REPLY: Baran Itu Penyakit Mental

Assalamualaikum w.b.t. Saya tertarik dengan confession ini dan ingin buat balasan untuk confession bertajuk “Baran itu penyakit Mental” (https://iiumc.com/baran-itu-kategori-penyakit-mental/).

Saya setuju sangat dengan confession ini bahawa commenters tak perlulah cepat sangat komen suruh pengadu bercerai etc sebab kita tak tahu cerita sebelah lagi.

Dan pasal baran yang mana sudu jatuh pun boleh buat someone yang baran rasa nak mengamuk.

Even bunyi kuat mcm alarm kereta pun rasa nak maki. Brightness phone terang yang buat sakit kepala pun boleh trigger. Semuaaa benda2 kecik ni boleh trigger baran.

From my experience, baran ni diwarisi family members yang baran.

Tbh, saya sendiri agak baran n kahwin dengan orang yang sensitif dan penyabar. Tapi alhamdulillah sejak start kerja tahun 2015 saya dah try untuk redakan kemarahan tu.

Kadang kemarahan saya disebabkan anxiety sebab bila dekat tempat ramai orang, anxiety saya datang dan membuatkan saya rasa penat yang melampau n then rasa nak marah orang tu membuak2.

Saya tak ramai kawan. Jadi semua kawan baik saya tahu akan perangai saya yang buruk ini sebab orang yang rela dimarah je yang stay jadi kawan saya. Banyak benda saya buat, one of it is keluar dari comfort zone.

Pergi masuk hutan camping berhari2 which is tak selesa n boleh trigger kemarahan.

Dan hiking juga sangat memenatkan then saya try absorb segala kemarahan tu sampai dalam kepala tak ada apa bunyi (tak tahu nak explain macam mana) saya memang lawan dan buat semua benda yang boleh menyebabkan saya marah.

Akhirnya saya rasa dah master the art of not giving a fck pasal rasa marah tu. Sorry bukan mencarut saja2 tapi itulah nama skill dia. Buat rasa numb pada semua benda sekeliling.

Tapi tidaklah dia hilang macam tu je cuma saya boleh cuba fikir nbersabar dulu sebelum hempas apa2 walaupun muka berkerut n moody sikit.

Nasib baiklah saya bukan jenis mencarut tapi cakap yang menyakitkan hati tu ada lah cuma tidak kronik sangat.

Alhamdulillah masa saya jumpa jodoh saya dah ada basic untuk kawal kemarahan sikit walaupun masih ada. Betul la jodoh tu biasanya hanya datang bila waktu yang sesuai.

Saya ni jenis anti sangat dengan lelaki sebab ayah n adik beradik lelaki semua anggap diri macam raja, tak nak buat kerja rumah. Pendapat perempuan langsung dipandang sepi. Memang layanan pada perempuan macam dizaman kuno.

Perempuan dianggap sebagai kelas bawahan. We got no say in anything n semua keputusan ikut kepala yang lelaki. Walau bodoh macam mana pun keputusan tu kita kena ikut dan diam.

Pendek kata memang sexist la. Itu menjadikan aku sangat anti dengan lelaki sampai besar. Baran pun sebab inilah.

Masa sekolah rendah aku bertungkus lumus basuh pinggan mangkuk kemas dapur etc baru aku nak bukak komputer n main game, abang aku datang cakap “aku nak main. Kau perempuan duduk dapurlah kemas rumah”.

Dia baru balik dari merayap dengan kawan. Aku pulak berhempas pulas siapkan kerja dapur demi nak main game tapi dia yang dapat main lepas tu siap cakap macam tu. Siap pakej kena tumbuk lagi.

Banyak lagi benda lain yang menyakitkan hati waktu kecik. Jadi aku memang anti dengan lelaki. Ramai orang dok mengorat tapi aku tak layan sampai lah husband datang mengorat dengan bersungguh2.

Awal berkenalan dia kena block banyak kali. Then dari jauh sanggup datang office etc untuk pujuk. N dia jenis memaksa sikit. Aku masa tu fikir bagi je lah dia peluang, nanti tinggalkanlah.

Tapi dia paksa aku jumpa parents dia one day. Tapi lepas jumpa family n sedara mara aku baru perasan yang selama ini family aku je jenis baran n merajakan lelaki.

Family husband semua benda kecik pun akan dibincang sama-sama yaa! Mak mertua aku mmg orang bijak pandai, bukan setakat pandai sebab ada phd, dia berfikir dengan rasional.

Jadinya memang keputusan dia selalunya paling cerdik dan satu family ikut saja kata dia. Ayah dia pun tak segan buat kerja rumah. Ada sekali tu aku amazed gila bapak dia ni cedokkan makanan untuk atok dia.

Kalau family aku, kau tengah makan ke busy masak ke, abang aku yang sebelah periuk tu dok suruh bangun cedokkan nasi untuk ayah.

Padahal dia boleh je cedokkan kan? Rupanya family aku je perangai macam tu.

Alhamdulillah Allah temukan jodoh (benda yang aku tak nak sangat dulu) dan buat aku buka mata. Baru tahu yang kita boleh je nak hidup tanpa mengamuk sepanjang masa.

Husband aku pun sangat la menghormati pandangan aku, sentiasa sabar dan fikir dengan rasional dan sentiasa gunakan common sense dalam setiap perkara.

Aku sangat berterima kasih kepada mak mertua yang mendidik anak2 nya menjadi orang yang tinggi nilai murni, disegani dan dihormati ramai.

Alhamdulillah.

Yang merindui suami,

– Aish (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *