REPLY: Letihnya Berumahtangga

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca terutama sekali kepada penulis confession ‘letihnya berumahtangga’ (https://iiumc.com/letihnya-berumahtangga/).

Aku nak komen terus haritu tapi segan pulak nak bukak aib diri sendiri jadi aku harap response aku ni, dibaca oleh puan ‘Yang Letih’.

Sebenarnya bila aku baca confession tersebut, aku rasa sangat2 relatable dengan aku… aku yang dulu, 6 tahun yang lepas.

Aku pun ada anak sulung lelaki yang lahir2 je sampai umur 3 tahun (aku pjj dengan suami), boleh dikatakan kerjanya tantrum dan menangis non stop.

Dia akan bangun pukul 1/2 pagi menangis non stop sampai pukul 4/5 every single day-non stop. Gunalah cara keras atau lembut, memang tak jalan.

Aku sampai satu tahap cederakan diri hentak kepala kat dinding sebab tak tahan sangat dengan perangai anak aku. Rasa menyesal kahwin tak payah cakaplah, memang makanan aku hari2.

Dan aku mula benci diri aku sebab rasa macam aku ni isteri dan mak paling tak guna sebab tak pandai nak tenangkan anak sendiri. Senang kata, semua fikiran negatif yang disebut dalam confession sebelum ini, semua aku pernah rasa.

Tapi tu aku yang dulu. Selama 5 tahun aku bertarung dengan perasaan negatif ini,

Sampaikan bila anak aku (sekarang dah umur 9 tahun) tanya dia macamna masa kecil dulu, aku tak boleh nak recall apa2 kecuali kenangan pahit yang dia kuat melalak dulu.. huhu.. rasa sedih sangat.

Jadi tujuan aku nak respon ni supaya confessor sedar yang sebenarnya she’s not alone dan aku nak kongsikan sikit macamna hidup aku boleh berubah kepada yang lebih baik.

Alhamdulillah, life aku sekarang lebih tenang dan bahagia dan paling penting sekali bila aku tengok anak sulung aku sekarang, aku rasa ‘it was all worth the pain’.

So berikut adalah beberapa perubahan yang aku lakukan untuk improve diri(yes, untuk ubah anything it has to start with your ownself):

1. Ubah mindset.

Bunyi macam cliche tapi kalau sesiapa nak ubah hidup dia ke arah yang lebih positif, tolong ubah cara fikir kita. Perspektif engkau tentang kehidupan.

Aku yang dulu selalu bandingkan life aku masa single dengan selepas berkahwin dan end up rasa menyesal sebab lepas kahwin, semua benda susah.

Tapi perubahan mula berlaku bila aku mula sedar yang hidup ini memang penuh dengan ujian. Semua orang kat dunia ni tak lepas dari diuji.

Bak kata makciktukang urut masa aku berpantang dulu,dia kata wanita ini akan hadapi 3 jenis ujian- Suami (player), anak dan/atau diuji dengan sakit.

So mungkin engkau nampak kawan atau adik-beradik yang ada suami yang sangat memahami etc tapi kau tak tahu sudut lain yang dia diuji.

So bila engkau mula sedar yang hidup ini memang Allah jadikan memang untuk menguji kita semua,

Engkau akan mula nampak anak engkau dan suami engkau sebagai cabaran yang engkau kene hadapi untuk membolehkan engkau capai syurga, dan bukan lagi mindset sebagai seorang mangsa.. yang selalu merasakan semua benda dalam hidup engkau serba tak kena.

2. Cuba look at things from others’ perspectives.

Antara faktor utama aku mula berubah adalah selepas aku dengar respon dari suami aku bila aku luahkan betapa aku rasa diri aku tak berguna as a wife and mother, menyesal kahwin dan aku sampai kata,

‘Tahu tak penat jadi orang yang ada fikiran negatif ini tau!!’ (aku selalu rasa dia selfish etc).

Respon dari suami aku simple je tapi memang buat aku terkesima. Dia kata ‘Tahu tak lagi penat kahwin dengan orang yang selalu fikir negatif’.

Ayat dia simple tapi buat aku faham yang macamana aku struggle nak adapt dengan life aku as a wife and mother, macam tu jugak suami aku (and anak aku) jugak struggle nak adapt with my own shortcomings.

So bagi aku, bila aku mula hadam dan letak diri aku kat tempat suami dan anak aku, baru aku sedar aku sendiri adalah antara punca kenapa aku suffer dengan life aku.

Bila aku mula berhenti mengharap orang lain dan situasi untuk berubah dan sebaliknya ubah diri dan mindset aku, miracolously, life aku improve bit by bit..

Aku stop fokus on orang lain but on my ownselves. And alhamdulillah, aku nampak perubahan positif pada suami dan anak aku.

So ingat selalu NOTHING WILL CHANGE IF YOU CHANGE NOTHING. Ubah rutin harian kita. Kalau tak mampu, mulakan dengan something simple.

Contoh macam aku, masa awal2 itu, apa yang aku buat adalah untuk mula adakan sesi reading atau sesi bercerita dengan my kids sebelum mereka tidur..

Masa itu aku akan selitkan values yang aku nak instill dalam diri aku dan anak2 aku.

Dan kemudian aku akan buat positive affirmations dengan anak2 dalam 1-2 minit setiap malam. Minta dieorang sebut ‘Saya baik, saya anak yang soleh, saya anak yang rajin dan sabar…

Allah sayang saya, saya sayang Allah. Ibu sayang saya, saya sayang ibu..ikutlah apa lagi affirmations yang engkau rasa sesuai untuk baiki emosi dan situasi engkau dan anak) ..

3. Last sekali, apa2 pun perubahan dalam hidup ini selepas kita dah berkeluarga, nak tak nak memang perlukan komitmen daripada suami kita aka bapa kepada anak2 kita. Possible tapi would be extremly challenging kalau kita sorang je yang usaha untuk ubah anak2.

Kalau kita tengok research tentang ‘the father effect’, engkau akan mula faham kenapa dalam Al-Quran Allah banyak highlight tentang peranan bapa dan bukannya ibu dalam didikan anak2.

So tolong ladies, jangan pandang remeh isu suami dan bapa yang culas ini. Ikut kajian, besar kesannya pada diri anak2 dari segi perkembangan emosi, akademik dan sahsiah anak2.

Jadi tolong lakukan sesuatu jika suami anda masih tidak berubah walaupun selepas diberi banyak peluang.

Akhir kata, mulakan perubahan itu dengan diri kita sendiri, dan insyaallah Allah akan permudahkan semua.

All the best to all the moms who are struggling with highly sensitive kids!!! You’re strong , so take this as a challenge and you’ll realise how special and strong your kids really are :-)

Much love,

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *