Bismillahirahmanirahim. Hi assalamualaikum semua. Nama aku Ilham, awal 30an.
Alhamdulillah perkahwinan aku menginjak tahun kelima dan aku dikurniakan seorang anak perempuan yang bijak, rajin dan comel sangat hehe sorry kalau cerita aku terpanjang.
Aku cuma nak bercerita positif aura yang aku selalu dapat since the first day aku kenal suami until now. Alhamdulillah aku bersyukur sangat Allah kurniakan aku suami yang sangat baik dan penyayang.
Asal usul aku dari keluarga yang sederhana, tak miskin tak kaya tapi alhamdulillah semua cukup. Ada la struggle jugak cumanya tidak bermewah, seadanya.
Dari aku kecil aku tak berpeluang sangat travel or enjoy holiday macam orang lain.
Macam aku cakap aku tak kaya tak miskin tapi aku teringin sangat nak enjoy holiday tidur hotel best best. Time kecil jarang la family aku nak holiday, boleh kira dengan jari inikan pula nak duduk hotel.
Okay once aku dah kahwin, suami tempat aku meluah, bercerita. Aku selalu cerita keinginan aku, like apa aku go thru dulu dulu apa yang aku tak pernah buat.
Hidup aku memang berbeza dengan suami. Suami aku ni anak sulung & he’s a city boy while aku memang a proud kampung girl.
Bila dah kahwin aku memang literally ajar suami apa yang best buat or makan cara orang kampung macam aku. Yes dia happy & enjoy!
Suami pula bila bergaji, dia akan spent money on me macam bawa holiday & stay hotel best best.
Makan makanan best yang aku tak pernah/ teringin makan. Nnt mesti dia tanya aku happy tak & dia selalu cakap “happy wife, happy life”.
Before this, aku bekerja but now aku jadi full time housewife sambil berbusiness kecilan sambil jaga anak. Biasalah, ada hari akan rasa down juga kan.
Bila down or sedih memang aku bgtau suami rasa nak kerja & ada kawan juga. Bila dah berkeluarga memang sometimes rasa circle of friends getting smaller.
Tapi suami selalu pesan, it’s okay to feel that way. Mungkin ni peluang Allah bagi aku untuk tengok anak membesar depan mata. Enjoy the little things. Suami tak kisah kalau aku nak kerja boleh kerja, if tak nak kerja boleh jadi suri rumah.
Ada hari malas memang aku melepet main dengan anak and buat montessori activity ja. Ada hari malas masak, suami memang suruh order ja grab/foodpanda. Ada hari rajin masak la juga.
Cumanya aku tak suka bila orang judge suri rumah best la goyang kaki tak buat apa. Hihi orang taktau kan letih macam mana.
Tapi aku bersyukur sangat suami aku very understanding. Dia selalu pesan buat yang mana boleh ja kalau penat, dia sambung balik kerja nanti as long as aku happy happy ja selalu.
If both penat, buat sama sama bila both of us ada tenaga. Tak perlu stress stress pesan suami.
Benda ni suami sentiasa praktikkan sampai sekarang alhamdulillah kami sentiasa solat jemaah & mengaji lepas solat.
Even kalau aku uzur sekalipun memang rutin dengar dia mengaji. Even dah ada anak, rutin kami still sama and anak aku pun memang join sekali.
If ada apa apa yang tak puas hati lepas mengaji memang heart to heart. Dulu aku selalu stress kalau tengok suami main hp especially sambil kami makan or sambil dia tgk anak main.
Lepas dah heart to heart memang dia minta izin 10-15min untuk tengok hp & take turn main dengan anak. Most of the time memang kami layan anak sama sama. Bila anak tidur, barulah we time sama sama tengok movie, cerita hari masing masing.
Ada satu hari aku teringin sangat nak makan takoyaki. Kalau nak beli kena tunggu suami la sebab kami ada satu kereta sahaja.
Tapi haritu hujan lebat sangat. Suami sampai rumah ja kami terus gerak cari kedai tapi tiga kedai dah tutup and semua jauh dari rumah.
Dari Nilai kami ke Bangi, Kajang, Putrajaya& last sekali jumpa dekat Cyberjaya. Aku rasa kesian & say sorry to him. Tapi suami macam biasa la “it’s okay sayang, as long as u happy. I’m happy too. Remember, happy wife, happy life”.
Setiap kali aku nak period ja mesti suami remind berapa hari lagi nak period and if teringin ada ada bagitau dia, dia belikan sebab takut mood aku swing kut haha.
Bila ada hari nak period memang tak da benda yang aku nak pun, dia akan ajak keluar ambil angin and nak aku relax dari buat kerja rumah.
If suami ada activity dengan kawan aku memang bagi ja dia join as long as dia tak abaikan aku and anak. Bila dia ada activity dia akan make sure anak dah settle, makanan semua dah ada, rumah dah bersih baru dia buat activity dia.
Upah bila aku jaga anak is me time, nnt dia hantar aku pi massage or spa! Teamwork is important ni yang suami aku selalu pesan and tolerate. If tak bagi dia join, dia okay ja. Yang penting communicate.
Selalu orang tanya aku, best tak jadi housewife? Bagi aku best bila ada partner yang very understanding macam ni.
Walaupun orang selalu judge aku selalu goyang kaki, orang taktau apa aku buat kan. Bak kata suami aku, as long as kami suami isteri happy.
Suami aku bukanlah boss high level. Kami pun rakyat marhaen. Cumanya kami selalu enjoy all the little things together & happy cara kami.
Alhamdulillah, sentiasa bersyukur dengan apa yang kami ada, in shaa Allah semuanya cukup. Doakan kami bahagia sampai syurga ya. In shaa Allah, kalau takda aral dan dengan izin Allah suami aku dapat better offer untuk kerja di UK.
Doakan rezeki kami ya. Suami cakap ni berkat isterinya yang sentiasa ada selalu doakan dia hehe. Allah yang pegang hati kita, Allah yang tentukan takdir kita.
Semuanya berbalik kepada Allah. Usaha, doa & yakin lah dengan Allah. Semoga Allah sentiasa bagi rasa sayang cinta dan kasih antara kami keranaNya. But remember “happy wife, happy life” in shaa Allah.
– Ilham (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit