Hi hello2, aku bekerja sebagai akak HR. Department yang paling tak disukai oleh setiap company kan. Eleh ngaku je lah at least sekali seumur hidup pernah nak maki HR kan?
Sebelum kecimpung dalam bidang HR ni, aku bekerja sebagai kerani biasa je. Kira nya masuk bidang HR ni as a entry level.
Now almost 7 years aku dalam bidang ni. Bermacam-macam cabaran lah kena hadap. Sampai satu tahap memang bawak balik sekali stress kerja tu dirumah.
Mood auto silence yer bila balik rumah. Rutin harian selama 5 hari tu sama je. Kerja, balik rumah tak bersosial, berkurung dalam bilik lepas tu 10 malam sharp tido.
Itulah tempoh masa aku start burnout. Sampai rasa bosan nya kehidupan aku ni? Sampai bila nak hidup macam ni? Mesti ada yang cakap eh kau carik je la kerja lain, mental tak sihat tak elok jugak untuk kesihatan.
Aku happy je dengan kerja aku tetapi yang menyebabkan aku stress of course la toxic environment. Tapi dalam negetive tu mesti la ad positive walopun sikit kan.
Kerja HR yang aku kena cover ni kerja keseluruhan tau. Company pekerja bawah 200 orang, so nak jimat kos (maybe), kerja-kerja dari recruitment sampai resigning. Proses recruitment paling tak best.
Percayalah HR pun neves bila nak interview orang. Bila mood blank tu on, mmg kau sendiri tak sure apa kau nak tanyakan pada calon dan calon macam mana kau nak sebenarnya.
Lepas dah recruit, kau pulak kena sediakan detail2 calon untuk di masukkan ke dalam sistem company.
Okey selesai tu, kena buat orientation, sediakan surat offer. Haa masuk plak bab training. Selesai serahkan pada department bertanggungjawab.
Head yang boleh harap okey la, kita suruh isi appraisal je untuk confirmkan staff baru, ini bila berhadapan head yang tingtong, tak ke kau kena kejar head hantar appraisal tu.
Okey ini nak masuk bab disiplin pulak. Ingat senang ke nak menegur MANUSIA ni???? Kita ni bukan tahap negara maju Jepun yang disiplin dorang memang A+.
Nak buat peraturan atas kertas memang mudah, tapi nak melaksanakannya, Tuhan saja yang tau betapa stuggle nya.
Aku sampai tahap cut circle berkawan dengan staff sini atas alasan kerja. Yer memang susah nak menegur terutama bila dah jadi kawan kan.
Bukan senang nak tegur kesilapan member sendiri. So aku ambil keputusan untuk memastikan kerja aku mudah, aku cut circle berkawan tu.
Konsep aku, biar tiada kawan daripada ada kawan yang menikam belakang. Aku sanggup la dianggap anti-sosial. Sound sick kan, but i have to.
Next nak masuk bab kebajikan pekerja pulak. Haa ni lagi sick wei. Kena make sure kebajikan disediakan tu on time.
Kalau ada silap dalam kemudahan tu, haa kena ready la terima kritikan. Bukan kena kritik tak buat proper kerja, kena make sure tegur kesalahan staff yang tak sediakan kemudahan tu.
Contoh lah, kemudahan tu makanan tengahari kan, so kau kena make sure makanan tu sampai dalam tempoh dia.
If tak sampai, kau kena make sure alert kat department bertanggungjawab tu untuk sediakan makanan. Fuh ni pun mencabar gais. Berapa ratus kali aku gaduh pasal benda ni.
Aku bukan jenis orang yang suka mengarah membab* buta yer. Kadang penerimaan orang ni lain. Kita tegur untuk perubahan lebih baik, tapi dorang fikir kita mengarah. Haa tak ke mental kerja HR?
Bab last meguruskan urusan staff manual. Apa yang manual tu? Dari kedatangan sampai gaji semua manual yer. Bukan tak request nak buat guna sistem, tapi tak di approve.
Aku pekerja je taknak banyak bunyi. Walaupun kadang rasa annoying sebab leceh kan manual ni. Kesilapan tu susah nak detect bila kerja manual ni.
Pernah perkara melibatkan gaji, pegawai aku pun tak perasan mistake tu. Naya wei gaji orang ni paling kita kena extra alert.
Aku cerita daripada pengalaman aku. Setiap HR ada pengalaman masing-masing. Takkan sama.
Cuma nak minta doa lah, kalau boleh nak keluar lah dari bidang HR ni. Macam tak berbaloi je kesihatan terabai sebab kan kerja. Okey sekian sahaja coretan.
Nasihat aku untuk semua dan diri sendiri “Walau apa pun kerja kita, tolong respect kerja orang lain. Jangan mudah judge orang tu goyang kaki sahaja, kadang kerja kita tak perlukan tenaga pun tapi perlukan ilmu dan pengalaman”.
Hormatilah sesama rakan sekerja untuk membina situasi positive di tempat kerja.
Bye.
Yang tersakiti,
– Sistur HR (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit