Retak Tapi Tak Terbelah

Assalamualaikum, izinkan aku memperkenalkan diriku serba sedikit. Aku Orked. Seorang wanita bekerjaya professional yang bekerja sendiri. Aku sudah berkahwin 10 tahun dah mempunyai 2 cahaya mata. Suamiku tua tiga tahun dari aku.

Aku berkahwin agak lewat sebenarnya. Bukan tiada boyfriend tapi semuanya tidak menjadi. Sudah tersurat jodohku lambat.

Perkenalan dengan suami pun sebenarnya tidak lah seromantik kisah-kisah di tiktok. Kami bekerja di jabatan yang sama dimana aku adalah boss dan dia staf. Ketika itu aku masih kakitangan kerajaan.

Suami aku walaupun hanya staf bawahan tapi dia mempunyai perniagaan lain yang diusahakan bersama ayahnya. Disebabkan kerajinan dan sifat rendah diri lah yang membuatkan aku tertarik untuk mengenali beliau dengan lebih rapat.

Sebelum berkenalan dengan suami ku ini, aku berkawan dengan seorang lelaki. Aku namakan dia Anas. Hampir 3 tahun berkawan baru aku tahu yang dia sebenarnya suami orang.

Korang bayangkan hubungan 3 tahun, banyak betul memori indah yang tercipta. 3 tahun bercinta, kami bertemu tiap-tiap hari tanpa gagal.

Aku sedih sangat bila dapat tau boyfriend aku tu suami orang. Setiap hari aku menangis mengenang nasib, lepas solat menangis, tengah mandi menangis, bawak kereta pun menangis, sadis betul bila di ingat kembali.

Anas ni pun tak putus asa, dah kantoi suami orang pun, masih merayu untuk kembali bersama. Aku jadi benci, menyampah meluat dengan Anas. Jadi masa tu aku dah kenal suami aku tapi belum rapat. Hanya sekadar hubungan majikan dan staf bawahan.

Setelah tau serba sedikit latar belakang suami aku ni, aku terus nekad nak kahwin dengan dia. Masa tu aku yakin dia sesuai untuk jadi suami.

Dia solat, rajin, kerja pun tak pandai mengular, kewangan kukuh cuma yang berbeza dengan aku dia dibesarkan dengan cara kampung dan akademik yang tak seberapa.

Aku yang mulakan langkah supaya dia berani mengorat aku. Ye, aku mulakan langkah tapi aku tetap taknak nampak macam perigi mencari timba.. Aku cuma buka jalan dan dia yang kena corakkan jalan tu.

Akhirnya plan aku berjaya, selepas beberapa bulan dia nak jumpa parents aku. As expected, parents aku memang tak setuju dengan alasan yang kami tak sekufu.

Tapi masa tu niat aku, aku nak lari dari Anas je..jujur, aku pun takde rasa cinta pun pada suami masa ni. Aku yakin yang Allah akan tolong percikkan rasa cinta tu lepas kahwin sebab niat aku baik. Aku nak lari dari Anas, aku taknak rosakkan perkahwinan Anas.

Parents aku tak tahu pasal Anas suami orang, parents aku ingatkan kami putus sebab takde jodoh. Parents aku memang suka kan Anas sebab kami sama-sama dalam bidang professional, jadi kiranya kami sekufu la. Parents aku pun pelik camne aku boleh tukar taste aku secepat ini.

Lepas bertungkus lumus meyakinjan parents aku, akhirnya kami disatukan. Walaupun pada mulanya parents aku bersikap dingin, berkat kesabaran suami aku, akhirnya dia diterima oleh seluruh keluarga ku.

Aku pula selepas menjadi isteri, aku cuba menjadi yang terbaik. Aku hormatkan dia sebagai suami. Owh, sebelum kahwin aku resign dan mula bekerja sendiri. Sebab aku taknak jadi boss kepada suami aku di pejabat

Setahun pertama, semua nya ok..adalah gaduh-gaduh tapi aku anggap ianya sebagai proses mengenali diri masing-masing. Suami aku ni kalau bergaduh dia suka bagi silent treatment.

Silent treatment tu berlarutan sampai seminggu. Selagi aku tak mintak maaf, dia akan diam je dengan aku.sepatah pun tak bercakap. Lauk yang aku masak pun tak dijamah.

Bekal makanan untuk pergi kerja pun tak sudi diambil. Whatsapp dan call pun tidak. Korang boleh bayangkan tak camne stress nya aku. Yang lagi sakit hati aku takkan tau apa punca dia senyap tu sampai ke sudah..

Dia cuma nak aku minta maaf. Cycle dia, dia diam seribu bahasa – aku tanya apa salah aku – dia tetap diam – aku minta maaf (tanpa tau apa salah aku) – dia maafkan – back to normal. Itulah yang aku kena hadap dari mula kahwin dulu sampai la anak 2.

Apa yang aku perasan setiap kali silent treatment, dia macam nak sabotage aku. Silent treatment akan berlaku bila ada event2 yang melibatkan family aku atau kawan-kawan aku.

Bila nak ada family gathering, tiba2 silent treatment, bila ada friends gathering, takde angin, silent treatment. Sedangkan setiap kali sebelum event aku tanya and bincang dulu, nak pergi atau tak. Dan aku tak memaksa pun atau tarik muka pun kalau dia taknak pergi.

Tapi setiap kali bincang, dia akan bagi green light dan setuju je untuk apa-apa event. Bila dia buat perangai, of course la aku tak seronok masa gathering..

Yelah, camne nak happy kalau hati tak tenang, asyik pikir apa salah aku. Sedih bila tengok orang lain happy dengan suami, tapi aku, suami dok masam je duduk dekat dengan aku pun dia tak sudi.

Bila dah banyak kali sangat terjadi aku start buat experiment.

Bila ada gathering keluarga dia, aku try buat hal, tapi dia sabar je.tetap layan aku elok.tak pernah sekali pun dia silent treatment sebab dia tak nak rosakkan mood dia dan mood aku. Sebaik mungkin dia jaga supaya semua nya dalam keadaan elok.

Satu lagi perangai suami aku yang semua orang tak tau dia suka buat aku ni macam orang gaji. Aku tak tau la dia buat semua tu to feed his ego ke apa, tapi dia cuba berlagak jadi boss dalam rumah.

Di depan keluarga aku dan keluarga dia, dia ni memang dikenali sebagai orang yang sangat ringan tulang.

Orang selalu cakap aku beruntung dapat suami rajin macam tu. Tapi bila kat rumah sendiri, dia sangat berkira dalam semua kerja. Cawan yang dah digunakan dibiarkan di atas meja makan, baju kotor dalam bakul tak pernah tolong dibasuh.

Bukan susah pun, masuk dalam washing machine, tekan je. Pernah aku test, baju yang sudah dibasuh aku biarkan, nak tengok dia tolong sidai ke tak. Hasilnya, dia cuma ambil baju kerja dia, dan sidai baju tu sehelai je..

Ye aku tau dia suami aku isteri. Aku kena hormat dan taat suami. Tapi bila dah beranak ni, kadang-kadang aku terlalu penat. Anak aku menyusu badan sampai umur 2 tahun. Gap anak aku pun 2 tahun.jadi selama 4 tahun tidur aku tak pernah cukup.

Jadinya sekali sekala akan terjadi aku terlewat bangun, tak sempat siapkan bekal dia ke pejabat dan pernah la 2-3 kali aku tak sedar pun dia dah keluar pergi kerja. Sebab malam tu aku penat sangat tak dapat tidur sebab anak aku meragam tak tidur malam.

Bila jadi insiden tak siapkan bekal n tak hantar dia ke pintu masa dia nak pergi kerja, dia akan terus silent treatment berhari2 dengan aku.

Kalau aku watsapp mintak maaf pun, dia akan cakap aku tak hormat dia, tak reti nak layan suami. Lepas dah cakap macam-macam tu, barulah dia maafkan aku.

Aku bekerja syarikat sendiri, jadinya anak-anak aku semua aku bawa ke pejabat. Dari lahir anak-anakku aku uruskan sendiri. Tak pernah hantar pengasuh.

Kadang-kadang tengah meeting dengan client, terpaksa pause kejap sebab anak menangis nak menyusu. Memang huru hara la hidup aku masa anak-anak masih kecil dulu.

Jadinya bila balik rumah, aku mengadu lah yang aku penat, jaga anak, kerja lagi, rumah lagi. Niat aku mengadu tu bukan apa, nak luah and share je.

Dengan harapan dia ada lah sikit simpati dan hargai aku. Yelah, jimat banyak dah bila anak tak hantar pengasuh dan tak minum susu formula. Tapi tak pernah sekali pun dia ucap terima kasih atau kesiankan aku.

Bila aku mengadu dia akan cakap aku mengada dan mula compare aku dengan mak dia dan mak aku. Alasan dia mak dia dan mak aku lagi ramai anak, boleh je jaga anak ramai. Jujur aku sedih sangat.

Lepas tu selalu jugak bila aku mengadu aku penat dia akan perli aku, kalau penat sangat, hantar je lah anak kat pengasuh lepas tu tak payah lagi bagi susu ibu, bagi susu lembu je..sigh, bukan solution tu yang aku nak, aku nak dia comfort aku je, bagi aku semangat.

Dia balik rumah pun selalu nya lepas Isyak. Dahla balik lambat lepas tu sampai rumah main dengan anak 10 minit lps tu sibuk dengan handphone, lepas aku siapkan makan malam dia makan, solat dan tidur. Anak-anak? Akulah kena layan sampai tengah malam.

Aku selalu menangis malam-malam. Sedih fikirkan nasib diri. Anak-anak je saksi tangisan aku. Dia tak pernah tau sebab dia taknak ambil tau. Bukan aku tak usaha untuk bincang tapi bila bincang akan jadi gaduh.

Bila aku mula keluarkan hujah, dia akan keluarkan ayat keramat dia, ” awak jangan ingat awak belajar sampai University, awak boleh melawan cakap saya.sedar diri sikit awk tu isteri”

Seriously, aku sampai tahap dah malas dah nak bincang ke gaduh.aku rela pendam sorang-sorang.

Benda ni semua berlarutan sampai la ke tahun ke 6 kami berkahwin. Masa ni housemate masa belajar universiti plan nak buat gathering 2hari 1 malan. As usual aku bincang dgn suami dan dia setuju.

Sepanjng seminggu sebelum gathering, memang aku sehabis baik jaga mood dan emosi dia. Aku berdoa sangat event kali ni takde episod silent treatment. Tapi doa alu tak dimakbulkan. 2 hari sebelum event tiba-tiba dia diam dengan aku. Aku tanya pun dia tak jawab.

Tapi buat pertama kali nya, aku tak rasa gelisah atau sedih pun. Lepas dia tak jawab soalan aku, aku acted like nothing happened. Aku enjoy layan anak-anak aku, aku pack baju yang nak dibawa pegi event. Siapkan meal untuk potluck.

Pada hari kejadian, lepas dah check in aku bagitau dia yang aku nak jumpa kawan2 aku kat lobby nak minum-minum and chit chat. Dia macam biasa, tetap diam and buat muka masam.

Malam tu pergi dinner ramai-ramai pun dia tetap tak bercakap n tak mesra langsung dengan suami-suami kawan-kawan aku. Selalunya bila jadi macam ni, aku pun akan rasa tak happy nak mixed around tapi kali ni aku enjoy.

Sikit pun aku tak rasa gelisah. Malam tu lepas habis dinner, aku mintak izin nak sambung borak dgn kawan2.aku offer dia join tapi dia cakap nak tidur. So aku pergi lepak (tak jauh pun, depan bilik je ).

Dalam pukul 1 pagi aku balik bilik, aku tengok dia tak tidur.aku pun siap2 nak tidur, since dia still perang dingin dengan aku, aku pun takdelah plan nak borak dengan dia.

Aku tarik selimut, tiba-tiba dia datang dekat dan dia terus himpit aku dengan niat nak “bersama”. Takde sweet-sweet tau, lebih kepada macam arahan untuk nak bersama..

Masa ni lah aku terus jadi marah, menyampah, meluat, jijik dan semua perasaan negatif datang serentak. Semasa bersama aku dah macam batang kayu, hanya ikut arahan. Selepas selesai, dia tidur dan aku cepat-cepat ke toilet, bersihkan diri. Aku rasa jijik sangat.

Semejak hari itu, aku pula yang bersikap dingin. Hati aku tawar. Aku langsung tak hiraukan dia. Aku cuma lakukan tugas aku sebagai isteri.

Masak kemas, basuh baju, jaga anak. Sikit pun aku tak mintak tolong dia.semua aku buat sendiri tanpa berbunyi sepatah pun.

Dia sedar aku berubah tapi dia tetap dengan ego dia. Keadaan ini berlarutan sampailah rakyat Malaysia diarahkan lockdown. Fasa yang amat menyeksakan untuk aku. Nak kena tengok muka dia 24-7.

Di saat hati aku dah mula tawar, dia buat perangai yang menambah rasa menyampah aku. Dia betul-betul buat hal dia saja. Dia keluar beli breakfast, hanya untuk dia.

Dia layan hp, anak nangis kat sebelah, dia pindah masuk bilik bawak handphone, tinggal anak-anak yang tengah nangis. Macam-macam lagi yang dia buat.

Sebenarnya kalau mood dia ok, dia baik je. Nafkah duit belanja tak pernah miss. Pemurah la jugak orangnya. Cuma bila bergaduh, dia akan buat perangai childish dia tu. Sedangkan dah tua dah.

Fast forward, dah masuk 4 tahun aku dengan dia buat hal masing2. Aku memang harapkan retak ni terbelah, tapi mungkin silap aku, banyak sangat fikirkan hati orang.

Hati parents dia yang sangat baik, hati anak-anak, dan hati parents aku yang mungkin tak boleh terima anak dia jadi janda.. Sekarang ni aku doa, dia terbuka hati untuk ceraikan aku. Biarlah cerai ni bukan aku yang mintak.

Thanks kepada yang sudi baca luahan aku ini. Sorry aku ambil masa korang.

– Orked (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *