Ibu, Bersangka Baiklah Dengan Anakmu

Hi. Aku Manees, umur hampir 40 tahun, bujang, berkerjaya baik, tinggal sendiri di bandar besar. Aku ada depression. Diagnosis pada tahun 2021, sedang makan ubat, dan baru saja doktor naikkan lagi dos ubat.

Macam mana aku kena depression ni? Biar aku ceritakan dulu. Tapi sebelum itu, siapa yang rasa ini cerita mengada-ngada, yang rasa benda boleh diabaikan, yang rasa aku acah-acah depression, silakan berhenti membaca.

Sekarang ni, dah sebulan lebih aku menahan sakit. Sebelum ni dah berkurang, tapi kali ni jadi balik. Sakitnya depression ini hanya yang menanggung saja yang tahu.

Kepala rasa berpusing, mood swing, badan dan kepala sakit menyucuk, macam muscle sore tapi bukan muscle sore. Ada shivering sikit. Tak tahu nak describe macam mana.

Aku cuba kawal dengan deep breathing, tapi setakat ni belum menjadi.

Apa punca? Macam-macam. Orang-orang toxic di tempat kerja, keluarga yang serabutkan kepala, emotional abuse by someone, membela ‘biawak hidup’ sekejap.

Hari-hari rasa sakit seluruh badan, malam susah nak tidur, asyik nak menangis, rasa nak menjerit selalu, lepas tu menangis lagi.

Kalau marah, aku tumbuk bantal dengan katil kuat-kuat. Aku hempas bantal kuat-kuat. Aku pernah tumbuk dinding sebab tak boleh tahan sangat sakit ni.

Sampailah satu masa, aku cakap pada diri sendiri, “I need help!” Aku jumpa seorang sahabat yang bekerja sebagai doktor pakar, minta tolong dia buatkan referral letter.

Aku pegi ke klinik psikiatri, long story short, aku didiagnosis sebagai major depression disorder with anxiety distress. Aku sentiasa pegi follow up dengan doktor, makan ubat. Tapi…

Ini aku nak cerita mengenai ibuku. Ibuku ni memang baik. Orangnya sangat resilient sebab bersuamikan bapaku yang panas baran.

Cuma satu saja, ibuku suka bersangka yang tidak elok dengan aku. Aku faham, dia sayang aku, dia nak sangat aku berumah tangga.

Aku sebelum ni ada berkawan dengan seorang lelaki, cumanya sampai bertahun-tahun kawan tapi takde masa depan.

We remain as friend macam tu saja. Aku pun takde dah apa-apa harapan pada dia. Cumanya ibuku ni pulak terlalu berharap aku kahwin dengan lelaki itu.

Dia memang doakan aku, tapi luar daripada doa, dia asyik fikir/sebut doa aku ni tak makbul sebab banyak dosa, doa aku ni tergantung sebab banyak dosa.

Dah banyak kali aku nasihat ibuku, kita kena ubah fikiran kita. Apa yang kita doa, kena sama dengan apa yang kita fikir, sebut hari-hari.

Kalau doa minta sesuatu, tapi hari-hari asyik fokus pada benda tak jadi, memang takkan jadi. Aku pernah cakap juga, kalau nak juga lelaki itu jadi suami aku, doa minta dia jadi suami aku, jadi menantu dia.

Straight to the point. Tak perlu fikir bila nak makbul, bila nak jadi, makbul ke tidak, tergantung ke, apa ke. Adalah sekejap dia betulkan, lepas tu dia ulang balik benda sama.

Maka, aku pun menderita menahan kecewa, sedih, sebab ibuku sendiri asyik berfikir negatif macam tu.

Dulu ibuku selalu buat solat hajat sebab dia nak sangat aku kahwin dengan lelaki itu. Tapi, lepas solat hajat tu, dia call aku tanya ada apa-apa perubahan tak?

Aku cakap takde apa-apa. Macam tu saja. Terus dia cakap aku banyak dosa, kena istighfar dan selawat banyak-banyak.

Berkali-kali kena macam tu, lama-lama aku tertekan. Sampai aku buat hal dengan lelaki itu dan kami terus renggang.

Aku cakap pada ibuku, aku dah tak kawan dengan lelaki itu. Dengan harapan, ibuku berhenti berharap, berhenti fikir pasal bila aku nak kahwin.

Tak…. dia masih ulang, ulang, ulang, desak aku doa lagi, lagi, lagi, lagi supaya kahwin juga dengan lelaki itu. Ya Allah… macam mana lagi aku nak cakap kat ibuku ni.

Sampai aku tukar doa pula, “Ya Allah, kalau aku berkahwin dengan si polan tu boleh buat ibuku gembira dan hatinya tenang, maka satukan kami, Ya Allah. Aku dah sakit sangat sekarang ni nak tanggung emosi macam ni.”

Wahai ibu-ibu, kita semua tahu, doa ibu itu doa yang kuat. Maka, doa/cakap/sangka/fikir yang baik-baik dan positif saja untuk anak-anak.

Janganlah asyik cakap anak tu banyak dosa, doa tergantung, doa tak makbul. Itu semua doa juga. Betulkan pemikiran kita kalau mahu anak-anak kita berjaya dalam hidup, dapat apa saja cita-cita.

Aku pernah tertonton 1 video ceramah ustazah Asma Harun. Ustazah bercerita mengenai seorang isteri yang suaminya kurang beragama.

Si isteri ini cakap dia hari-hari berdoa minta suaminya berubah jadi lebih baik, rajin solat, jaga agama.

Cumanya, lepas daripada doa, si isteri ni suka cakap suami dia teruk, suami takkan berubah, suami dia memang macam tu, suami dia keras hati.

Kemudian si isteri tertanya-tanya kenapa doa dia belum makbul. Ustazah cakap, doa dan pemikiran/sangkaan kita kenalah selari.

Oleh itu wahai para ibu, berdoa/ sebut/ fikir/ sangka yang baik-baik saja untuk anak-anak. Kata-katamu itu boleh jadi kenyataan. Jangan diseksa emosi anak-anakmu.

Lepas berdoa, yakinlah doa kita dah makbul. Allah suruh minta, kita minta saja.

Tak perlu fikir bila doa nak makbul, doa tu tergantung ke, banyak dosa ke, apa ke. Itu urusan Allah. Part kita, mintalah apa saja, bukan mengikut keterbatasan pemikiran kita, tapi ikutlah kebesaran kuasa Allah SWT.

Sekian…

– Manees (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *