Aku Yang Menerima Kad Kahwin Kau

Assalamualaikum. Aku seorang wanita. Cukup matang. Cukup faham mengenai hati dan perasaan.

Beberapa waktu dan beberapa Hari ini akuu menangis senangis nya. Aku meraung seraung nyaa. Aku murung selama beberapa hari. Tidak lalu makan.

Tapi selepas membaca dia confessions ini iaitu :

1) My life is… (https://iiumc.com/my-life-is/)

2) Dan sekiranya aku belum kahwin lagi (https://iiumc.com/sekiranya-aku-belum-kahwin-lagi/)

Ada sesuatu yang menyedarkan akuu. Yang membuatkan akuu sedar hakikat hidup ini..

Pembaca mesti baca dua confessions. Ada banyak mesej dan sarat pengajaran penting. Terutama untuk gadis yang ingin berkahwin atau sudah berkahwin. Ambil lah sesuatu pengajaran dari dua confessions ini.

Ok berbalik pada kisah saya.

Saya menangis kerana saya sangat kecewa. Seseorang lelaki yang sangat saya cintai bakal berkahwin dengan orang lain beberapa hari lagi.

Selepas tali yang dia lemparkan saya sahut. Kemudian selepas beberapa fasa seolah2 Kami saling mencintai.

Rupanya akuu yang bertepuk sebelah tangan.

Rupanya akuu yang berharap.

Rupanya semua sikap ambil berat dia selama ini adalah palsu.

Rupanya sikap dia yang selalu merenung wajah mulus saya ini juga palsu.

Rupanya kata2 ingin menjadikan saya isteri nya juga palsu.

Rupanya juga perhatian dia, kata2 manis dia semua nya palsu belaka.

Rupanya sikap dia yang bersahaja berseleroloh mahu kahwin la mahu anak la. Semua dusta semata !

Rupanya juga perkataan sweet2 lah apa lah di chat Kami juga palsu semata2.

Rupanya perwatakan dia yang introvert, baik dan jenis family men selama ini hanya pandangan palsu dimata saya.

Banyak yang saya baru sedar. Kepalsuan dari lelaki yang saya sangat cintakan.

Allah saja lah tahu hati ini. Remuk dan hancur. Bukan masa sekejap semua ini berlaku. Dan bukan mudah untuk saya move on segera.

Dan tiba2 saya terbaca dua confessions hari ini. Seolah2 tuhan ingin tenangkan hati saya.

Satu confession berkenaan suami dia yang pamerkan sikap sebenar ketika dirumah bersama isteri. Tetapi dengan orang luar pijak semut tak mati.

Kasihan kepada isteri dan anak confessor ini. Bahaya lelaki baik ini. Sikap nya terlindung disebalik isteri yang kasar.

Satu lagi confessions berkenaan isteri yang inginkan perkahwinan idaman dan hidup belum stabil untuk ada anak. Rata2 Komen supaya redha.

Tetapi bukanlah mudah juga sebenarnya. Tambah2 untuk isteri. Kerana hanya perempuan yang menanggung sakit mengadung, bersalin, penyusuan, berpantang..

Mungkin Allah mahu saya baca kisah ini. Sejujurnya jika saya ada di situasi mereka. Saya juga tidak kuat. Saya juga akan kecewa. Akan sedih. Akan murung. Tetapi saya bersyukur.

Saya belum berkahwin. Hanya putus cinta. Sekurang2 sakit tidak lah dalam. Apa yang saya boleh katakan.

Sebelum berkahwin kenal dahulu bakal suami & isteri masing2. Kenal dalam-dalam. Ada lebih baik untuk luangkan waktu untuk melihat dia marah, tiada duit dan cara dia dengan orang sekeliling.

Ya. Cinta sahaja tak cukup. Lelaki mesti stabil kewangan. Stabil itu bukan lah Kaya-raya.

Tetapi cukup sekadar situasi tidak menekan selepas kahwin.

Saya yang terlalu kecewa mahu berkahwin dengan lelaki yang saya cintai. Firasat saya sangat kuat dia juga sayangkan saya.

Tetapi segalanya telah terlambat. Saya telah menerima jemputan kad kahwin dia. Dia bakal berkahwin.

Semoga awak bahagia di atas penderitaan saya ini.

Tolong doakan saya kuat. Saya masih mencari hikmah disebalik dua kisah ini.

Dua kisah ini seolah2 memujuk saya. Seolah2 menenangkan hati ini. Seolah2 juga menberitahu kesakitan yang belum saya tanggung & lalui.

Saya wanita. Mereka juga wanita. Sedikit pasti terkesan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

Doakan mereka ya.

Doakan saya juga.

Cukup lah dikurniakan jodoh yang penyabar, penyayang, stabil kewangan, ayah yang bertanggungjawab dan suami yang prihatin.

Dan untuk gadis diluar sana yang putus cinta, ditinggalkan, di buang, ditepuk sebelah pokok, dimainkan hati. Bacalah kisah2 ini. Ada mesej berharga buat Kita.

Bigs hug. Salam sayang. Selamat Malam.

– Solehah. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *