Macam Mana Nak Jadi Bahagia?

Dulu masa aku remaja dan masih anak dara, aku selalu tengok pasangan yang dah kahwin ni duduk membatu di meja makan menunggu makanan tiba.

Suami layan telefon ataupun rokok, isteri mengelamun sendirian atau mencuka di sebelah.

Aku cakap kat mak, kenapa jadi macam tu mak?

Sebab mak ayah ni tak lokek topik perbualan. Ada ja yang mereka bualkan. Sebab tu aku pelik kenapa pasangan di kedai makan tadi jadi macam tu. Mak hanya mengangkat bahu.

Tapi sekarang baru aku sedar, aku dah jadi macam pasangan tadi. Usia perkahwinan aku dengan suami menjangkau 7 tahun. Kami dikurniakan anak 3 orang.

Sinar bahagia yang selama ini aku rasa semakin sirna. Melihat wajah suami tidak lagi memberi ketenangan malahan seribu kesedihan yang tiada berpenghujung.

Kenapa kita jadi macam ini bang? Salah aku kah? Atau cinta kami yang makin pudar?

Isteri terlalu penat. Mencari nafkah dikongsi berdua tetapi yang lebih banyak memberi adalah si isteri. Terbeban dengan nafkah wajib, nafkah tambahan juga isteri yang usahakan.

Aku sikit pun tak rasa nak berkira dengan suami aku. Aku cari duit tambahan untuk keselesaan kami.

Untuk anak-anak aku sebab aku tahu kalau harapkan suami, masa depan anak-anak untuk sambung belajar atau apa-ap keperluan kewangan mustahil suami dapat sediakan.

Tetapi bila aku dilayan acuh tak acuh, segala pengorbanan dan penat lelah sku terasa tiad erti.

Pulang suami dari kerja, aku langsung tidak dipandang. Anak-anaka dulu yang dipanggil dan dilihat. Sedangkan aku berdiri di tepi pintu setia tunggu dia balik.

Jadi sekarang aku sudah tidak lagi menyambutnya kerana aku bimbang hati aku yang aku sakit bila dilayan seperti tunggul sebegitu.

Makan kini tidak lagi diseru nama aku untuk sertai sekali. Kadang-kadang aku ibarat orang asing di rumah aku sendiri.

Aku juga kerja, jangan bagi alasan letih untuk tak pedulikan aku. Aku tiada tempat berborak. Tiada tempat untuk meluah.

Kalau kami keluar berjalan-jalan pun mood suami sentiasa tidak baik. Muka masam mencuka. Aku sikit pun tak mintak duit dia. Semua aku yang belanja. Aku tanya dia jawab sepatah.

Aku cakap dengan dia muka aku langsung tak dipandang. Dalam kereta kami membisu seribu kata.

Di meja makan segala yang keluar dari mulut dia adalah arahan. Sayang lap mulut anak. Sayang angkat makanan tu. Sayang ambil air.

Belum lagi jika aku lambat kemas rumah. Tak sapu sampah. Dia balik kerja muka mencuka, kemas rumah sambil hentak2 barang.

Aku pun kerja bang. Anak-anak semua bergayut di kaki dan menangis jika aku tak layan sebaik aku masuk rumah pulang dari kerja.

Aku letih jugak bang. Aku tak pernah mintak abg kemaskan rumah pun. Kalau tak ikhlas tak payah buat. Kalau tak mampu tengok rumah bersepah jangan ada anak.

Belum lagi aku cerita nengenai nakah batin. Itu biarlah jadi rahsia aku dan dia.

Mana suami aku yang penyayang? Mana suami aku yang selalu memujuk aku? Mana suami aku yang rajin bergurau dengan aku? Aku rindu dia bang.

Atau kau dah tak cintakan aku? Dan hilang perasaan sayang kau? Kita duduk sebelah, tidur bantal yang dama. Cuma sekarang mimpi kita dan berbeza.

Aku buntu. Aku dah bincang. Dia kata tiada apa2. Dia tiada orang lain. Entahlah. Aku tak mungkin dapat rasa bahagia. Jangan suruh aku minta cerai sebab hidup anak2 tanpa ayah tak kan sama.

Lagipun suami aku dengan anak2 memang boleh bagi gred A. Anak2 memang sayang dengan ayah diorang. Dan masalah aku ni hanya dalaman. Luaran kami memang nampak bahagia.

Entahla. Inilah nasib aku mungkin. Semoga Allah bagi kesabaran pada aku sehingga akhir hayat sku yang tak lama mana pun Allah bagi pinjam nyawa ni.

Terima kasih semua sudi mendengar luahan.

– Maria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *