Khas Buat Makcik Nora @ Rohana

Assalamualaikum Makcik Nora (https://iiumc.com/kasih-mentua/) @ Rohana (https://iiumc.com/kasih-ibu-5/).

Terasa nak jumpa dengan Mak Cik dan cakap sambil bertentang mata. Supaya Mak Cik hadam dan faham apa yang saya nak cakapkan.

Apa yang saya nak cakapkan ini kebanyakannya sama pendapat dengan anggota² Jabatan Netizen Malaysia yang lain.

Kalau ikutkan hati, saya nak lukis sambil bercakap dengan Mak Cik, saya takut Mak Cik tak faham.

Pertama sekali kenapa saya tergerak hati nak tulis artikel KHAS untuk Mak Cik? Sebab… Saya nak selamatkan Mak Cik daripada buat perkara BODOH.

Pendapat saya, Mak Cik adalah MERTUA TOKSIK. Tajuk artikel Mak Cik, Kasih Ibu atau Kasih Mertua tak padan dengan isi kandungan artikel Mak Cik.

1. Tugas isteri dalam Islam adalah melayan suami dan melahirkan anak. SAHAJA.

2. Menjaga anak, mendidik anak, memasak, mengemas rumah, sarungkan stoking suami, gosok gigi suami, korek telinga suami, potong kuku suami, pakaikan baju buat suami, sikat rambut suami, hantar suami ke kereta,

Mop lantai, sapu sampah, cabut bulu ketiak suami, shave misai janggut suami, gosok daki suami dan sebagainya.. adalah IHSAN ISTERI.

Jika itu adalah arahan daripada suami, ya perlu dituruti selagi tidak bercanggah dengan Islam/syarak.

3. Anak Mak Cik sebagai suami, dia REDHA dengan tugasan yang dia buat. Dia tidak merungut, dia bahagia, dia ikhlas, dia kongsi tugas, dia bijak, dia berdikari, dia bukan “ANAK MAK”, dia tak bodoh, dia pandai menilai dan sbgnya.

4. Kenapa dia tak ikut cara makcik walaupun selama ni dia hidup dan dia dibesarkan dalam keluarga dan didikan cara Mak Cik suami isteri…?

5. Jawapan no. 4, sebab anak makcik barangkali TIDAK SETUJU Mak Cik diperlakukan seperti itu… Dia nampak Mak Cik sebagai HAMBA, Pak Cik sebagai RAJA.

6. Biarkan anak-anak Mak Cik KEMUDI RUMAH TANGGA mengikut cara mereka suami isteri. Biarkan mereka BAHAGIA DENGAN CARA MEREKA.

7. Menantu Mak Cik jaga solat, memasak, melayan cucu(anak dia)… Dah cukup baik. Takde pula dia pergi ME TIME, tinggi suara kurang ajar dengan suami, betul tak?

8. Jadi suri rumah ni sepatutnya Mak Cik lebih tahu, PENAT. Bukan sekadar GOYANG KAKI. Lagi pulak ada anak kecil yang sedang membesar dengan lasak.

9. Tugas Mak Cik sebenarnya DOAKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA ANAK². Jangan cari buruk. Kalau BURUK yang Mak Cik cari, maka BURUK la yang Mak Cik jumpa. BERSIHKAN HATI MAKCIK.

10. Tahniah dan syabas sebab punya anak yang SANGAT BERTANGUNGJAWAB. Kot mana pun, anak Mak Cik tetap hasil daripada didikan Mak Cik suami isteri.

Semoga Mak Cik cekal hati, mental dan emosi dengan kecaman anggota² Jabatan Netizen Malaysia. Semoga Mak Cik berlapang dada dan menerima segala point² saya juga segala komen² netizen yang lain.

Diharapkan lepas ni Mak Cik menjadi mertua yang baik dan ikhlas menyayangi menantu serta tidak toksik lagi.

– Wakil Netizen –

– Tok Nek (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *