Salam, dah lama nak luah tapi takut disalah erti tapi sekarang dah tak kesah sebab maybe masa pun dah tak banyak.
Aku seorang adik daripada 7 adik bradik, semua adik bradik dah kahwin termasuk adik aku, semua dah ada keluarga cuma aku yang belum maybe sebab aku yang paling teruk dalam keluarga.
Dulu keluarga aku happy, tapi lepas mak meninggal eksiden lepas hantar aku sekolah rendah hidup aku berubah, abang yang dulu tak mungkin marah or tinggi suara dekat aku terus berubah lepas mak takda.
Adik bradik lain jarang ada rumah sebab kerja dan belajar, ayah seorang berfikiran tertutup dan kedekut.
Nak beli kasut sekolah pun susah dapat walaupun dia ada kebun, lembu berpuluh-puluh ekor, pencen lagi tapi duit sekolah suruh mintak dengan abang yang tak nak bercakap or tengok muka aku.
Dari form 1 masuk asrama setiap kali nak masuk asrama selalu kena buat kerja buruh untuk dapatkan RM20 untuk 2 minggu and dengan duit ni gak ayah aku harapkan aku balik sendiri naik bas ke rumah nanti bila dah cuti.
Dari kecil aku selalu dapat perhatian keluarga tapi bila mak takda semua dah lain, terutama abang aku. Pernah tanya abang salah aku ke mak meninggal tapi dia tak pernah jawab.
Dari kecil aku selalu rasa ni semua salah aku dan aku ni tak penting dan rasa sunyi yang menebal, sampai aku kurang bercakap dan kurang kawan.
Bila masuk asrama aku sanggup menipu untuk berkawan tapi tiada hubungan bertahan atas penipuan. Bukan disekolah sahaja sunyi tapi balik rumah pun sama sunyi, rumah selalu kosong.
Walaupun abang aku tak pernah baik dengan aku, aku tetap tolong bisnes dia, aku first pekerja dia ada, kami buat berdua semua benda walaupun dimaki dimarah aku layan je.
Sekarang dia dah berjaya dan ada berpuluh pekerja dan abang aku selalu berjalan sana sini dengan keluarga dia sampai ke china, indonesi , krabi tapi aku setia di kampung jaga rumah diaorang.
Ada sekali KBS offer free trip ke pulau kapas, dan kebetulan sebelum tarikh aku masuk UIA, aku minta cuti 2 hari sebab teringin nak pergi pulau, pertama kali aku nak merasa naik bot dan ke pulau walaupun kami tinggal di terengganu.
Aku tak mintak duit cuma minta cuti 2 hari sebelum aku masuk belajar dan abang aku cakap kalau aku pergi dia tak kan support aku belajar, tapi jiwa muda aku membrontak dan pergi jugak.
Sampai masa masuk belajar abang aku cakap ni first and last dia bagi duit RM400 untuk aku belajar di UIA.
Sejak pada tu aku bergantung kepada adik bradik lain serta ptptn aku untuk terus belajar. Tapi sampai satu saat aku jadi segan nak mintak duit dengan adik bradik sebab dah smpai bergaduh.
Aku kerja sampai aku berhenti belajar sebab waktu tu aku nampak duit lagi penting dari belajar and another reason aku datang UIA adalah untuk lari daripada abang aku.
Sekarang, abang aku dah jutawan dan adik beradik lain pun dah makin happy dengan keluarga masing-masing. Ayah pun abang dan adik beradik lain support semua so suara aku orang yang paling tak berguna tak pernah dihiraukan.
Bangla dekat kilang abang pernah tanya aku, kenapa bos selalu marah maki aku, pekerja-pekerja dia tak pernah kena macam aku termasuk pekerja bangla kat situ,
Semua abang aku cakap elok-elok termasuk abang aku yang lain pernah buat part time kat situ, sampai pekerja bangla kat situ pun rasa marah dekat abang aku sebab aku yang jaga keperluan diaorang kat situ. Aku pun tak tahu nak jawab apa dan senyum je.
Aku bawa diri ke kl almost 5 tahun tak nak contact adik bradik, nak usaha nak tunjuk aku pun boleh berjaya tanpa diaorang,
Tapi tak menjadi sejak pkp syarikat tempat aku kerja tutup aku cuba buat macam2 tapi sekarang dah masuk 3 bulan ansuran kereta tertunggal, bil2 lain, dulu waktu ade kerja tetap aku suka bagi pinjam duit dekat kawan2,
Tapi bila sampai time aku susah aku jadi segan, aku takut kawan2 aku lari tinggalkan aku, bagi aku yang di buang keluarga cuma ada kawan-kawan sebagai keluarga.
Kakak aku maybe baca ni sebab dia pun buat master kat UIA dulu. sorry aku tak dapat nak buktikan apa yang aku cakap sebelum ni,
Jujur aku cakap aku sunyi, aku tahu dalam family aku yang paling banyak hal, tapi aku harap semua dapat maafkan aku. Aku tak nampak jalan keluar dan aku tiada tempat untuk pulang.
Abang, abang nak tahu tak abang idola aku, walaupun dengan spm abang mampu berjaya, walaupun dulu semua orang cakap macam-macam abang tetap teruskan impian abang sampai tercapai.
Aku tak pernah berdendam cuma sedikit kecewa tak sekali abang ungkapkan perkataan maaf kepada aku. Maaf tu cukup sekadar aku merasa aku ni penting untuk abang tu je.
Kepada pembaca maaf tulisan yang tak tersusun, cuma ingin meluahkan sebelum aku pulang kepadaNya.
– Jebat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit