Penatnya Mental Aku

Taip padam taip padam… tak pernah aku nak luahkan pada sesiapa. Sebelum ni pernah tulis surat cerita masalah aku kt seorang well known motivator kat satu majalah.(masa tu takde handphone). Tapi senyap saja.

Takde balasan. Masa tu adela darjah 5 ke 6. Aku stress. Kawan2 ejek aku. Aku sakit. Tapi semua orang macam tak amik tahu, termasuk parent aku.

Nama aku Bunga. Usia lewat 30an. Aku luahkan kat sini sebab aku perlu luahkan. Ekoran dari kes kelar anak bini. Aku sedih. Aku seorang surirumah sepenuh masa. Dah berkahwin, ada 2 anak. Berbalik cerita mula2 tadi. Aku dilahirkan sempurna.

Tapi dalam darjah 2 ke darjah 3 aku kerap sakit kaki. Pinggamg aku sakit. Setiap hari pinggang dan kaki aku denyut2. Tak dapat tidur nyenyak. Bila aku panggil mak, adakalanya mak urut. Tapi adakalanya mak marah, mungkin aku ganggu tidurnya barangkali.

Yela pukul 3 ke 4 pagi. Keluarga aku orang susah. Ayah aku kerja buruh. Mak aku kerja tukang masak. Aku sayang mak aku. Pernah sekali mak seakan mcm campak minyak urut suruh aku urut kaki sendiri. Aku sedih. Aku sakit.

Lama2 aku tahan saja sakit tu. Kaki aku makin bengkak. Dari lurus jadi bengkok (sebelah kaki sahaja). Ya, aku dah jadi cacat. Tapi apalah yang aku tau sangat. Masa tu pun aku darjah 4 ke 5 camtu.

Aku pun tak tanya kenapa mak aku tak bawa aku ke hospital. Mungkin sebab takde duit. Ayah aku rajin bekerja. Dan rajin juga berjudi. Aku benci sangat ayah aku. Suka habiskan duit. Tak solat. Asal maghrib saja, berjudi.

Kat sekolah, aku selalu kena ejek dengan kawan2. Yela kaki aku bengkok. Tak boleh join banyak aktiviti. Sampaila ke sekolah menengah dan masuk universiti. Confirmla aku tak ramai kawan.

Ops bukan tak ramai, tapi takde. Sebab aku malu dengan kekurangan aku. Ada yang nak berkawan, tapi aku malu. Kawan2 sekolah menengah dan universiti tak tahu kekurangan aku. Aku sorokkan dengan memakai baju kurung dan seluar track yang besar.

Aku stress. Aku sakit kaki. Tapi mak ayah aku tak pernah selami kehidupan seharian aku di sekolah. Mereka tahu aku cacat. Tapi tak pernah tanya face to face.

Aku nak luahkan. Nak bercerita dengan mak. Tapi mak macam tak nak dengar. Aku ingat lagi satu hari aku nangis, mak datang kat aku tanya kenapa.

Aku beremosi. Nangis teresak2. Aku nak cerita dan mengadu pada mak. Tapi sekerat jalan cerita, mak keluar dari bilik aku tanpa apa2 nasihat. Aku nak luahkan pada seseorang.

Mengenai kesakitan aku, pasal bf. Ramai nak kenal aku, tapi diorang tak tahu aku cacat haha. Ye memang, aku ada rupa, kulit putih bersih, pemalu. Tapi diorang tak tahu aku cacat.

Aku stress. Dari sekolah rendah aku selalu hentakkan kepala aku kat almari rmh aku. Aku menangis. Aku luahkan pada teddy bear aku. Aku tanya Allah kenapa kaki aku hodoh dan bengkok. Kenapa semua orang tak peduli. Aku nak pakai cantik2.

Aku nak pakai seluar jean. Aku nak pakai dengan blouse. Ni tidak, asik pakai baju kurung. Aku nak bergaul dengan kawan2. Aku nak berasa yakin berdepan dengan orang. Mak aku pernah cakap aku ‘anak sial. Tak sedar diri dahla rupa tu buruk’.

Sampai sekarang aku tak leh lupa. Mungkin mak aku stress dengan perangai aku yang suka memberontak dan bergaduh dengan adik beradik. Sebab aku nakkan perhatian.

Sampailah lepas gred diploma, aku tak tahan. Memang aku berterus terang dengan mak ayah aku. Aku tanya kenapa tak pernah bawak aku ke hospital. Aku sakit. Dari normal dah jadi cacat kekal. Aku paksa mak ayah aku bawa aku ke hospital. Nangis2 aku.

Satu hari aku ke hospital besar dengan mak. Pakar tulang terkejut kenapa biarkan bende ni membesar. Nasib baik bukan kanser tulang. Aku hanya ada tumor sahaja dan pembesaran tulang dah berhenti. Jadi tumor di sendi2 aku dah berhenti membesar.

Aku nangis. Aku malu dikelilingi doktor pakar dan pelatih. Tengok kakiku yang hodoh dan bengkok. Aku terus salahkan mak aku kerana tak buat apa2 tindakan.

Menurut doktor, kalau dari awal bawa ke hospital, doktor akan buang ketumbuhan di sendi2 dan pembesaran tulang berlaku secara normal.

Tapi tula nasib aku. Masa di hospital, sebelum dioperate, aku slalu dikelilingi doktor pelatih. Tanya macam2. Ada seorang doktor sampai skg aku tak boleh lupa. Die cakap. ‘ muka cantik, tapi sayadenganya cacat. Ade ke orang nak kawen dengan die’. Guess what?

Sedehnya aku. Aku tutup mata. Bergelinangan air mata aku. Tapi aku simpan saja. Aku tak ceritakan kat mak. Sebab mak pun mcm taknak tahu masalh aku.

Lepas operation, alhamdulillah adalah perubahan sikit. Doktor dah buang mana tulang yang berlebihan. Dan aku kena pakai besi untuk luruskan kaki aku. Tapi doktor cakap die tak boleh luruskan mcm orang normal, tapi bolehla.

Kaki aku masih lagi bengkak dan bengkok sikit. Tak kan elok. Doktor cuma buang ketumbuhan di bahagian lutut sahaja. Jari kaki aku tak dapat dipulihkan. Doktor dah betulkan urat yang terselit di celah2 tumor tu.

Jadi lepas pembedahan tu, alhamdulillah aku dh tak sakit pinggang. Aku boleh tidur dengan nyenyak. Tapi parut2 di kakiku masih hodoh. Kekal. Takpe. Aku bersyukur apa yang ada.

Sekarang aku dah berkahwin. Malu dengan husben? Of kosla. Sebelum kawin aku berterus terang dengan masalah aku. Die cakap boleh terima.

Aku pun pilih husben yang tak hensem, sebab aku sedar diri aku bukanla sempurna. Dari awal tahun perkahwinan, aku perasan husben aku banyak kali terkantoi layan porn.

Aku sabar. Aku nasihatkan die. Ye, die berhenti. Tapi aku tak pernah cek kat hp die. Sampailah nak dekat 10 tahun perkahwinan, 1 hari, terkantoi die layan porn lagi.

Aku sedeh. Sebab aku banyak sangat kekurangan. Maruah aku dipijak2. Aku tak tahan. Aku nak cerai. Die merayu sampai cium kaki aku mintak maaf.

Oh ya, aku ada anak yang sakit dan memerlukan perhatian. Jadi disebabkan anak aku, aku tahan saja. Kalau aku cerai, camne nak sara anak aku.

Aku surirumah. Takde income. Umur pun nak dekat 40. Dah 7 tahun berhenti kerja (sebab nak jaga anak aku yang sakit). Lagipun gaji laki aku agak tinggi.

Aku stress kat rumah. Penat buat keja rumah. Sepanjang 10 tahun kawen, semua keja rumah aku buat. Husben aku pemalas. Nak kena suruh baru buat. Tu pun yang ringan2.

Baru saja tahun ni die berubah lepas aku nk ugut cerai tu. Die tolong aku masak, cuci toilet, basuh pinggan. Sebab sebelum ni aku rasa aku maid dia.

Aku takde kawan nak luahkan. Aku rasa seakan kosong. Mungkin faktor umur, aku rasa dah tak boleh pendam sangat masalah. Dada aku sakit. Aku sesak nafas.

Setiap hari aku tidur dalam kol 2 3 pagi. Aku selalu menangis tanpa sebab. Dah nangis rasa lega sikit. Aku baru kehilangan bayi dalam kandungan berusia 5 bulan. Aku sedeh sangat. Dah setahun lebih berlalu, tapi setiap hari aku teringat.

Maaf ya cerita aku panjang. Aku pun tak sedar aku menaip panjang. Doakan aku sembuh mental dan fizikal.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *