Untuk part I, (https://iiumc.com/hinanya-si-pelajar-miskin/).
Assalamualaikum semua pembaca dan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita aku yang sebelumnya.
Aku Bunga Putih. Aku dah baca setiap satu komen-komen pembaca IIUM Confession yang dikasihi sekalian pada post aku yang pertama. Terima kasih semua diatas komen-komen yang diberikan dan tak kurang juga yang sudi berkongsi pengalaman yang ada.
Hari-hari yang aku lalui tanpa “kawan” disekolah bermula dari darjah 1 sehingga tamat persekolahan darjah 6. Sungguh waktu terlalu pantas berlalu, namun peristiwa “sendirian” itu masih lagi berbekas dihati.
Ada betulnya juga komen yang mengatakan kawan tak nak berkawan dengan kita bukan pasal kemiskinan tapi kerana personaliti. Ya aku akui, personaliti aku juga mempengaruhi mengapa mereka tidak mahu berkawan denganku.
Baju sekolah hanya sepasang aku gunakan dari hari isnin hingga hari jumaat untuk sekolah agama dan untuk sekolah harian.
Baju itu tidak bergosok, dicuci seminggu sekali menggunakan air telaga tadahan hujan yang di ambil dibelakang rumah. Takut jika dibasuh setiap hari tidak sempat kering ataupun baru cepat rosak.
Air inilah yang kami sekeluarga gunakan untuk memasak & minum, untuk mencuci pakaian & untuk membersihkan diri kami. Baju itu juga hanya akan berganti bila ada yang sudi memberi [ baju terpakai yang disedekahkan ].
Aku boleh bayangkan bertapa tidak selesanya kawan-kawanku bila aku hadir kesekolah dengan penampilan yang seperti itu. Apetah lagi yang duduk berdekatan denganku.
Mungkin ada bau yang kurang menyenangkan dan membuatkan mereka “tidak lalu” untuk berkawan denganku. Sumpah tak pernah terfikir aku sebelum ini. Terima kasih kepada yang memberi komen. Hehehehe
Untuk makluman pembaca sekalian, keluargaku adalah penerima program perumahan rakyat termiskin [PPRT].
Waktu aku darjah 4 baru kami diberikan kemudahan “Air kolah” yang mana sumber air yg diperolehi daripada takungan air hujan. Rumahku juga tidak punya bekalan “electric”. Hanya “pelita” yang menerangi kami pabila malam menjelma.
Mungkin betul juga ada pembaca yang mengatakan, budak-budak darjah 1 & 2 tidak pandai menyisihkan kawan-kawan kerana kemiskinan.
Mungkin juga aku yang tidak pandai bergaul dan merasa rendah diri. Tapi sumpah aku katakan, aku terlalu gembira ingin mencari kawan sewaktu pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Terimbau kembali saat aku ditahun 4, aku ingin meminjam “pemadam” kepada rakan perempuan sebelahku, tetapi baru sahaja dia ingin menghulurkan pemadamnya kepadaku, kawan perempuan disebelahnya menghalang.
“Awak jangan bagi pinjam pemadam awak pada dia, mak dia seorang pencuri. Mak dia pernah datang ke kedai kita mencuri gula-gula. Mak kita yang beritahu”.
Pemadam yang ingin dihulurkan itu disimpan kembali. Jadi terpaksalah aku menggunakan ibu telunjukku, mengesek-gesek kertas buku dihadapanku untuk membetulkan tulisan yang salah. Hitam jadinya tulisan tersebut. Allahuakhbar.
Kata-kata ini tidak pernah aku lupakan seumur hidupku. Walaupun waktu itu umurku masih tidak matang, namun entah mengapa sehingga kini, ungkapan ini sering kali terngiang-ngiang dibenak fikiranku.
Malah bila pensel kontotku patah, aku tidak lagi berani membuka suara untuk meminjam barang rakanku disebelah. Korang nak tau apa aku buat?!
Aku kutip cebisan mata pensel yang patah itu, aku gunakan untuk menulis. Aku sangat takut cikgu nampak perbuatanku. Tapi syukur cikgu jarang sampai ke tempat duduk di barisan belakang. hehehe
Ya!! Tahun demi tahun berlalu aku masih bersekolah disitu bersama rakan-rakan yang sama dari tahun 1 hingga tahun 6. [sekolah kampung tidak banyak kelas].
Budak-budak lelaki yang “agak nakal” itu juga semakin hari semakin berani membuli aku. Waktu sedang belajar mereka tarik tudung aku darah arah belakang. Tidak mengapa, mungkin itu perkara biasa.
Namun bila tiada guru didalam kelas, ditariknya lagi tudung aku sampai tercabut anak tudungku yang didalam. Terserlahlah rambutku yang kusut masai macam mak lampir hahahaha!!!! Bila aku cuba pakai kembali, ditariknya lagi berulang-ulang kali.
Mereka terlalu seronok memperlakukan aku seolah-olah aku tiada perasaan. Sehinggalah mereka nampak guru berjalan ke kelasku, baru mereka berhenti.
Aku seperti biasa, diam dan duduk kembali ke tempatku sambil mebetulkan tudungku yang senget benget itu. Hehehehe….
Tidak berhenti disitu, kasut sekolahku yang longgar juga sering menjadi mangsa mereka. Al maklumlah kasut “sedekah” kadang kala tak ngam dengan saiz kakiku. Mudah sangat tercabut sewaktu aku sedang khusyuk belajar.
Tanpa aku sedari kasut sekolahku menjadi tarikan budak-budak lelaki yang agak nakal ini. Tanpa aku sedari, mereka menyembunyikan kasut sekolahku yang sebelah.
Ada kalanya mereka menyembunyikan kasut aku sebelum rehat. Jadi jika aku tidak dapat menjumpai kasutku, aku tidak akan sempat rehat pada hari tersebut, dek kerana terpaksa mencari kasut aku yang mereka sembunyikan.
Ada kalanya mereka sembunyikan kasut ku sebelum waktu loceng tamat persekolahan berbunyi. Jika aku menjumpai kasutku awal, dapatlah aku pulang tepat waktunya.
Tapi ada masanya aku jumpa kasutku agak lambat. Jadi bila aku jumpa kasut yang disembunyikan itu lambat, aku akan menangis dan berdoa pada tuhan supaya cepat dijumpakan kasutku itu.
Alhamdulillah bila aku menangis dan berdoa pada tuhan pasti tak lama kemudian, aku menjumpai kasut yang disembunyikan itu. Mungkin doa dari anak yang naif ketika itu mudah dikabulkan… huhu…
Hurm…. Ku kira mereka hanya berani menyembunyikan kasutku dalam diam, namun lama kelamaan mereka juga dah berani mengambil kasutku dan tunjukkan kepadaku.
Bila aku cuba mengambil dari salah seorang dari mereka yang memegang kasutku, mereka akan lempar kasutku kepada rakan yang lain.
Jadi aku akan terpinga-pinga berebut kasutku keseorang, demi seorang lagi rakan lelaki yang lain pada waktu itu.
Kadang-kadang selepas penat mengejar dan diperlakukan seperti itu, aku tak dapat nak menumpukan perhatian sepenuhnya sewaktu sedang belajar. Perbuatan ini bermula dari aku darjah 4 sehingga darjah 6.
Masih segar dalam ingatan tetang satu lagi kejadian dimana “colour penselku ” dibuang tanpa perasaan. Seminggu sebelumnya cikgu sudah mengingatkan semua pelajar untuk membawa pensel warna ke sekolah.
Waktu balik aku bagitahu mak yang minggu hadapan aku perlu membawa pensel warna ke sekolah. Aku lihat wajah mak berat namun dia tetap usahakan. Hasil duit jualan kuih yang tidak seberapa dia gunakan untuk membeli pensel warna dikedai runcit yang berdekatan.
Namun apa yang menyedihkan bagiku, waktu aku ketandas aku letakkan pensel warna itu dibawah ruang mejaku yang kosong. Padaku pensel warnaku selamat disitu kerana aku tidak ketandas lama.
Tetapi apabila waktu hendak menggunakan pensel warna tersebut, aku cari pensel warna tersebut sudah hilang. Ahhhh…. mana penselku getus hatiku…
Allhuakhbar… sedihnya hati aku tuhan sahaja yang tahu… sudahlah mak belikan bersusah payah, aku pula hilangkan. Aku cari serata tempat duduk, sampai ke tong sampah aku cari tapi tak jumpa.
Akhirnya aku mengalah. Sampai waktu untuk menggunakan pensel warna tersebut, aku tiada apa untuk diguna. Aku perhatikan rakan-rakan lain sibuk mewarna sedangkan aku hanya melihat sayu…
Aku rasa dah panjang sangat dah aku tulis. Nanti bosan pulak korang nak baca… hehehehe…
Oklah aku berhenti disini. Kalau masih ada yang nak baca sambungan kisah aku, aku akan ceritakan kat mana aku jumpa pensel warnaku dan bagaimana titik pengakhiran kisah aku dibuli.
Terima kasih pada semua yang sudi membaca dan komen pada kisah aku. Aku sayang korang semua. “Virtual hugs”
Salam sayang dari aku untuk semua;
Aku yang berdamai dengan takdir;
– Bunga Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit