Assalamualaikum semua pembaca sekalian. Aku menulis disini untuk berkongsi luahan hati aku. Mungkin ada pengajaran yang boleh dapat dari kisah aku. Sudilah baca walaupun panjang. Aku berumur 35 tahun dan masih bujang.
Kisahnya 10 tahun yang lepas aku pernah bertunang. Walaupun macam-macam dugaan akhirnya aku setuju untuk bertunang. Jujur pada waktu itu walaupun si dia kekasih aku tapi bila dia ajak aku bernikah aku tidak teruja sedikit pun.
Sebab hati aku rasa dia tiada ciri ciri suami yang aku cari. Jadi setiap kali si dia tanya bila boleh meminang aku biarkan soalan tu bagai angin lalu sahaja.
Tapi disebabkan ayah si dia masuk campur tanya bila boleh masuk meminang untuk anak dia jadi aku anggap si dia dan keluarga serius.
Maka berlangsung la pertunangan kami. Dan kami akan dinikah kan selepas 6 bulan. Jadi tempoh agak singkat aku tidak membuang masa dan mulakan persiapan untuk majlis kami nanti.
Kami baik sahaja. Setiap kali dia keluar atau dengan siapa dia jumpa urusan apa dia buat dia sentiasa bagitau aku. Ya memang lega dan bahagia bila orang jujur sama macam diri kita.
Tapi ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Dugaan bertunang pun bermula. Si dia mula berubah. Aku dapat rasa ada yang tak kena.
Tapi bila aku ajukan soalan si dia mengelak dan cakap dia cuma penat bekerja. Bila aku tanya lebih dia mula nak marah cakap aku tak memahami macam mana nak jadi isteri yang baik nanti.
Okay aku beralah walaupun dalam hati ni dah mula rasa perubahan sikap dia.
Lepas raya si dia ajak aku berjumpa waktu hari bekerja. Aku mula rasa pelik sebab tiba-tiba perlu berbincang . Hari perjumpaan tu pun tiba.
Aku ni dah hampir dua bulan tak gembira sebab dapat rasa dia berubah. Aku menanti penuh sabar ayat yang akan keluar dari mulut dia.
Aku masih ingat ayat dia cakap walaupun 10 tahun berlalu. Dia cakap,
“I ada kenal dengan seorang perempuan. Lepas kenal dengan dia tiba-tiba i jatuh cinta dengan dia. I rasa happy dengan dia dan i dah jumpa kebahagiaan yang i cari selama ni dan orang tu bukan U”. Aku rasa macam nak pengsan masa tu.
Aku tanya lagi perempuan tu tau tak dia tunang orang, dah nak kahwin.
Si dia kata, “dia tau i tunang orang dah nak kawen sebab tu dia sanggup berkorban nak undur diri sebab fikir perasaan i, keluarga dan prasaan tunang i. Baik sangat dia sampai fikirkan perasaan u sekali”.
Si dia memuji lagi perempuan tu. Hati aku remuk masa tu fikir mesti mak ayah aku malu kalau majlis tak jadi. Terus aku menangis tapi malangnya tangisan aku tidak sikitpn melembutkan hati si dia.
Selepas 2 minggu aku berendam air mata kami berjumpa lagi sekali untuk berbincang. Masing-masing keluarga tak tau apa yang berlaku pun. Masa berjumpa tu….ya dia berubah. Si dia bukan lagi orang yang aku kenal. Ayat yang di ucapkan semuanya menghiris hati aku.
Tajam seperti pisau. Setiap ayat yang keluar dari mulut dia sentiasa salah aku dan semua perempuan tu yang terpaling baik di muka bumi ni.
Ya aku terluka dengan setiap perkataan yang keluar daru mulut dia. Di pendekkan cerita kami akhirnya putus tunang.
10 tahun berlalu.. Aku masih single. Aku tenang jalani kehidupan aku. Walaupun aku move on dan tak bersedih lagi tapi ada dalam ruang hati aku ni terselit trauma dan fobia.
Kalau ada lelaki berkenalan nak ke arah serius aku jadi panik, jadi tak menentu hala dan sebolehnya tak nak komitmen. Aku rasa tertanya-tanya adakah ni sebenarnya tak move on? Macam ada persoalan yang tak terjawab dalam hubungan aku dengan si dia dulu.
Bulan lepas aku scroll tiktok ada video dari ticerjujue tu muncul cakap pasal gaslighting. Gaslighting ialah emotional abusive dan psychological manipulation dalam hubungan.
Contohnye bila pasangan kita buat silap dan salah tapi dia akan manipulasi dan salahkan diri kita. Dia menidakkan salah sendiri. Diri sendiri tetap betul walaupun dia yang melakukan kesilapan.
Masa tu pukul 2.30 pagi aku tak dapat lelapkan mata. Berjurai air mata dengar video tu. Ya selepas 10 tahun aku bru sedar dulu bekas tunang aku seorang gaslighter. Aku teringat kejadian dulu walaupun dia yang curang dia tetap salahkan aku.
Dia kata aku bukan perempuan yang baik pakai tudung tapi solat tak cukup 5 waktu (ada sekali kami berdua tinggal solat sebab tengok wayang time maghrib) tapi yang dia tinggal solat takpa aku sorang sahaja yang jahat sebab tak cukup 5 waktu.
Dia tak jahat walau sikit pun. Dia bertubi-tubi salah kan aku waktu tu. Katanya ayah aku salah sebab lambatkan perkahwinan. Dia dah minta cepatkan tapi keluarga aku tangguh. Sebab tu jadi macam ni.
Pernah aku bawak dia lepak dengan kawan aku dan penah sama2 gurau membahan tapi salah aku katanya aku tak hormat dia dan sampai hati aku membahan dia dengan kawan aku.
Aku salah sebab dah besar masih tinggal dengan family jadi keputusan aku semua nak tunggu parent buat sebab aku ni tak kenal dunia luar lagi. Masih bawah telunjuk mak ayah aku.
Salah aku katanye sebab tak dapat keje tetap tak pandai berdikari. Dia kata “kerja lah even pelacur pun melacur sebab cari rezeki jangan u ingat pelacur tu tak solat walaupun pelacur”. Aku tak dapat terima ayat ni.
Mentang-mentang perempuan dia angau tu seksi dan sosial kenapa aku yang bertudung ni jugak yang jahat. Nampak tak permainan si dia?
Asalnya salah dia curang tapi sampai tahap mana dia manipulasi biar aku yang nampak salah. Sampai aku tertanya akukah yang salah sebenarnya. Dia betul-betul brainwash aku.
Lepas 10 tahun aku baru lah faham kenapa masa tu level keyakinan aku selalu rendah rasa macam level lantai sahaja.
Aku dah faham kenapa la macam trauma nye aku rasa sampai 10 tahun ni. Aku dah sedar rupanye Allah menjawab persoalan yang aku tertanya-tanya selama ni.
Aku bru sedar aku telah di manipulasi. Rupanya aku ada dalam hubungan yang tidak sihat dengan dia. Dia mendera emosi aku dengan hinaan dan cacian.
Dia manipulasi cerita dan pusing cerita supaya semua orang luar boleh faham tindakan dia nak putus dengan aku. Sebab salah aku bukan salah dia
Akhirnya lepas 10 tahun Allah telah menjawab semua persoalan. Alhamdulillah dan entah kenapa aku rasa lebih lega dan tenang selepas dapat jawapan aku cari. Dan bila aku pandang balik ke belakang banyak hikmah yang aku dapat dari kekecewaan ni.
Yang pastinya hikmah terbesar sekali dapat keluar dari hubungan yang tidak sihat. Bolehkan aku kategorikan sebagai toksid? Aku pun tak pasti.
Hikmah kedua ialah sampai sekarang tiada siapa pun tanya kenapa aku tak kahwin walaupun 35 tahun,
Mungkin sebab semua tau yang aku penah putus tunang jadi mungkin orang faham level kecewa putus tunang ni level tinggi sikit dari kecewa bercinta sebab benda ni melibatkan banyak pihak kan.
Walaupun rasa sunyi dan teringin nak ada teman hidup tapi aku bahagia walaupun single. Bekas tunang aku? ya dia pun tak kawen dengan perempuan tu.
Lepas kami putus dan aku pulangkn cincin lepas 2 – 3 hari diorang pun putus jugak. Diorang tak kawen sebab family bekas tunang tak restu dengar ceritanye.
Dia kahwin dengan orang lain tapi dengar cerita bercerai dan sekarang berkahwin baru dan ada anak 2 ke 3 orang ntah aku pun tak pasti.
Itu pun aku tau sebab mak si dia add akaun fb aku. Kawan-kawan si dia pun ada dalam senarai kawan di fb aku. So skali skala nampak saja perkembangan si dia.
Aku kongsikan disini sebab aku pasti ramai di luar sana mesti penah melalui atau sedang melalui macam pengalaman aku. Bila rasa kita ada dalam hubungan tak sihat kita undur la diri. Kalau baru bercinta boleh undur diri awal-awal. Jangan lah fikir sebab sayangkan dia.
Sayangi diri kita dahulu. Walaupun kawan aku pernah kata macam tak adil sebab bekas tunang aku bahagia dapat anak ada isteri sedangkan dia yang menganiaya aku tapi aku yang dianiaya sampai sekarang masih tak berteman tak berkeluarga.
Tapi aku redha aku tau Allah tak pernah silap. Bila keluar dari hubungan yang tak sihat tu bahagia dan lega dia tu betul-betul lain macam.
Alhamdulillah terima kasih sudi baca coretan pengalaman saya yang agak panjang ni.
– Tiramisu87 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit