Suami Orang Yang Kesunyian

Saya baru berkahwin dua tahun. Saya dan isteri telah bersama selama 6 tahun sejak dari berkenalan sampai kahwin.

Saya berjiwa muda dan isteri saya sering mengingatkan tentang perkahwinan semasa kita couple, jadi saya menjadi takut dan berniat untuk mencari perempuan lain kerana tak bersedia nak berkahwin.

Saya berkenalan dengan seorang perempuan dan chat dalam 2 minggu lebih, tak pernah langsung jumpa.

Nak dijadikan cerita perempuan tu tahu saya ada girlfriend dan dia angkat kaki sebab tak nak kacau hubungan saya dan isteri/gf.

Lepas kahwin saya tergerak hati nak cerita tentang perempuan tu kepada isteri saya hanya sekadar nak clear things out. Selang berapa bulan dia baca chat saya dengan perempuan tu.

Sejak dari tu segalanya berubah, isteri saya berasa geli dengan diri sendiri yang saya pun tak tahu apa sebabnya.

Dia tak mahu disentuh dan kita hanya bersama sebulan sekali sahaja itu pun sebab dia kesian dekat saya.

Hampir setahun dia sebegini rupa, saya hanya mahukan dia lupakan yang lepas dan fokuskan kehidupan yang kita ada sekarang. Kehidupan harian kami amat berbeza, dia kaki kpop dan saya rajin bersenam.

Kita selalu tak melakukan aktiviti bersama, dia keluar sendiri, saya keluar sendiri. Bila ajak untuk buat aktiviti bersama dia sering mengelak, tapi kalau kawan dia ajak laju sahaja dia keluar.

Saya banyak meluangkan masa malam untuk mencari duit dengan trading dan sering pergi ke katil lewat malam. Mungkin itu silap saya sebab tak memberikan perhatian kepada isteri saya

Saya sayang isteri saya tapi dia seakan tawar hati terhadap saya walaupun benda yang jadi sebelum kita bertunang lagi.

Saya jadi buntu dan bodoh, tiada motivasi untuk melakukan apa apa, rasa kesepian, rasa kosong.

Setiap kali pegang isteri dia menepis atau mengeluh, saya rasa sedih sebab apa yang saya berikan kepada dia lebih daripada cukup.

Semua benda berkaitan rumah saya settle, nafkah saya siap bagi RM500 sebulan, mak saya pun saya bagi RM300 je sebulan.

Kami masih tiada anak sebab jarang bersama dan kami juga belum bersedia. Dia juga jarang memasak setelah tahu pasal perempuan tu.

Seolah olah semua yang saya bagi tak bermakna, sebab saya tak menerima kembali energy dan usaha yang saya berikan selama ini.

Saya dah penat menangis tapi dia tak pernah nak pujuk. Saya merasakan yang saya seorang sahaja yang bersungguh sungguh untuk meneruskan perkahwinan ni.

Dia jugak semakin menjadi tegar kpop sampai saya dah naik jijik dan muak.

Dia tak curang sebab saya dah check semua benda termasuk office dia.

Tolong bantu saya untuk menangkan hati isteri saya kembali, saya tak nak minta bantuan ibu bapa kami sebab malu.

Saya dah buntu dan masih sayang isteri saya sepenuh hati. Saya dah penat, saya suami orang yang kesunyian.

– Spike Spiegel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *