Keliru Dengan Pilihan Hati

Aku Aira (bukan nama sebenar), umur 23 tahun dari negeri selatan, dan sudah bekerja.

Aku menulis kat sini sebab aku suka baca komen-komen orang berpengalaman kat page ni, banyak buka minda aku so harapnya adalah yang boleh bagi nasihat bernas untuk masalah aku.

Dulu sebelum zaman degree, aku tersangkut dengan seseorang (aku namakan dia S) dari tempat aku belajar dulu, cumanya masa degree kitorang berjauhan sebab universiti lain-lain.

Aku ini anak sulung perempuan, datang dari keluarga besar yang suka menantu dekat-dekat aje tapi S ni dari pantai timur.

Dalam pakcik makcik ke sepupu aku ke, tak ada seorang pun yang berjodoh dengan orang pantai timur, ramai dekat dekat negeri selatan je.

Bukan sebab skeptikal, tapi semua family aku anggap kalau boleh kampung mertua tu tak payah jauh jauh. Parents aku pun banyak kali nasihat, jangan cari orang jauh sebab kononnya apa apa jadi nanti, susah.

Jadinya bila macamni, aku macam takut nak jadi orang pertama dalam family yang nak kahwin orang jauh. Itu point 1.

Point 2, S ni walaupun aku jarang jumpa (kami LDR sejak zaman degree) bagi aku baik, solat memang cukup dan datang dari keluarga baik.

Adik beradik dia pernah datang melawat aku, dan memang aku suka dengan lembut dan baik diorang ni. Part ni aku macam risau sikit sebab family aku ni jenis kasar, orang kata jenis gurau kasar tapi hati baik.

Cakap pun memang intonasi kuat takde nak berlapik, cuma tak maki je.

S pernah bagitahu yang family dia nak lepas kahwin nanti ialah family yang cakap baik baik, aku pun iyakan saja tanpa cerita yang bakal mertua dia mungkin akan agak kasar bagi dia.

Point 3, disebabkan LDR, walaupun dah berkawan 5 tahun aku still rasa keliru samada S memang okay untuk aku sebab aku rasa aku belum betul-betul kenal dia in real life.

Setakat yang kami dating bawah 10 kali ni, aku tak suka sebab dia takde act of service tu.

Contoh kalau kat stesen minyak, aku yang kena bayar dan turun isikan. Kalau kat restoran, aku yang orderkan dan ambil makanan, dia cop tempat dan bayar.

Itupun bila aku saja offer nak bayar, dia terima terus so memang banyak kami bayar asing.

Walaupun aku yang offer tapi gaji dia lagi besar, apa salahnya belanja aku kan bukannya selalu jumpa hahaha. Bila berjalan sebelah jalan raya, takde pulak dia offer nak jalan sebelah bahu jalan untuk protect aku.

Time hari jadi aku pun dia wish lambat dan bagi hadiah biasa saja macam coklat, aku pun dah malas nak beria untuk birthday dia sebab dulu aku siap datang ke tempat dia surprise dan memacam.

Senang cerita dia tak tahu cara nak tunjukkan sayang dia tu, tak romantik.

Aku pulak sulung, dah biasa berdikari, jadi aku nak la lelaki yang boleh protect aku at least. Tapi dengan dia ni.. Rasa macam tak diprotect sangat.

Lagi satu dia pernah bagitau yang dia teringin wife suri rumah macam mak dia. Senang nak jaga anak, katanya. Dia tak tahu masak dan harap isterinya yang akan masakkan nanti, macam mak dia.

Entahla part ni aku macam kurang selesa sikit sebab aku dibesarkan dengan ayah aku yang sama sama masak dengan mak aku, so aku kalau boleh nak lelaki macam tu jugak.

And tak pernah terfikir pun nak jadi suri rumah. lepas berbincang, S setuju nak ikut je keputusan aku cuma aku takut nanti lepas dah lama kahwin dia minta aku jadi suri rumah balik.

Sekarang ni bila bincang pasal kahwin, dia selalu sebut lama lagi, sebab dia nak fokus dapatkan duit bagi aku selesa katanya. Aku ni bukan nak memaksa, cuma nak kepastian je.

Sekarang kami memasing busy kerja, dan aku selalu berfikir samada nak teruskan atau tak hubungan ni.

Aku tahu kami sayang each other, cuma cara romantik kami tak sama dan aku macam dah tawar hati sebab dah 5 tahun pun dia tak faham aku lagi.

Tapi kalau nak bakal suami yang setia and baik, aku tahu dialah orangnya. So macam mana eh?

– Aira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *