Bismillahirahmanirrahim.
Nak kongsi, saya ada seorang kak ipar yang luarannya nampak lembut tapi hati penuh noda.
Ceritanya begini, tiga tahun lepas mak ayah kami mula hibahkan tanah kepada anak-anak, ada lima beradik.
Kami sekeluarga bermesyuarat bincang dan dapatkan consent semua jemaah termasuk laki bini masing-masing. So, bermulalah episod drama si stokin baldu ni.
Mana yang dah ada bajet proceed dengan proses tukar nama. Iyalah semua dah sepakat dan bersetuju dengan bahagian masing-masing.
Stokin baldu ni kak ipar kami yang no dua.
Dia dapat enam ekar tanah sawit, letak nama abang kami la kan. Abang kami lagi bijaksana 2 tahun lepas tu tukar tanah tu atas nama bini kesayangan dia.
Tapi ropanya dia heboh dok audit bahagian orang lain. Saya tengok dah jadi macam juruukur pon ye juga. Stokin baldu ni dok complaint pasai pa dia dapat tanah hulu?? Tiber je.
Kami masing-masing dah usahakan tanah bahagian kami, ada yang buat rumah sewa, tanam cili api, tanam serai, etc. Stokin baldu ni jer takdak buat apa lagi.
Saya dok perati tiap kali dia balik kampung (tu pun balik sebab ada hajat ropanya dok ngepow mak ayah minta suntikan modal berniaga beratus ribu ringgit).
Suka balik senyap-senyap takmo jumpa adik-beradik yang lain.
Depa balik dok melobi mak ayah nakkan bahagian tanah adik beradik lain dengan alasan nak buat rumah singgah balik kampung, tanah dia dihujong donia tak leh buat rumah kata dia. Kata dia…
Stokin baldu ni kira ongkaya sebab bisnes dia berkembang maju. Tak kisah pon sebab tu reta dia usaha sendirikan? Nak cite la kekayaan dia level mana.
Rumah banyak, dia laki bini paling kaya sekali kalau combine pendapatan, tapi kalau balik kampung lenggang kangkung beli buah pon sorok dalam bilik takmo kongsi.
Ada adik sorang ni paksa rela bagi dia buat rumah sebijik kat tanah dia. Tataulah macam mana dia pujuk adik kami tu. Kita tatau apa drama tu so kita tak yah cita noo.
Kita cita yang dalam pengetahuan kita saja. Dah siap rumah tu, dia siap minta bagi bahagian tanah tu letak nama dia ye bukan nama abang sebab alasan dia duit buat rumah tu dia yang keluar modal.
So ada meeting tergempar takdak panggil jemaah lain, between them ja. So adik ni fight la hak dia kan.
Dia kata perjanjian asal nak bagi dia buat rumah satu bilik je untuk dia singgah balik kampung bukannya nak bagi bahagian tanah adik tu kat dia.
Member stokin baldu pi buat rumah 4 bilik tidoq, dua bilik ayaq. Coi!!!!
Dah mak ayah masuk campoq minta adik ni beralah je la. Adik ni propose swap tanah sawit satu ekar pon si stokin ni kira guna kalkulator weh.
Tak masal stokin tuduh saya yang dari tak tau cita pa dia, kata saya dok menghasut adik ni.
Adik ni just call minta bantuan saya untuk selesaikan hal ni. Dah tuduh saya penghasut. Maka saya pon masuk ini cerita, dari taktau apa terus tau apa butir cita tu.
So cita dia, kalau kau kaya banyak duit jangan amek hak orang lain. Ko kan kaya belilah tanah dan aset sendiri. Tak yah dengki dengan orang lain.
Ko dah level T20 dah pun. Emas banyak, investment banyak. Kereta nam bijik.
Dah dapat apa kau nak, balik kampung jarang sekali. Tapi hutang kat mak ayah yang pinjam berpuluh k tu singgit pon kau tak nak bayar. Memalukan!!!!
Ni bukan drama sinetron tapi cerita betul. So siapa yang ada hutang duit kata nak pinjam dengan mak ayah ni silalah bayar ye. Jangan buat-buat lupa pas tu play victim!
Wanita yang berpura-pura alim, berstokin, berhijab tutup dada hanya sekadar menutup aurat sahaja tapi kelakuan lagi murrrbahaayaaaa daripada hakak yang londeh sana sini.
Yang londeh sana sini tu pon murbahaya tapi perangai macam tu kita boleh agak macam mana. Yang bertutup penuh ni kejahatan dia memang tak boleh terima.
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua. Aamiinn.
– Timah Tanjung Tuan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit