Wajarkah Menjauhkan Diri?

Hai. Assalamualaikum. Nama aku Nur. Usia dah akhir-akhir 20an. Aku isteri yang berkerjaya. Demi membantu suami aku dan memang aku sejenis yang lebih suka bekerja dari duduk rumah :)

Kisah hari ni takde yang menarik pun cuma aku teringat tentang ipar duai aku.

Aku ingin luahkan saje, mungkin bagi pembaca takde yang pelik cuma aku yakin hal yang aku alami ni mesti ade yang pernah alaminya, hehehe.

Suami aku baik-baik saja orangnya. Setakat ni belum ade masalah besar, kecil-kecil tu ade tapi bagi aku itu normal. Tiada hidup yang takde masalah kan.

Aku bukan nak cerita tentang suami aku tapi perihal adik beradik perempuan nya.

Dulu, aku punya mindset taknak kahwin dengan lelaki yang beradik nya ramai perempuan. Tapi sekali dengan kuasa Allah, aku dapat suami yang punya ramai adik beradik perempuan.

Aduh, macam kelakar jugak, yang aku taknak tu lah aku dapat tapi takpe aku positif aje. Tak kenal maka tak cinta, hehehe. Siapalah aku nak tolak takdirnya.

Alhamdullillah, penerimaan keluarganya terhadap aku okey saja. Mereka bukan sejenis yang memilih untuk masuk ke dalam keluarga mereka. Asalkan perempuan tu pandai jaga diri & maruah.

Jadi aku mula sedar mindset aku yang dulunya tu salah, atau mungkin nasib aku agak baik.

Ipar duai aku yang sudah berkahwin semuanya okey saja, satu kepala lagi dengan aku.

Cuma aku tetap lah jaga batas. Tak pernah bercerita buruk tentang siapa-siapa di hadapan mereka. Takut di depan hari nanti jadi apa-apa kita tak tahu.

Kalau aku pergi ke rumah mereka, kalau mereka bercerita tentang apa saje, aku mampu senyum & gelak je sebagai tanda aku layan.

Mereka siap kata lagi dekat aku yang suami aku bertuah sebab jumpa aku sebagai jodohnya yang boleh dikatakan aku ni pandai layan orang tua, pandai bawa diri, suami & rumahtangga.

Tapi aku ni biasa-biasa aje, takde pun woww sangat.lTak pernah sekali aku bercerita tentang hal diriku & suamiku kepada diorang. Gurau-gurau biasa ade lah. Sekadar basa-basi.

Tapi sejak-sejak ni, aku rasa macam malas nak bergaul sangat dengan mereka.

Aku pun confuse apa punca. Mungkin aku lebih suka bersendiri. Mungkin. Bukan mereka tak okey cuma mungkin mood aku tak berapa betul kot, hehehe:)

Walhal sebelum ni aku kerap spending time dengan mereka. Selalu kami buat aktiviti kekeluargaan.

Cuma sampailah satu masa, aku rasa macam kena kurangkan bergaul lebih-lebih sebab ade orang kata kita sebagai menantu jangan terlebih beria.

Tapi kan, dalam pada yang menerima aku, ade lah sorang dua adik nya yang belum kahwin. Aku dapat rasakan negative vibe bila berjumpa dengan nya.

Macam bila berjumpa, jarang sekali nak tegur aku. Kalau jalan sebelah pun takde nya nak menyapa.

Aku macam biasa lah, buat muka senyum memanjang untuk sekadar tanda aku ni okey. Tapi dalam hati Tuhan je tahu. Dia? Buat muka seposen ade lah. Nak salam? Memang hulur tangan pun susah. Pernah sekali dua je dia salam.

Entah lah, time mood dia okey kot. Aku macam biasa, buat bodoh ajelah sebab malas layan. Aku tak kisah sangat cuma adab tu macam kurang kat situ. Sedangkan, aku dengan kakak ipar aku (isteri abang aku), aku selalu salam.

Sebab mengenangkan adab & aku ni ibarat adik dia. Kadang aku terfikir, dengan boyfriend bukan main gelak ketawa. Dengan kakak ipar, nak salam & senyum pun payah. Aku abaikan je.

Aku bukan nya marah orang tak salam dengan aku, cuma tulah, perasaan tu jadi lain macam.

Sebab aku tak macam tu bila berjumpa dengan orang yang lebih tua dari aku. Aku abaikan aje sebab aku bukan selalu jumpa pun dengan dia & aku anggap dia tak matang lagi.

Tapi jangan risau, belum kahwin kan, so nanti dah kawin esok-esok, adik beradik lakinya buat macam tu baru ade akal, hehehe :) yang lain-lain Alhamdullillah okey. Sebab yang lain memang tua dari aku, jadi aku lah yang merendah diri.

Yang paling lucu, ade sekali tu suami aku suruh aku pi salam adik dia yang tu. Beria pulak tu .macam nak cakap aku ni tak reti-reti nak salam ke?

Aku mase tu be like.. krik-krik jap tapi aku tahan. Aku ni bukan sejenis yang suka tunjuk muka masam atau tunjuk belang depan orang.

Tunjuk dekat suami aku je lah, hahahaha:)). Aku sejenis yang boleh control lagi..

Aku boleh je nak hulur tangan salam dulu tapi yang buat aku jadi patah semangat nak salam tu sebab aku ingat lagi, punya lah beria kita tegur dia, senyum sampai ke telinga siap masuk jumpa dalam bilik lagi (sebab diorang tak keluar bilik masa aku datang rumah) boleh dia buat bodoh.

Eh entah lah ape punya perangai lah. Aku ape lagi, angkat punggung blah je. Memang tak lah beria lepas tu.

Macam semacam je tapi aku positif je, biasalah kalau dah berumah tangga ni, hal macam ni pun kena hadap. Tapi aku geram nya punya lah takde adab & common sense.

Lepas kejadian tu, aku masuk kereta dengan husband aku. Time tu jugak aku bagitahu suami aku macam ni,

“Awak jangan nak pandai-pandai suruh saya salam. Saya tahu kedudukan saya, saya dah tunjuk muka manis pun dah cukup bagus, siap masuk dalam bilik lagi tapi dah dorang buat bodoh, so jangan expect saya nak beria lagi lepas ni. Dia tu level adik-adik, saya ni ibarat kakak” .

Haa begitulah saya bagitahu husband saya supaya dia faham lepas ni saya takkan beria. Itu pun salah satu sebab aku malas dah nak bergaul.

Aku tahu, ni bukan nya isu besar. Cuma aku nak cakap dekat sini, untuk adik-adik yang masuk family orang, jadi lah diri sendiri & jangan terlampau try hard nak get in keliling orang.

Kita pun sebagai yang muda, kena ada common sense bila berjumpa dengan orang lagi tua atau tetamu yang datang rumah kita.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *