Aku Afiq (bukan nama sebenar). Aku seorang lelaki yang tak solat dari baligh lagi, ilmu agama sememangnya kosong.
Tapi hidup aku berubah selepas aku TERjumpa seorang wanita semasa aku masih di sekolah menengah ketika berumur 16 tahun.
Pandangan pertama aku membuatkan aku terpikat dekat dia & aku mula mencari tentang dia. Dia dari sekolah aliran agama & aku hanya sekolah harian biasa.
Apa yang membuat aku terkesan ialah bila sahabatku sendiri mengatakan, “Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”.
Aku sedar yang aku bukanlah laki yang baik kerana aku seorang lelaki yang tak pernah solat, hanya solat ketika berada dengan ramai orang.
Sejak daripada hari itu, aku mula untuk ubah cara hidup aku.
Aku cuba untuk solat zohor di masjid selepas habis waktu sekolah,
Solat asar di surau berdekatan rumah, Maghrib & isyak pula atas usaha sahabat aku yang selalu ‘pickup’ aku (asbab dia juga aku mampu untuk istiqamah ke masjid).
Awal-awal aku sedikit malu dengan keluarga sendiri kerana mereka tak pernah tengok aku solat. Tapi aku gigihkan diri kerana aku mahukan perempuan itu suatu hari nanti.
Sewaktu berumur 18, ayah aku sakit & terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu. Aku & ibu aku yang berganti masa menjaga ayah ku yang sakit.
Ketika nak solat maghrib, ada seorang pesakit, iaitu seorang budak pondok yang menyuruh aku untuk menjadi imam,
Tapi aku tolak sebab aku malu kerana aku tak mampu berdoa dalam bahasa arab & hanya ingat surah 3 qul sahaja.
Selepas kejadian itu, abang kepada pesakit itu yang merupakan orang pondok juga tanya aku, “Nak belajar tentang solat tak”.
Sejujurnya aku malu, tapi aku hanya cakap YA sahaja. Dia pun menghamparkan kain rida’ nya dia sebelah katil ayah untuk kami duduk.
Kitab yang dia ajar ketika itu merupakan ‘Masalah makmum masbuq & muafiq’. Setiap malam lepas isyak kami akan duduk di surau hospital sampai tengah malam untuk belajar.
Pada hari terakhir dia berada di hospital, dia memberi aku kitab tersebut.
Tidak lama selepas itu, sahabat aku mengajak aku untuk belajar tentang ilmu fardu ain dengan seorang guru di masjid.
Aku tidak menolak ajakannya kerana aku sudah mula suka dengan ilmu agama sejak aku belajar di hospital dulu.
Alhamdulillah, sekarang aku sudah berumur 27 tahun & masih istiqamah menuntut ilmu fardu ain dengan guru yang sama.
Tentang wanita itu, aku sudah menyatakan hasrat aku untuk memperisterikan dia & Alhamdulillah dia mengatakan dia sudah berpunya.
Mungkin wanita itu asbab untuk aku berubah jadi lebih baik daripada dahulu.
Kalau dahulu aku berubah semata untuk wanita, akhirnya aku berubah sebab Allah.
DIA dah susun hidup aku sebaiknya & aku mengharapkan Allah kasihankan aku & kurniakan rahmatNya kepadaku.
– Afiq (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit