It’s Okay To Not Be Okay

Hari ini 29/7/22. Nama aku Zahra (bukan nama sebenar). Aku tinggal di Ipoh Perak and umur aku 18 (2022). Aku baru habis spm and aku teringin sangat nak sambung belajar.

Result aku takdelah cantik mana. Cukup cukup makan je. Aku ada geng aku lagi 5 orang memang rapat sangat dari form 1 sampailah form 5. Diorang semua pandai pandai alhamdulillah rezeki diorang dapat banggakan family diorang.

Aku sebenarnya sedih sikit sebab takdapat naik pentas macam kawan kawan aku. Aku yang kiranya paling kurang pandai la dalam circle aku. And baru baru ni ada lah gaduh sikit takdela gaduh pun cuma nya kawan aku ni tak terima teguran.

Dia buang aku dari close friend, siap up status caption “bukan lagi musuh, kawan sendiri pun tak boleh tengok kita berjaya”..

The thing that i cannot forget sampai bila bila bcs dia up tu hanya untuk nak status viewer dia reply and tanya what happen then she willing to tell them that i am the toxic one, padahal aku cuma tegur yang cara dia cakap pasal result spm dengan aku tu tak betul.

Aku sedih bila fikirkan balik and taktahu nak luah dekat siapa because aku dah tkde sesiapa. Like literally no one. Semuanya hanya nk dengar side dari dia sahaja sebab aku ni tak berapa bijak mcm dia.

Btw dia spm banyak A and dah nak sambung belajar dah pun. Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan.

Kalau nak tahu, aku ni dari keluarga yang susah. Memang dah biasa hidup susah dari kecik lagi. 2019 ayah aku meninggal. Al fatihah.

Tapi Alhamdulillah takdela sampai tak makan ke apa. Rezeki tu sentiasa ada. Bila dah habis spm ni aku nak sambung belajar.

Aku mohon dekat upu and dapat tawaran yang last choice aku. Kolej komuniti. Sijil je hehe agak insecure lah sebab kawan aku semua poli, ipg, uitm. Walaupun aku hanya dapat belajar untuk daptakan sijil je aku tetap bersyukur.

Time dapat je tawaran tu aku excited sangat sangat sampai dah cari barang barang dekat shopee apa nak beli untuk belajar nanti walaupun shopee pay aku ada RM2 je. And dekat je. Kolej tu dalam perak jugak.

Bidang makanan lagi lah aku suka hehe memang excited sangat lah. Tapi takde rezeki Sebab nak pergi sana transport lagi. Keluarga aku ada motor dua biji je kereta takde.

Lepastu kolej tu tak sediakan asrama/hostel so kena cari rumah sewa berdekatan situ dahlah takde kenalan atau sedara yang duduk situ. Lagipun nak sewa pun dah satu hal banyak duit nak pakai, and transport dari rumah sewa ke kolej nya lagi.

Nak dijadikan cerita, aku terpaksa redha tolak tawaran tu. Tak apa lah mungkin bukan rezeki aku dekat situ. Aku percaya pada Allah mungkin ada perancangan yang lebih baik dari ni. Its okay.

Aku cakap dekat mak aku tahun depan aku mohon lagi tapi aku mohon dekat tempat yang ada asrama.

So aku decide dari sekarang sampai tahun depan nak kumpul lah duit untuk beli laptop harga 1000 pun bolehlah.

Walaupun gaji aku sebulan 800 (total gaji hari) and tu pun banyak jugak nak pakai dalam masa sebulan tu.. And sekarang aku fikir mcm nak sambung diploma terus.

So nak try la kptm tapi yuran dia 20k memang boleh pinjam ptptn tapi kalau boleh taknakla pinjam sebab susah nak bayar balik nanti.

And bila aku cakap dekat mak aku yang aku nak sambung belajar dekat situ, first thing yang keluar dari mulut ibu is “mana ibu nak cari duit”.

Time tu aku tak fikir apa dah. Fikir taknak menyusahkan ibu je aku senyap senyap masuk bilik and senyap senyap menangis sebab mungkin masih takde rezeki..

Aku pun taknak lah menyusahkan sesiapa. Dahla ada ibu je. Lagipun nanti duit laptop lagi, duit untuk pendaftaran lagi. Duit asrama dia sebulan 140 nya lagi.

Aku buntu. Aku sedih. Aku kecewa. Aku redha. Aku teringin nak sambung belajar tak kira lah diploma atau kolej. Keinginan tu memang betul betul ada sangat2.

Aku tak boleh nak ceritakan benda ni dekat sesiapa pun sebab aku takut orang akan fikir yang keluarga aku tak berusaha, kedekut, malas ambik tahu dan sebagainya. Sebenarnya tak pun.

Aku luahkan dekat sini sebab takde tempat nak luah hehe and takut orang yang rapat dengan aku fikir macam ii pulak dekat keluarga aku.

Mostly ujian dalam hidup aku ni kebanyakkan tentang kewangan dan hubungan. Walaupun aku hidup susah, aku tetap bersyukur.

Alhamdulillah makan pun sedap sedap. Cuma hidup aku tak senang macam orang lain. Tapi aku percaya semua yang jadi ni ada hikmah di sebaliknya.

Aku percaya Allah dah aturkan hidup aku baik baik and sentiasa tunggu apa yang Allah dah sediakan untuk aku. Inshaallah something bigger will come.

Wallahualam. Sini aku nak sampaikan yang its okay to not be okay. Walaupun hidup aku susah macam ni aku rasa ada yang lagi susah dari aku. Sebabtu aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Percaya pada Allah, inshaallah semuanya akan okay.

Kepada sesiapa yang membaca, doakan aku semoga aku berjaya satu hari nanti, banggakan ibu and boleh ubah kehidupan yang sekarang ni satu hari nanti.

Aku pun sentiasa doakan untuk semua yang ada masalah mcm aku. Ingat satu je. Sabar. Sabar itu indah. Sabar dan percaya dengan ketentuan Allah. And its okay to not be okay. Aku gerak dulu yeee, assalammualaikum.

– Mariposa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *