Pinjam Meminjam

Assalamualaikum. Straightforward, aku Rose, awal 30-an. Anak 2, suami penjawat awam B40. Dan aku surirumah.

Kami tak kaya, tapi alhamdulillah tak juga susah. Hanya sederhana, cukup sekadar makan pakai. Nak bermewah jauh sekali.

Walaupun aku tak kerja dan suami berpendapatan sederhana, aku sentiasa berusaha kumpul duit, buat dropship kecil-kecilan untuk membeli barang kehendak yang memudahkan kerja aku.

Aku tak suka meminjam barang orang, sebab tu aku usaha kumpul duit beli. Sebab bagi aku, kalau tak ada, tak payah guna, jangan sampai meminjam. nak guna, usaha sendiri kumpul duit.

Aku beli iron philips, periuk noxa, air fryer, microwave oven, pengukus. Ya dengar macam membazir, tapi bagi aku semua untuk kesenangan aku buat kerja rumah.

Barang anak2 aku pun macam tu. Start saja aku mengandung, aku akan kumpul duit. Beli keperluan baby, barut baby. Walau semua tu guna hanya dalam pantang, tapi benda boleh simpan dan boleh digunakan lagi bila ada baby baru kelak.

Walker, buaian elektrik semua barang anak aku beli. Dan aku beli yang terbaik sebab aku nak guna lama, dan juga aku fikir boleh digunakan jika ada baby kecil di masa akan datang.

Aku jenis tak suka meminjam, ini bermakna aku tak suka juga orang pinjam barang2 aku. Masalah sekarang, bila orang tahu rumah aku ada barang cukup lengkap, orang suka pinjam.

Dalam adik beradik aku, kiranya aku la yang paling susah. Kakak2 abang aku semua kerja laki bini, taraf M40, T20. Tapi masing2 kedekut nak beli barang rumah, barang baby.

Masa aku beli barang rumah aku, semua kata membazir berlagak, lepas tu sampai masa barang rumah aku jugak dia pinjam.

Aku berat hati nak bagi pinjam kat adik beradik, sebab aku dah tahu peel masing2. Bila pinjam bukan jaga elok2 pun, dah rosak susah nak ganti. Aku tak tidur siang malam kumpul duit beli barang, bila orang pinjam calar balar, ada part rosak.

Kakak aku umur 40 an, ktegori m40 memang senang kehidupan dia, masa tu dia pregnnat dan lepas bersalin terus ikat peranakan sebab dah berusia. Dia pun tak beli sangat barang baby sebab guna kejap saja katanya.

Dia datang rumah aku, dia ambik semua barang2 baby dlm bilik. Aku dah simpan kemas, wangi2 sebab sayang takut rosak berhabuk.

memang barang2 macam baru beli. Dia kata alah pinjam kejap nanti bagi balik. Barut baby, walker, baby swing dia kebas. Buaian elektrik dia nak ambik juga tapi kebetulan anak aku tengah guna, elok saja dia beli yang baru.

Hinggalah lepas dia pinjam, aku pergi rumah dia nak pergi ambik balik barang2,

Korang tahu tak, semua benda tak cukup sifat. Barut baby hilang entah ke mana, baby swing rosak, mainan hilang ke mana. Allah luluh hati aku. Balik tu menangis aku. Ingat senang nak dapat semua tu.

Dia kata nak ganti, tapi guess what. Masa aku pregnant nombor 2, aku claim semua tu. Dia culas weh nak ganti. Dia kata masa dia pinjam yang dah guna, takkan nak ganti yang baru.

Allah dah tahu jenis kedekut tak reti jaga barang orang kenapa suka meminjam. Masa tu kebetulan kakak aku yang T20 saksi segalanya, dia kesiankan aku, dia bagi aku RM1k ganti semua tu.

Walau dah ganti, aku tetap tak puas hati dekat manusia jenis meminjam ni.

Lepas tu kakak ipar aku pun orang senang. Masa dia bersalin, dia nak pun pinjam buaian aku. Dia kata guna kejap. Guna kejap apa weh kalau sampai 2 tahun guna.

Kalau guna buaian elektrik hari2 selama 2 tahun ingat tak rosak ke. memang aku tak bagi pinjam, aku kata adik suami aku pinjam. Padahal ada saja tersimpan bawah katil.

Dulu vacuum pun ada sedara aku yang dekat2 rumah datang pinjam. Bila pinjam, susah nak pulang balik. Nak guna aku yang terhegeh2 kena pergi ambik rumah dia.

Pernah aku pesan dah pinjam petang hantar balik, dia kata “alah esok2 saja lah ko guna”

Susah kan bila dikelilingi ornag suka pinjam. Aku bukan nak kedekut sangat, tapi dah pinjam buat cara pinjam. Pinjam elok, jaga elok2, pulang cara elok.

Satu lagi kalau benda yang memang guna selalu, elok beli sendiri saja la. Kalau pinjam tangga boleh la dimaafkan sebab memang guna sekali sekala saja. Tapi kalau charger phone, seterika, vacuum baik beli sendiri.

Yang sorang tu gigih pinjam charger phone rumah aku. Aku kata aku masih guna, dia boleh plak bagi idea suruh kongsi charger dengan suami aku.

Aku siap bagi link shopee dekat dia charger tu, harga belas2 saja aku beli. Dia tetap tak beli. Bukan dia tak berduit ye. Last2 aku beli kat dia.

Pandai plak tersipu2 konon susahkan aku. Dah tu pinjam charger orang tak susahkan orang ke. Tolongla ada common sense apa yang patut dipinjam, apa yang tak patut dipinjam. Benda yang guna hari2 memang wajib beli.

Aku bukan riak sombong, tapi tolonglah kesian juga kepada pemberi pinjam. Semua tu beli guna duit, nak boleh duit bukan senang. Satu lagi orang beli untuk kesenangan diri, bukan nak buat amal.

Itu sahaja dari saya. Terima kasih.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *