Abah II

Salam buat admin dan semua pembaca.

Pertamanya, terima kasih pada admin sebab sudi siarkan cerita arwah Abah aku tempoh hari.

Keduanya, terima kasih pada semua yang komen mendoakan yang baik-baik untuk arwah Abah aku. Terharu aku baca komen korang. Semoga Allah perkenankan doa kalian. Semoga doa yang baik-baik itu berbalik pada kalian berlipat kali ganda. In Shaa Allah, Aamiin.

Syukur Alhamdulillah, tujuan aku menulis dan share cerita Abah tercapai. Niat aku nak sebarkan aura positif, supaya roda kebaikkan itu tidak terhenti.

Memandangkan terlalu banyak cerita-cerita negatif yang berkeliaran di Facebook. Di samping berlatih untuk menulis kembali. Yang terlepas episod pertama, boleh baca kat sini, (https://iiumc.com/abah-15/).

Baik, kali ni aku nak cerita tentang usaha Abah untuk ‘tackle’ parents Mak aku.

Mak aku anak ke-8, dari 11 adik beradik. Sama macam family Abah, Mak pun dari keluarga yang susah. Pernah jugak masa aku kecik-kecik dulu, Nenek (mak kepada mak aku) cerita zaman penjajahan Jepun.

Habis Jepun tu amik segala tanaman dan haiwan ternakan Nenek aku. Sampaikan beras pun kene sorok. Sapu bersih! Seram bila teringat.

Macam yang korang tau, aku hasil perkahwinan Mak yang pertama. Masa tu, umur Mak lebih kurang 19 tahun.

Kenal ayah kandung aku yang berbangsa India semasa berkerja di kilang, berdekatan rumah Nenek aku. Kenal tak lama, lebih kurang 5-6 bulan, diaorang amik keputusan untuk kahwin.

Mendiang Atok aku (ayah kepada mak) takde lah cakap apa pun. Orang kampung dulu-dulu kan memang ramai yang kahwin awal. Lepas kahwin baru lah Mak kenal perangai sebenar suami dia.

Dengan kaki mabuk, kaki pukul, kaki perempuan pulak lagi. Nasib lah makcik aku (adik mak yang paling rapat dengan dia) bawak Mak aku lari.

Lepas dapat lari tu lah Mak jumpa dengan arwah Abah. Abah lah banyak bantu dia masa tu. Dari uruskan penceraian, tempat tinggal yang lebih selesa, sampai lah appointment check up kandungan (aku) kat klinik.

Sepanjang masa perkenalan, Abah banyak nasihatkan Mak, bagi semangat untuk teruskan kehidupan. Sampai lah Abah sendiri bersuara untuk jaga dia dan aku. Abah cakap, dia nak jaga mak dan aku bukan sebab cinta dan sayang semata-mata.

Tapi ikhlas demi Allah. Dari situ lah Mak aku jatuh cinta dengan Islam. Terpesona dengan akhlak dan budi seorang Muslim yang tidak pernah mengambil kesempatan atas kesulitan. Juga keikhlasan dalam menghulurkan bantuan tanpa meminta balasan.

Bila Mak dah suarakan hasrat untuk kenal dan mendalami Islam, Abah dan arwah Nenek (mak kepada Abah) carikan seorang ustazah untuk ajar mak asas dalam Islam. Dari mengaji, Feqah, Tauhid dan yang seangkatan dengannya.

Lepas kahwin, Abah la yang ajar dan tempat rujukan Mak.

Masa aku 6-7 bulan dalam kandungan, demi menjaga akhlak seorang Islam dan adab seorang Melayu, Abah bawak Mak balik ke kampung (rumah parents Mak) dengan niat nak berkenalan dengan family Mak, maklumkan hasrat Mak untuk tukar agama dan menyunting Mak.

Abah tak tahu mendiang Atok aku tu singa! Confident je dia pergi berdua dengan Mak! Hahaha.

Lepas je Abah suarakan bab tukar agama dan kahwin, mendiang Atok aku kejar dia dengan parang! Sampai semput lah diaorang lari! Pada parents Mak, bila Mak kahwin dengan Melayu, Mak bukan Cina dah.

Bukan anak diaorang dah. Bukan keturunan diaorang dah. Yang diaorang faham, Mak nak masuk Melayu. Stigma masyarakat masa tu, masih belum memahami duduk perkara yang sebenar.

Tapi, Mak kentalkan hati, teruskan apa yang dia dah pilih. Dengan doa yang tak putus, dan harapan yang disandarkan sepenuhnya pada Yang Maha Esa, supaya satu hari nanti, parents dia akan faham pilihan hidup Mak.

Walaupun dikejar dengan parang, itu tak mematahkan semangat Abah untuk ‘tackle’ parents Mak. Dengan menunggang vespa lama, satu-satunya harta yang dia ada masa tu, dia tetap bawak Mak balik rumah parents dia setiap dua minggu.

Nak tunjuk pada parents Mak, yang walaupun Mak tukar agama, dia tetap darah daging dan keturunan Cina. Pernah sekali, balik dari kampung, Abah dan Mak accident. Mak sampai terseret, masuk bawah lori.

Allah sebaik-baik penjaga. Alhamdulillah, tiada kecederaan berlaku pada Abah, Mak dan aku yang masih dalam kandungan. Cuma, kesannya, setiap kali Mak mengandung, dia akan sakit pinggang dan belakang.

Lepas kahwin, Abah masih teruskan rutin bawak Mak balik kampung. Cuma kadang-kadang disebabkan kekangan masa, diaorang balik sebulan sekali.

Masa ni, Nenek aku (mak kepada mak) dah boleh terima pilihan Mak. Cuma mendiang Atok je, masih tak bercakap dengan Abah.

Dengan kitaorang adik-beradik, cucu dia, Atok layan macam biasa. Takde lah sampai tak layan, tak bercakap. Cuma di sebabkan bahasa pertuturan yang berlainan je, dia banyak diam.

Atok ada kedai runcit. Setiap kali kitaorang balik, dia bagi macam-macam jajan. Bukan sikit-sikit. Berbalang, berpaket. Yang besar pulak tu.

Sampai lah masa umur aku 18 tahun. Sebulan sebelum mendiang Atok meninggal, kami balik kampung. Tiba-tiba mendiang Atok berborak dengan Abah.

Terkejut jugak lah Abah masa tu. Tapi, lega yang amat! Penantian dia selama 18 tahun dah berakhir. Usaha dia selama ni tak sia-sia.

Nampak air muka Abah yang gembira sebab dia rasa mendiang Atok dah dapat terima dia dalam family. Rupanya, masa Atok dah sampai. Tapi, sekurang-kurangnya takde lah Abah ralat kan?

Makcik aku, adik perempuan mak aku yang paling rapat dengan dia (yang tolong dia lari tu) dan adik bongsu mak, lelaki pun dah masuk Islam.

Masa ni, Nenek aku dah tak melatah macam masa Mak aku dulu. Diaorang dah boleh terima. Hasil usaha Abah yang gigih dan berpanjangan.

Lagi satu pasal Abah, dia tak pernah hantar Mak atau cari orang lain untuk jaga lepas bersalin. Masa aku lahir je lah arwah Nenek jaga.

Sebab, Abah dan Mak belum ada pengalaman. Anak sulung kan. Start adik aku yang ke-2, sampai lah yang ke-6, Abah jaga sendiri.

Dari bersihkan uri, tanam uri, masak untuk mak, sediakan air mandi mak, bertungku, ikat barut yang panjang berjela, pakaikan pilis dan segala macam benda yang berkaitan, dia handle sorang-sorang.

Adik aku yang ke-7, aku yang jaga mak dalam pantang. Yang ke-8, Nenek Cina aku yang jaga atas permintaan Mak. Dia nak rasa mak dia jaga dalam pantang.

Jarak adik-beradik aku tak jauh. 2-3 tahun je. Yang ke-6 dengan yang ke-7 jauh, beza 9 tahun. Sebab tu pantang yang ke-7, aku jaga. Adik ke-7 dengan ke-8 beza 2 tahun.

Beza aku dengan no.7, 19 tahun. Dengan no.8 pulak, 21 tahun. Bila aku bawak yang no.7 dengan no.8 pergi taman permainan, orang ingat anak aku. Ye kan jelah. Hahaha.

Macam mana Abah boleh uruskan anak-anak yang masih kecik, dengan mak yang dalam pantang? Dalam masa yang sama, kerja shift.

Tanpa mintak cuti tambahan, tanpa MC, tanpa lewat masuk kerja. Cuti biasanya dia dapat dalam 2-3 hari je. Lepas tu kena masuk kerja dah.

Kalau dia kerja pagi, sebelum pergi kerja dia akan pastikan lauk untuk mak dan kitaorang dah siap masak. Mak cuma perlu masak nasi je.

Dia siapkan Mak dan baby terus. Balik kerja petang tu, baru mandi lagi sekali. Sama lah bila dia kerja petang dan malam. Dia akan pastikan Mak dan baby setel sebelum pergi kerja. Tanpa gagal!

Ni lah antara kualiti Abah yang parents Mak nampak. Yang berjaya melembutkan hati diaorang sampai dapat terima kami adik-beradik.

Selama perkahwinan diaorang, Mak dan Abah tak pernah berenggang. Mana ada Abah, situ lah Mak. Abah dan Mak tak pernah bergaduh depan kami. Semua masalah setel dalam bilik.

Bila dah besar ni, kadang-kadang perasan jugak Mak merajuk dengan Abah. Ada sekali tu, tak taulah apa sebabnya, Mak merajuk dengan Abah. Sampai menyorok kat masjid, tak nak balik.

Tapi Abah rileks je. Cool je. Dia pergi kat Mak, dia just cakap, ‘Dah, jom balik, sambung merajuk tu kat rumah’. Bapak sempoi Abah aku kan? Hahaha.

Tu je la untuk kali ni. In Shaa Allah, ada rezeki, kita jumpa lagi di episod akan datang.

– Along (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *