Salam buat admin dan semua pembaca..
Terima kasih atas sokongan dan dorongan dari kalian untuk aku terus menulis..
Yang terlepas episod sebelum ni, boleh baca kat sini,
(Episod 1 : https://iiumc.com/abah-15/)
(Episod 2 : https://iiumc.com/abah-ii/)
Jadi, atas permintaan kalian, aku sambung cerita Abah.. Kali ni, aku nak cerita sikap dan peribadi Abah..
Abah aku bukan Rasulullah, Mak aku pun bukan Siti Khadijah, yang maksum, yang tak pernah buat salah. Tapi, diaorang sentiasa berusaha bagi yang terbaik untuk anak-anak.
Abah, belajar tak tinggi. Tapi, pengalaman dia mahal. Kitaorang adik-beradik selalu kagum dengan Abah. Tanya lah pasal apa pun, semua dia tahu. Dari kereta, undang-undang, jalan pintas ke sesuatu tempat, politik, agama, sirah, hadis, hantu, macam-macam lah.
Bila figura seorang ayah di kagumi, kitaorang takde cari tempat/orang lain dah untuk minta pendapat. Semua cari Abah.
Bila Abah meninggal, semua terkesan. Aku lagi la, tak ready nak jaga family. Walaupun masa tu, adik-adik aku ada yang dah berkeluarga.
Boleh ke aku jaga family ni macam mana Abah jaga? Mampu ke aku jaga family ni sebaik Abah?
Lepas Abah meninggal, aku dengan adik No.4 & No.5 tolong Mak berniaga kat pasar malam. Korang bayangkan, kerja yang Abah buat sorang selama lebih 10 tahun, kami bahagi 3 beradik.
Penat dia, tak tau nak cakap. Sampai kitaorang tanya sesama sendiri, macam mana Abah boleh buat semua ni sorang-sorang, selama lebih 10 tahun? Memang tak terjangkau dek akal lah jawabnya.
Masa mula-mula nak berniaga, Mak dan Abah memang tak tau langsung nak masak Nasi Lemak Kukus tu. Lagikan pulak Air Soya dan Tau Fu Fah. So, diaorang pergi belajar dengan orang yang berniaga jugak. Rendahkan diri, minta tunjuk ajar.
Yang ajar ni, ustaz. Ustaz ni siap pesan, nak berniaga makan ni, jangan tamak. Jual benda makan ni jadi darah daging orang. Jangan buat ala-kadar.
Buat untuk jual, sama macam buat untuk makan sendiri. Kalau sendiri tak boleh nak makan, macam mana orang nak bayar untuk makan? Jual air soya, biar betul-betul rasa air soya. Jangan rasa air sejuk. Tak de rasa soya.
Dan, inilah pegangan Mak dan Abah selama diaorang berniaga. Sentiasa berusaha bagi yang terbaik untuk customer. Masa mula-mula berniaga, macam-macam dugaan.
Nasi ada bau hangus sebab air dalam periuk kukus kering, tau fu fah tak cantik sebab pecah, kelapa hiasan kuih puteri ayu berubah warna sebab terlebih masa kukus.
Semua ni, kalau ikutkan, boleh je nak jual. Siap ada je customer nak bayar. Tapi, Abah dan Mak yang sentiasa berusaha untuk bagi yang terbaik untuk customer, diaorang tak jual.
Siapa nak, diaorang bagi je. Susah macam mana pun, dia sentiasa berusaha untuk bagi rezeki yang halal untuk keluarga dia. Ada jugak kes nasi mentah lah, air soya basi, padahal baru masak.
Tau fu fah lembik, tak jadi. Huish, macam-macam. Kental dengan tak jelah nak hadap. Benda ni jadi bukan sebab sihir ye. Sebab kurangnya ilmu dalam handle produk. Banyak jugaklah Abah dan Mak buat R&D resepi, try n error. Nak dapatkan tune yang betul.
Mak aku ni, sebelum kahwin, tak pernah masuk dapur langsung. Sebab, budaya Cina dulu-dulu, lepas kahwin baru masuk dapur. Hatta nak potong bawang pun tak reti. Tapi, lepas kahwin, arwah Nenek dengan Abah ajar mak masak. Sampai 1 tahap, Abah takkan makan kat luar.
Mesti nak makan mak masak. Balik niaga, macam mana penat pun, mak tetap akan masak untuk Abah. Walaupun sekadar sambal kosong, ditabur ikan bilis goreng dari bahan Nasi Lemak.
Kitaorang makan kat luar pun kalau ada nak celebrate apa-apa. Birthday ke, aku baru dapat gaji ke. Selain tu, memang makan mak masak je.
Pernah masa kali pertama merasa kena puasa kat luar, aku pergi bazar. Terpandang asam pedas, merah, pekat! Memang terliur masa tengok tu! Tengah puasa pulak lagi. Lagi lah ngences! Aku beli. Time berbuka, dengan penuh semangat cedok asam pedas tu. Sekali, punah harapan.
Tak rasa apa langsung! Aku makan jugak, sebab lapar dan tak nak membazir. Lepas solat Maghrib, aku terus call Mak. Bergenang jugaklah mata aku, mengadu kat Mak, kena scam dengan asam pedas tak sedap tu! Hahahaha..
Bila adik-adik lelaki aku dah besar, nak kahwin, mak aku tak pernah tanya pun GF diaorang pandai masak ke tak. Dia tak kesah sangat pun. Sebab, dia dulu pun tak pandai jugak. Asalkan ada inisiatif nak belajar, ok dah tu. Yang penting, boleh susah senang sama-sama. Dia ok dah.
Lepas Abah meninggal ni, aku lah banyak handle Mak. Bila tengok baran dan kuat merajuk Mak kan, aku selalu terfikir, macam mana Abah boleh sabar handle Mak selama ni? Mak aku kuat merajuk weyh! Hahaha. Aku boleh je handle, setakat ni lah. Adik-adik aku selalu kalah dengan Mak.
Dengan aku, Mak yang selalu kalah. Tapi, tak de lah sampai aku marah mak tak tentu pasal. Kalau benda tak betul, memang aku debatkan. Biasanya isu semasa, isu scammer, politik la.
Selama aku hidup sampailah ke akhir hayat Abah, tak pernah sekali pun aku dengar dia sebut perkataan tak elok. Tak kiralah pada anak-anak ke, dengan kawan-kawan ke, tak pernah!
Perkataan paling teruk dia pernah sebut bila tengah marah atau sakit hati, ‘HANTU’. Tu lah satu-satunya perkataan ‘maki’ dia. Sampaikan masa 1st time aku kerja, aku jadi ‘culture shock’ bila tengok kawan-kawan memaki sesama sendiri, sebagai salah satu cara nak bergurau. Hahaha..
Pernah sekali tu, ada budak (baca : anak muda) bawak motor, keluar simpang tanpa signal, dengan lajunya! Nasib tak berlanggar! Ayat Abah masa tu, ‘Hantu punya budak! Nasib tak berlanggar!’
Abah kejar motor tu, sampai dapat. Ada lah lebih kurang 15-20 minit jugak dia kejar. Sampai lah motor tu berhenti tepi. Abah turun kereta, Abah terus laung dari jauh, ‘Kau meh sini kau!’
Dengan gerakan lengan dia separas dada, dihayun ke dada, sebagai isyarat memanggil. (ayat ni jadi trademark kami adik-beradik sampai sekarang. Hahaha) Budak tu pun melaung jugak, ‘Saya ok bang. Motor takde ape.’ Abah sambung lagi ‘Aku bukan nak tengok motor kau!
Aku nak jumpa kau! Meh sini kau!’. Muka memang tarak senyum!
Budak tu pun datang lah dekat Abah. Muka memang dah cuak! Abah terus bagi syarahan, ‘Kau nak mati sangat dah ke? Keluar simpang macam tu?
Dengan tak bagi signal? Kalau aku langgar kau tadi, macam mana? Dah lama sangat hidup? Kau nak mati pun, jangan depan kereta aku!’ Berbakul jugak lah budak tu dapat ceramah free dari Abah, tepi jalan, tengah-tengah matahari terpacak tu! Hahaha.
Lepas dah setel syarahan, dia salam Abah, minta maaf then terus gerak. Setiap kali kitaorang adik-beradik teringat cerita ni, memang tergelak lah. Muka budak tu punya cuak, mungkin dia ingat Abah nak pukul dia. Yelah, muka Abah garang.
Dengan misainya lagi. Tapi, dalam hati ada taman. Hehe. Abah pun bukan jenis mengajar guna kekerasan. Dengan kitaorang pun dia tak pernah jentik, apatah lagi pukul. Tapi, sekali dia bersuara, 1 rumah senyap! Abah lebih kepada ketegasan. Yang garangnya, Mak aku.
Selalunya, awal-awal pagi Mak yang kejut bangun pergi sekolah. Aku ngan adik-adik aku yang sekolah masa tu, dengan mata masih terpejam, bangun, duduk, angguk-angguk kepala je. Bila Mak pergi dapur nak siapkan sarapan, kitaorang sambung tidur balik! Hahahaha..
Mak patah balik ke bilik, memang membebel lah dia. Siap tampar lengan nak kejut kitaorang. Tak bangun jugak, siap la. Rotan, hanger, apa yang dia dapat capai, dia sauk je. Kadang-kadang dia simbah air sejuk. Habis basah tilam! Hahaha..
Abah punya style pulak, dia tak rotan, dia tak naik tangan. Sekali je dia sebut nama penuh salah sorang (selalunya nama aku la naik. Anak sulung kan…), dengan nada tinggi sikit je dari biasa, suara dalam, penuh karisma dan ketegasan, menggelisat semua bangun.
Segar terus mata! Aura abah-abah memang macam tu kan? Tak payah susah-susah nak rotan la, nak tengking lah, nak marah lah. Sebut nama penuh sekali je, terus gerun!
Mak selalu touching. Jealous lah dia, bila Abah kejut sekali je kitaorang terus bangun. Padahal, berkali-kali dia dah kejut sebelum tu.
Mak pernah cerita, mendiang atok aku garang gila. So, dah macam tu dia di ajar, dia ajar pulak anak-anak cara yang sama. Dulu takde ilmu parenting ni. Try n error je.
Bila Mak dan Abah makin berusia, tambah pulak lagi dengan aktiviti berniaga, memang tak cukup masa dan tenaga lah nak pantau adik-adik aku yang lain. Masa ni, aku lah yang amik alih.
Adik aku no.4 pernah kena tangkap dekat asrama, sebab masa cikgu buat spot check, ada sekotak rokok dalam loker dia. Masa tu umur dia 13-14 tahun macam tu kot. Aku masa ni dah kerja, duduk rumah sewa. Abah dapat tau, terus dia pergi sekolah amik adik aku, bawak balik.
Puaslah dia tanya, sepatah adik aku tak berbunyi. Dari keluar sekolah, sampailah dah balik rumah. Adik aku no.4 ni, anak sulung lelaki, anak kesayangan Abah.
So, Abah kecewa jugak lah masa tu. Abah sendiri tak merokok, tetiba anak kesayangan dia merokok, kena tangkap dengan cikgu pulak tu!
Bila adik aku tak berbunyi, Mak call aku, mengadu kes adik aku ni. Disuruh balik, nasihatkan dia. Mak punya ayat lagi pedas, akulah yang salah sebabnya aku yang merokok! Haih… Nak tak nak, aku pun balik lah. Bawak adik aku pergi makan, beli jiwa dia, bagi dia tenang sikit.
Aku tau, dia tengah takut. Sebab tu langsung tak berbunyi bila Abah tanya. Dengan suara Mak yang bagai halilintar membelah bumi, lagi lah kecut perut budak tu.
Dah tenang-tenang, tengok adik aku dah boleh berborak, aku pun siasat lah.
Aku : Along nak tanya ni, Along pernah tipu kau tak?
No.4 : Tak pernah.
Aku : Kalau aku tanya, kau boleh jawab jujur? Jangan tipu?
No.4 : Okay.
Aku : Abah cakap cikgu jumpa rokok dalam loker kau. Betul?
No.4 : Betul Long.
Aku : Siapa punya rokok tu?
No.4 : Aku punya. (Adik aku bhsakn dr dgn nama dia sebenarnya tapi aku guna ‘aku’ tu je lah ye?)
Aku : Sejak bila kau hisap rokok ni?
No.4 : Aku tak hisap Long. Aku jual kat member-member dalam tu.
Korang rasa, bila adik aku jawab macam tu, apa yang aku buat? Aku terdiam weh! Dalam hati memang nak tergelak, tapi, tak boleh.
Sebabnya, adik aku ni memang suka berniaga. Dari darjah 4 lagi dah nampak. Dia satu-satunya adik aku yang bawak kacang pergi jual kat sekolah dan depan rumah! Siap bukak meja la kat luar rumah.
Kacang ni sebenarnya Mak aku packing kecik-kecik untuk Abah bawak jual kat tempat kerja. Yang jadi nak tergelak nya pasal, aku tak expect langsung jawapan dia tu! Punya lah aku susun ayat dalam kepala sebab ingatkan memang dia dah start merokok.. Adoii laa..
Aku tarik nafas dalam-dalam. Kredibiliti sebagai along kena jaga. Sesi brainwash tak boleh bertukar jadi sesi gurau senda. Nanti adik aku ingat, benda yang dia buat ni, tak salah!
Aku diam, control sedaya upaya dari gelak, sambil sedut Teh O Ais! Kembang-kempis lah hidung ni dok menahan gelak. Muka kena control, senyum pun tak! Baru budak ni tau aku tengah serius! Dah rasa ok sikit, aku sambung..
Aku : Dah kenapa kau jual rokok dalam sekolah? Takde benda lain nak jual?
No.4 : Dah tu yang diaorang cari Long. Kalau jual benda yang diaorang tak nak, siapa nak beli?
Tepuk dahi aku time ni. Dalam bayangan je lah tapinya. Dah pandai supply ikut demand adik aku ni. Aku tak boleh nak marah sebab, tu akan mematahkan semangat dia nak berniaga. Cuma, aku kena fahamkan dia, benda yang dia jual tu salah. Tempat pun tak kena.
Aku : Betul kau tak hisap rokok? Tak pernah cuba?
No.4 : Pernah cuba Long. Tapi sekali je. Tak sedap lah. Entah apa-apa rasa dia. Pastu tak hisap dah.
Aku : Mana kau dapat rokok tu?
No.4: Beli kat kedai luar sekolah.
Aku : Bila masa kau beli?
No.4 : Balik dari Solat Jumaat.
Aku : Banyak kau dapat jual?
No.4 : Banyak jugak Long. Sekotak tu kadang kejap je habis. Hehe.
Eh, dia ingat aku tak marah dah. Siap boleh sengih-sengih lagi time ni. But, No! Tak boleh diamkan benda ni.
Sambung lagi..
Aku : Aku merokok kan? Kau pernah tengok cikgu panggil Abah dengan Mak datang sekolah sebab aku kena tangkap hisap rokok?
No.4 : Tak pernah Long.
Aku : Tau kenapa?
No.4 : Tak tahu.
Aku : Sebab aku tak nak Mak dengan Abah malu, kena panggil dengan cikgu sebab benda tak elok. Aku tak pernah hisap rokok dalam sekolah, pakai baju sekolah. Sebab tu tak pernah kena tangkap.
So, jangan buat Mak dengan Abah malu sampai cikgu panggil pergi sekolah sebab kau buat benda tak elok. Kalau cikgu panggil sebab kau dapat anugerah cemerlang, takpe lah jugak! Jangan sekali-kali malukan Mak dengan Abah. Faham?!
No.4 : Faham Long. Aku minta maaf.
Aku : Dah, lain kali jangan buat lagi.
Pastu, aku sambung sikit lagi..
Aku : Kenapa Mak dengan Abah tanya kau tak jawab langsung?
No.4 : Belum jawab dah kena marah, baik tak payah jawab Long. Mak dengan Abah takde pun tanya macam along tanya ni. Diaorang terus ingat aku yang merokok.
Aku : Dah kau tak jawab, mana Mak dengan Abah nak tau hal sebenar?
No.4 : Malas lah Long. Kang jadi gaduh pulak.
Bila adik aku luah macam ni, sayu pulak rasa. Tapi, aku tak nafikan. Kadang-kadang, Mak dengan Abah cakap main lepas tanpa usul periksa.
Terus menuduh tanpa selidik dulu. Tapi, aku tak pernah salahkan Mak dan Abah. Memang sejak berniaga Mak dengan Abah letih sangat.
Sampai makan pun kadang tak sempat. Sebab tu aku amik alih handle adik-adik.
Aku terangkan kat No.4, pasal undang-undang sekolah, undang-undang kat luar, pasal bawah umur, pasal akta tembakau. Last sekali, aku cakap, tak boleh jual dah rokok tu.
Tak boleh menjual dah dalam sekolah. Kalau nak menjual jugak, cari benda lain. Siap aku bagi amaran, kalau cikgu tangkap kau jual rokok lagi, aku sendiri call cikgu panggil polis bawak kau masuk lokap!
Amaran ni aku akan ulang personally setiap kali adik-adik aku habis sekolah. Setiap adik dapat amaran yang sama. Tak kira lelaki atau perempuan. Aku just bagi 3 amaran,
1) Nak buat apa, kau buat. Tapi, jangan buat kat tempat Mak Abah cari makan. Jangan malukan Mak dengan Abah kat tempat diaorang cari rezeki.
2) Jangan sampai kena tangkap dengan polis. Kalau kena tangkap, aku takkan jamin, dan aku takkan bagi Mak dengan Abah keluarkan walau 1 sen pun untuk jamin kau. Kau duduklah dalam tu sampai lebam!
3) Jangan sekali-kali sentuh dadah. Aku dapat tau, aku sendiri panggil polis tangkap kau!
Sebab aku tau, bila meningkat ke alam remaja, susah dah nak control budak-budak ni. Bukan aku boleh ikat diaorang kat umah kan? Takkan nak dikurung budak-budak ni, ye tak?
Dan, adik-adik aku tau, aku kalau cakap, aku buat sungguh. Takde talian hayat. Aku cuma lepaskan untuk kesalahan kali pertama je. Sebab, pada aku, kali pertama diaorang buat kesalahan tu, Abah, Mak dan aku yang salah tak ajar diaorang.
Tapi, lepas aku dah bagi penerangan berserta amaran, kau buat jugak, kau siap! Sebab ni lah aku selalu dijadikan ‘momok’ oleh mak aku.
Apa je adik-adik aku buat, bila Mak dah tak larat nak handle, dia cuma cakap, ‘Kau tunggulah along kau balik. Siap kau nanti!’ Terus semua jadi budak baik. Aku? Redha je lah jadi ‘momok’.. Hahaha..
Lepas dah setel sesi brainwash, kitaorang pun balik. Sampai je rumah, aku suruh adik aku salam Abah dan Mak, minta maaf dengan diaorang. Lepas dah buat apa yang aku suruh, dia terus masuk bilik.
Abah pun tanya lah aku, apa yang adik aku cakap dengan aku. Aku cerita lah semua yang kitaorang borak tadi. Abah cuma mampu geleng kepala je bila tau hal sebenar.
Membebel jugak la dia time ni. ‘Penat aku tnya banyak kali, langsung dia tak cakap!’ Aku jawab, ‘Belum dijawab dah kena marah, macam mana dia nak jawab…’
Aku cakap lah, budak-budak umur ni, jangan dimarah tak tentu pasal. Lain jadinya nanti. Kita nasihat, terangkan kat dia, apa salah dia, kenapa salah, bagi dia faham. Baru otak dia boleh berfungsi.
Sejujurnya, aku tak serasi dengan cara Abah dan Mak 100%. Abah terlalu diam. Dia biarkan sampai kesalahan kecik jadi makin besar, then baru dia marah kaw-kaw. Mungkin sebab mak dah garang sangat kot. Mak pulak, baran. Cepat naik tangan.
Secara peribadi, aku lebih suka gabungkan cara Mak dan Abah. Ketegasan Abah, garang Mak bila perlu, dan style aku sendiri, ‘reverse psychology’. Dalam masa yang sama, aku akan jadi kawan diaorang. Segala rahsia, aku simpan rapi. Selalunya pasal BF/GF lah. Hahaha.
Dulu, tak risau sangat pasal bercinta kat sekolah ni. Aku layan je diaorang cerita sebab aku nak tau, sejauh mana diaorang bercinta. Kot kalau benda pelik-pelik keluar, senang aku nak hadap/selesaikan.
Aku ni zaman jahiliah dulu, benci dengan Mak. Sebab, sikit-sikit kena pukul. Dia cubit sampai lebam weyh! Ada sorang member ni, dia tanya, aku kena cubit dengan hantu ke? Hahaha. Tak pernah tak lebam lah badan aku ni.
Lebih-lebih lagi lepas aku dapat tau, aku bukan anak kandung Abah. Banyak kali jugak lah aku lari dari rumah masa sekolah dulu. Paling lama, seminggu. Aku kuat memberontak time ni. Hari-hari ada je benda yang buat aku gaduh dengan Mak.
Aku start sayangkan Mak masa umur aku 18 tahun. Ada kejadian masa tu yang buat mata hati aku terbuka luas untuk nampak siapa sebenarnya Mak. Nasib baiklah masa tu, Mak hidup lagi. Kalau tak? Menyesal tak sudah la tepi kubur.
Aku tak nak adik-adik aku jadi macam aku. Lambat sayangkan Mak. Aku nak diaorang bukak mata dari kecik, betapa indahnya syurga yang ada di bawah tapak kaki mak.
Aku nak diaorang sayangkan Mak sampai tahap, bila diaorang jauh dengan Mak, diaorang yang akan call sebab rindukan Mak.
Bukan tunggu Mak yang call. Aku nak diaorang sendiri balik jumpa Mak, bukan tunggu Mak yang panggil balik. Aku nak diaorang rasa bersyukur ada Mak bila dengar ada insan kat luar sana hidup tanpa mak.
Aku nak diaorang terfikir, ‘kalaulah aku anak orang lain, mesti dah kena halau, dah tak mengaku anak. Tapi, Mak tetap cakap aku anak dia. Tak pernah Mak buang aku. Walau macam mana pun perangai aku’.
Setiap adik aku dah pernah rasa kena lempang, pernah rasa kena marah dengan aku. Tapi, boleh kira la berapa kali je. Tengok kes, bila perlu je aku guna.
Aku lebih suka guna pendekatan ‘reverse psychology’. Dan, setiap kali guna, aku akan pastikan airmata diaorang jatuh berjurai sambil teresak-esak.
Lepas sesi airmata ni, memang adik-adik aku jadi sebaik-baik manusia! Hahaha. Tapi biasa lah, budak baru tengok dunia luar. Ada je ulahnya. So, sesi airmata tetap kena ulang dari masa ke semasa.
Di sebabkan cara aku ni lah, adik-adik aku lebih selesa bercerita dengan aku. Apa je pasal hidup diaorang, aku lebih tahu dari Mak dan Abah. Kalau diaorang cerita pasal gaduh dengan BF/GF pun aku boleh layan. Sampai sekarang. Walau masing-masing dah berkeluarga.
So, sejak kes adik aku No.4 tu, aku yang akan amik alih setiap kali diaorang buat perangai. Aku mintak dengan Abah dan Mak, jangan marah diaorang dah. Biar aku sorang je yang marah. Kalau diaorang nak benci pun, diaorang akan benci aku. Bukan Mak dan Abah.
Tapi, Alhamdulillah, adik-adik aku tak benci. Sebab, setiap kali lepas kena marah, aku akan panggil dan terangkan kenapa aku marah. Bila diaorang faham, kena marah la macam mana pun, diaorang akan diam, tak melawan. Sebab diaorang tahu, aku marah mesti ada sebab.
Walaupun aku bukan darah daging Abah, dia tak ‘kacau’ bila aku marah atau tegur adik-adik. Melainkan, kalau dia rasa aku melampau.
Pernah je aku terlebih emosi bila marah adik aku. Time tu, Abah tegurlah. Dia serahkan sepenuh kepercayaan dia pada aku untuk didik adik-adik.
Kadang tu, siap dia ‘bahan’ siapa yang kena marah dengan aku. ‘Ha, siapa yang nangis-nangis kena marah dengan Along tadi? Dah habis nangis belum?’ Hahaha.
Abah tak sempurna, tapi, dia sentiasa berusaha untuk bagi yang terbaik, sedaya mampu dia, untuk family dia. Harapnya takdelah yang kecam cara Abah dan Mak aku ye. Dulu, nak cari ilmu tak semudah sekarang. Apa yang orang tua ajar, itulah yang diikutnya.
Aku lempang adik-adik aku tu pun masa diaorang sekolah rendah. Even masa aku jumpa cikgu adik-adik aku pun, aku akan cakap, kalau adik aku buat salah, rotanlah. Jangan sampai patah riuk dan berdarah je.
Dah masuk menengah, tak lempang dah. Banyak gunakan reverse psychology je.
Okay, aku rasa ni episod terakhir untuk cerita Abah. Next aku akan cerita pasal pesakit asnaf yang aku jaga selama 8 tahun, In Shaa Allah..
Akhir kata, korang memang ohsem!
– Along (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit