Hidup Menunggu Mati

Aku terjaga dari tidur. Aku teringatkan kata-kata Almarhum Ustaz Abu Hassan Din dalam sebuah video pendek (reels) yang menceritakan kesan meninggalkan solat Asar.

Menurut Almarhum, jika solat Asar ditinggalkan, maka segala amalan lain ie zikir, puasa, zakat & sedekah akan terhapus.

Aku tersentak. Beberapa hari lepas aku memang ada tinggal solat kerana aku sibuk di hospital uruskan bapa aku yang nak keluar wad selepas pembedahan di sebuah hospital kerajaan.

Aku rasa video Almarhum tu satu pesanan secara langsung Allah kat aku seolah-olah ingin mengingatkan aku untuk segera mengganti solat Asar yang aku dah tinggal.

Aku mula search nama Almarhum di FB. Satu-persatu video Almarhum ketika Almarhum masih hidup keluar.

Bagaikan satu petanda untuk aku, tajuk video yang keluar adalah mengenai kematian husnul khatimah dan akibat meninggalkan solat.

Dikala aku yang lemah dengan ujian hidup – solat, zikir, puasa semakin kurang manisnya dan makin jauh dengan Al-Quran. Hubungan dengan manusia juga makin dingin.

Sebelum ni aku juga ada terbaca satu coretan berkenaan hidup yang menunggu mati tapi aku tak ingat siapa penulisnya.

Kata beliau, hidup kita ni sebenarnya hanya menunggu mati. Apa yang kita buat sementara menunggu mati itulah yang perlu kita hayati.

Aku berfikir tentang kitaran hidup aku. Aku pernah berada dalam fasa di mana solat dan Quran tidak ditinggal dalam hari hidup aku.

Namun sekarang, aku kalah dengan ujian hidup di mana aku rasa aku terlalu letih nak jaga diri aku sendiri, apa lagi menjaga kedua orang tua.

Hari-hari aku berlalu dengan aku struggle untuk fight untuk hidup normal macam orang lain. Hari-hari kena fight untuk lawan fikiran negatif dan overthinking.

Aku perlu kerja untuk menyara diri & mak ayah yang uzur dan perlu ulang alik ke hospital.

Aku terlalu letih melawan fikiran negatif sendiri sehingga aku perlahan-lahan berubah watak.

Dulu 5 waktu solat aku rindukan, sekarang mudah aku tinggalkan. Al-Quran tak lagi aku baca selepas solat.

Namun, aku dapat rasa Tuhan sedang menegur aku. Tuhan nampak aku makin jauh dariNya.

Tapi aku takut, jika hari ini aku berbuat baik esok aku kalah lagi dengan ujian, aku kembali penuh dengan dosa. Cycle yang sama.

Ketika ada secebis iman, aku mampu solat. Tapi ketika iman digugat, aku kembali lemah tak berdaya untuk berdiri solat.

Aku takut mati sebab aku tau kitaran hidup aku. Amalan aku sedikit berselang dosa yang menggunung.

Tolong doakan aku kuat untuk hidup menunggu mati.

Mudah-mudahan kita semua menjadi orang yang tetap mengerjakan solat walau apa pun dugaan yang kita hadapi untuk menuju kematian yang husnul khatimah.

Wassalam.

– Penulis Yang Lemah Dengan Ujian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *