Assalamualaikum admin dan para pembaca. Harapnya confessions aku akan disiarkan lah..
Before anything, aku nak cerita sikitlah permulaan yang triggered kepada persoalan “Aku ke yang TOXIC?” ne.
Nama kecoh aku Rina. Aku berumur awal 30an. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berumur setahun lebih.
Cerita ne bermula bulan puasa baru ne. Aku beberapa kali sakit perut yang teramat sangat. Dan sakit perut tu menyerang pukul 12 malam dan keatas saja.
Bila datang sakit perut tu, memang aku menangis berguling-guling menahan sakit, berjam-jam lamanya. Dan biasanya sampai ke pagi.. Aku sampai makan ubat tahan sakit gout ayah aku, baru hilang dan boleh tidur.
Aku pergi checkup kat 5 buah klinik, tapi jawapan yang aku terima cuma batu karang dan kemungkinan batu hempedu.
Tapi sepupu aku yang dokter jugak cakap, batu hempedu macam mustahil sebab kalau kena, sakit dia non stop sampai la kena operate buang. Bukannya sakit on off macam aku. Heran aku….
Kemudian aku dibawa berjumpa dengan sepupu mak aku untuk berubat dengan perubatan Islam ne. Dan long story short, rupanya sakit aku ne bukan sakit biasa, sakit ada benda menumpang.
Cemana tau? Time dia scan (ruqyah) tu, aku menangis teresak-esak. Bukan sebab aku tetiba insaf ke apa, tapi benda dalam badan aku tu yang menangis sebenarnya.
So itulah permulaannya.. Panjang pulak intro ne. Sabar sikit ya pembaca sekalian. Banyak part dah aku cut short ne. Okay next….
So aku pon menjalani lah rawatan untuk buang benda tu. Tapi bukan sehari dua ya.. Kiranya dari bulan puasa baru ne, sampai minggu lepas laa baru betul-betul setel. Sekarang ne aku dalam healing process dah, alhamdulillah.
Okay sambung. So, bila tau ada yang menumpang dan kata perawat tu besar kemungkinan orang yang hantar, aku jadi macam, ooo patut laa aku selalu panas hati dengan suami aku.
Patut la aku berat sangat nak solat, baca Al-quran apatah lagi. Setahun sekali je rasanya. Aku sandarkan semua benda tak baik pasal aku kat makhluk dalam badan aku ne.
Tapi… Ada ketika aku rajin sangat. Solat awal waktu, tak liat pon nak bangun tahajud pagi2. Solat qadha lagi. Tapi rajin tu tak bertahan lama.
Paling lama 3 minggu saja. Lepas tu aku balik ke asal.
Yang buat aku musykil ialah, lepas ja rawatan terakhir aku iaitu minggu lepas, kenapa eh aku macam extreme gila liat nak solat? Dah terlepas beberapa kali dah. Liat yang subhanallahhhh.
Ke selama ne makhluk tu kena fitnah dengan aku? Rupanya yang malas beribadah tu aku sendiri, dia yang kadang-kadang cuma insafkan aku?? Aku kah jin yang sebenarnya??
Aku confius. Puas aku lawan malas aku ne, tapi makin lawan, makin malasnya ya Allahhhhhhh.. Aneh sungguh rasa ne..
Bab aku dengan suami pulak. Eh, kerap betul aku tarik muka dengan suami aku. Pantang balik lambat sikit, mula laa nak sentap.. Tapi cepat je baik semula.
Tapi tu la.. Bukan kah jin suka keluarga bercerai berai? Tapi……. Kan jin dah takda? Ke memang aku yang toxic sebenarnya??? Tolong aku jap…
Kalau nak tau, hubungan aku dengan suami selama jin dalam badan aku ne, baik je.
Cuma tu la, suami aku ne suka keluar dengan kawan, badminton apa tu, so aku geram la.. Normal kan perasaan tu.. Tapi bulan puasa tu terasa lain sikit la..
Dari awal puasa, sampai nak raya aku diam, tak bercakap pun dengan suami aku. Geram sebab dia suka keluar, aku jadi macam tawar hati gila.
Dan anehnya, suami aku pon dia pujuk sekali dua ja. Lepas tu dia pon biar ja aku diam gitu.
Padahal sebelum ne, dia akan pujuk sampai aku betul-betul okay. So episod tawar hati tu berlangsung sebulan puasa. Memang aku takdak hati langsung kat suami aku time tu.
Tapi takde la drama mengamuk-ngamuk, baling pinggan mangkuk, tinggi suara ka apa. Memang takdak. Aku marah pon, aku diam ja.
Sepatah pon tak bunyi. Aku tahan ja. Sampai aku dah reda, baru aku cerita balik ketidak puasan hati aku.
Okay balik kepada confius aku tadi. Lepas buang benda tu pon, aku rasa macam sama ja.
Bezanya badan aku terasa ringan gila. Hilang sakit belakang, lenguh-lenguh bahu, sakit perut dan sakit kaki aku selama ne. Hilang begitu saja.. Tapi kalau bab emosi, aku rasa macam sama ja..
Tak lebih dan tak kurang pon rasa dan layanan aku kat suami aku. Dan takda beza pon kemalasan solat sebelum ne dengan sekarang. Yang bezanya sekarang aku rasa aku makin malas nak solat.
So persoalan aku kat sini, aku kah yang toxic sebenarnya??? Atau pun badan aku dah terbuka laluan untuk jin lain datang menumpang sesuka hati? Ataupun itu hanya sekadar alasan aku lagi sekali? Aku confius ne…
– Rina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit