Kau Pergi Jua

Assalamualaikum. Bersyukur dengan platform yang IIUM Confession sediakan sebab sedikit sebanyak dapat menghilangkan beban yang aku tanggung.

Nama aku Ella. Berusia 25 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai seorang executive.

Aku gadis yang independent. Memang dibesarkan dalam keluarga yang not fully provide pada aku dari kecik hinggakan aku sampai ke tahap harini.

Keluarga aku memang serba kekurangan. Dibesarkan dalam persekitaran yang agak toksik jadikan aku seorang yang alah bisa tegal biasa.

Teringat ketika zaman study, aku berulang alik ke kolej menaiki bas (bukan bas express ya).

Keluarga aku sering bebani aku dengan masalah hutang yang tiada penghujungnya. Aku stress dan murung. Aku terpaksa buat part time demi membantu mereka. Aku korbankan segalanya…

Ketika sekolah, aku terpaksa keluarkan duit biasiswa demi family aku dan untuk bayarkan yuran adikku juga. Aku giveup untuk pakai baju cantik-cantik ketika zaman belajar untuk bantu parents.

Aku bayarkan hutang itu dan ini semuanya guna duit belanja dan ptptn. Aku korbankan segalanya. Duit belanja time study dari parents?

Boleh kira dengan jari sbb aku yang banyak provide pada mereka adalah.

Fast forward lepas habis belajar. Aku dapat kerja yang bagus Alhamdulillah. Walaupun pandemik melanda, aku still manage untuk dapatkan kerja dalam masa sebulan lepas tamat final exam. Di sinilah penderitaan aku bermula..

Aku gigih bekerja dan langsung tak fikirkan pasal nak cari partner dalam masa yang terdekat hinggalah aku terjumpa dengan A. Dia colleague aku, bekerja di department yang berbeza namun sering bekerjasama.

Dari sini, aku dapat rasakan aku senang bekerja dengan dia. Dia sangat soft spoken, baik, suka membantu dan kuat pegangan agama. Then aku dapat rasakan, dia pun mempunyai perasaan yang sama..

Dari situ aku cuba untuk kenali dia dengan lebih rapat hinggakan kami decide untuk berkahwin.

He makes me feel alive again.. Dari life yang sangat hambar dan dibebani dengan tekanan dari family… dia ada dengan aku sewaktu susah dan senang.

Kami plan macam-macam untuk masa depan kami. Dia sangat ikhlas dan menerima aku seadanya. Aku sangat bersyukur Allah kirimkan aku dengan orang baik sepertinya.

Kami decide hendak berkahwin pada tahun hadapan. He makes me feel the happiest when we spent our time together.

Aku nampak kesungguhan dan keikhlasan dia demi menghalalkan aku. Dia juga sanggup korbankan segala yang dia bina di company sekarang demi aku.

Sebab pendapat kami macam kurang sesuai nak berkahwin dan bekerja di tempat yang sama.

Selepas A dapat kerja baru, dia pun datang ke rumah keluargaku untuk merisik. Hari yang paling bahagia bertukar menjadi the worst day of my entire life.

Keluargaku dan keluarga A gagal mencapai kesepakatan ketika berbincang. Ibuku marah-marah seperti keluarga A membawa niat yang tak elok.

Keluarga A berhajat untuk kami disatukan pada tahun hadapan berbeza pula dengan ibuku yang sepertinya tak rela melepaskanku secepat itu.

Ibuku kata paling awal aku boleh berkahwin adalah pada usia 27 tahun. Aku terkedu, sebenarnya sebelum keluarga A datang, aku ada memberitahu keluargaku tentang plan aku dan A.

Aku ada beritahu hajat keluarga A dan response dari parentsku adalah sangat positif..

Aku tak sangka pulak ibuku bertindak sebaliknya pada hari kejadian. Aku sangat malu.. Aku masih sedih dengan apa yang berlaku. Ibuku cakap, aku perlu taat dengan dia.

Ye ibu, seumur hidup Ella, Ella korbankan macam-macam demi family.. Perlu ke ibu perlakukan Ella seperti ini?

Anyway, alasan ibuku adalah, dia tak puas lagi aku spend time dengan aku. Dia nak rasa pergi vacation sana sini dan shopping sana sini. Readers, aku tak pernah culas jalankan tanggungjawab sebagai anak.

Ada masa hujung minggu, aku bawa family aku makan angin. Aku belikan parents aku apa-apa yang mereka mahukan. Duit belanja pada mereka aku tak pernah culas.

Pada keesokkan harinya, A menelefonku. Dia cakap maaf dia tak mampu nak teruskan hubungan ni. Dia kata dia sayangkan aku, tapi mungkin kita tak ditakdirkan bersama. Perasaanku ketika itu? Marah, benci dan sedih.

Kalau kau sayangkan aku kenapa kau giveup macam tu sahaja? Tapi dalam masa yang sama aku fikir if aku ada ditempat A mungkin aku akan lakukan hal yang sama.

Keluarga A pasti tawar hati dengan layanan ibuku. Aku faham dalam masa yang sama aku merayu pada A untuk tidak tinggalkan aku.

Aku merayu dan bertanya ada apa-apa cara tak untuk aku selamatkan hubungan kami. Aku usaha macam-macam tapi A berkata dia takut kalau parents dia tak redha dengan hubungan kami.

Aku sayangkan A. Tapi semudah itu parents aku dan parents A merosakkan hubungan kami? I’m not being myself these days.. Apa yang buatkan aku paranoid, A sudah pun mencari penggantikan in less than 2 weeks.

Mana janji kau padaku selama ni? Tiap malam aku menangis dan tiap kali lepas solat aku bertanya “Ya Allah, kenapa kau duga aku sampai macam ni sekali? Aku menderita…kenapa aku tak boleh rasa bahagia?”.

Aku jadi insecure dan hilang keyakinan diri. Aku tak fokus bekerja walaupun A dah berpindah ke tempat lain. A juga dah tak pernah contact aku sejak kami berpisah.

Aku fikir, kenapa A buat aku macam ni? Dia tak kesiankan aku ke? Kenapa dia tak berusaha nak selamatkan relationship ni? Aku semudah itu ke dia cari pengganti?

Aku masih difasa untuk moveon. Dear readers, jadikan la kisahku ini sebagai pengajaran.

Aku cuba redha dan maafkan keluargaku atas apa yang berlaku. Jangan kerana ego dan pentingkan diri sendiri, ada hati yang tawar. Ada hati yang kecewa.

Buat A, aku doakan kau bahagia.

Readers, doakan aku kuat dan tabah ya untuk tempuhi dugaan ini. Doakan aku dapat jodoh yang terbaik dan doakan aku jadi anak yang baik.

Terima kasih dan semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian :)

– Ella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *