Abang & Adik

Assalamualaikum warga IIUM Confession.. Terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan cerita/luahan hati aku ni..

Nama aku Maria, umur 34 tahun. Bekerja sektor kerajaan. Anak dah 3 orang, alhamdulillah..

Aku nak cerita tentang luka yang tak pernah sembuh dalam hati aku.. ceritanya, mak aku merupakan seorang pengasuh sejak aku kecil lagi,

Semua anak2 yang diasuh, aku juga turut bantu mak dalam kerja seharian mengasuh. Jadi ada antara anak anak tu yang aku rapat dan sayang..

Dua beradik, seorang lelaki & seorang perempuan berumur 7 & 3 tahun. Aku rapat betul dengan si adik.

Aku memang sayang mereka seperti adik sendiri, malah kami juga rapat dengan keluarga anak anak ini. Selalu keluar bersama, sarapan, picnic dan macam macam lagi.

Sehingga suatu hari pada tahun 2017, aku mendapat panggilan telefon dari si abang mengatakan, mama dia tak sedar.. sambil menangis.. rumah kami dekat saja jadi aku terus bergegas ke rumah mereka..

Sudah ramai orang dirumahnya dan ambulan juga sudah sampai, semasa aku berlari untuk mencari adik beradik tadi,

Aku nampak mama nya sudah pun berada diatas katil dan disorong masuk ke dalam ambulans, wajahnya aku masih ingat lagi dan aku takkan lupa sampai bila bila..

Aku terus nampak adik meluru ke arah aku sambil menjerit menangis, aku tenangkan adik dan cakap mama tak sihat nanti mama bangun kita pergi tengok mama..

Lepas mereka bawak mamanya ke hospital, aku bawak adik beradik pulang ke rumah kami.. Sungguh penantian satu siksa… kami cuba alih perhatian adik daripada bertanya tentang mama.. Si abang sudah hanya diam..

Pukul 9.00 malam kami terima panggilan telefon dari abah mereka, mengatakan mama nya sudah 90/10… tak dapat diselamatkan. Aku diam, belum mampu menangis.. Risau.. Allah saja yang tahu..

Pukul 9.15… ayahku terima pnggilan telefon lagi sekali dari abah mereka mengatakan mama nya sudah tiada..

Ayah tanya, macam mana ayah nak beritahu pada mereka?

Aku nampak ayah terus pergi ke ruang tamu dan terus memeluk dua beradik tu.. Si abang yang bagai sudah tahu, terus meraung..

Si adik yang faham, juga turut meraung.. Ya Allah… demi Allah…… aku masih ingat raungan anak anak tu.. Sehingga hari ini. Jika diingat kembali, bergenang airmataku.. Malah masa menulis ni pun aku masih mengalirkan airmata..

Sehingga sekarang pada tahun 2022, aku masih lagi sangat rindu pada arwah. Kerana kami sangat rapat dan arwah memang sangat2 baik & pemurah.

Abang dan adik sudah memulakan hidup baru dengan keluarga baru mereka.

Abah mereka mendidikan rumah tangga 2 tahun selepas pemergian arwah. Apabila dikenang, hati akan rasa sangat sedih..

Rasa rindu pada momen momen bersama semasa arwah masih ada, rasa macam banyak lagi benda boleh dibuat bersama tetapi takdir Allah adalah yang sebaik baiknya. Semoga arwah tenang disana.. Al fatihah..

Doakan aku terus kuat untuk melupakan apa yang terjadi pada malam itu kerana apabila aku teringat (tangisan & raungan abang adik) pasti saja mengalir airmata,

Walaupun sudah 6 tahun perkara ini berlalu dan walaupun kami sudah redha..

Semoga abang dan adik dikurniakan ketabahan setiap kali mereka merindui arwah mama mereka.. Aamiin..

– Maria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *