative respon, kedua, dia salah tafsir keputusan saya, saya sambung belajar bukan untuk naik pangkat.

Alhamdulillah, saya berjaya tamatkan degree tanpa sokongan yang positif dari rakan2 sekerja hanya head of unit pada ketika itu sahaja bagi sokongan pada saya & rakan2 dari department lain yang turut support saya.

Ketika pandemic, semua team saya dapat laptop & Work from home (WFH) selama beberapa bulan tinggal la saya sorang sahaja dalam team bekerja di office kerana masa tu dikatakan laptop tak cukup.

Bayangkan la pandemik pertama, semua orang takut nak keluar rumah & saya juga salah sorang yang nak juga selamatkan diri. Tetapi apa kan daya saya kene kerja di office masa tu.

Sepanjang saya bekerja di office takde sorang pun team saya yang WFH bertanya khabar saya & bagaimana situasi saya di office.

Sebaliknya hanya tanya saya jika nak tahu isu2 dekat office. Saya masih ingat sepanjang pandemik saya bekerja di office & mereka selamat WFH, saya penah whatsaap tanya soalan pasal kerja, jawapan balas yang saya dapat dari supervisor saya agak kasar, dia reply “So apa masalah nya”.

Memang akan ada cabarannya bila bekerja dengan orang terutamanya dengan orang perempuan. Saya sebagai seorang wanita mengakui perkara tersebut setelah beberapa tahun bekerja dengan perempuan.

Saya pernah bekerjasama dengan lelaki ketika sambung belajar degree iaitu distance learning di UiTM, saya dapati banyak perkara yang saya belajar & explore.

Sepanjang tempoh kursus degree selama 5 tahun, Saya dapati environment pekerjaan yang positif will lead to positive staff to become positive person.

Dan lelaki selalunya jarang emosi, mereka lebih bertenang & santai2 w’pun tugasan masa tu agak berat. Pendek kata saya tak begitu tertekan bila bekerjasama dengan mereka.

Ditambah pula saya berkenalan dengan ramai kawan2 wanita yang satu kursus dengan saya juga lebih matang, positif & professional w’pun umur mereka agak muda dari saya.

Mungkin environment company mereka yang agak professional. Mereka share juga ada weakness in their environment but most of them have supportive leader & team mate.

So apa yang saya boleh katakan. Tidak ada tempat mahupun manusia sempurna termasuk la kita. Hidup adalah satu ujian pada kita. Kita tidak boleh mngawal orang sekeliling tetapi kita boleh kawal diri kita & decide apa yang kita nak buat.

Majukan diri kita & jangan biarkn apa yang orang lain fikirkan pasal kita, layanan mereka mempengaruhi diri kita.

Jika kita rasa tidak kene atau negative things in our environment, choice is in our hand either kita nak stay or keluar. Atau jika kita tak mampu nak keluar, cipta halangan untuk elak these negative things mempengaruhi kita.

Apa yang sya lakukan untuk survive in these kind of environment (kerana saya masih perlukan pekerjaan utk biayai komitmen & beri duit kat mak ayah)

Adalah satu; block mereka2 yang give bad influence to you from your socmed account, dua; Anggap mereka2 ni sebagai kawan sekerja bukan kawan (officemate not friend),

Jauhkan perkara2 yang lagha contohnya bergosip, jangan layan kcuali jika perlu apabila melibatkan kerja. More self-love, surrounding yourself with positive friends & always do reading & research on ilmu pengetahuan (bukannya hiburan).

Dan paling utama, jaga amal ibadat kita pada Allah, minta, mengadu pada Dia & berharap pada Dia. Sekian artikel saya yang panjang lebar.

Sekadar perkongsian hidup saya tidak ada niat pun untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Setiap orang hidupnya tak sama.

Yang penting belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ada, jangan sesekali membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, hormat setiap orang & jangan memandang rendah orang yang kita rasa bawah daripada kita kerana itu yang menaikkan ego kita.

Ingat kerana ego, iblis dihalau dari syurga.

– Fatimah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *