Sebumbung, Tapi Bukan Sebantal & Sekatil

Aku tak tau hendak dimulakan bagaimana. Yang pasti kini jiwa dan emosi aku meronta-ronta untuk aku pergi dari semua ini.

Ya.. aku sekarang mula menyalahkan dirikan aku. Aku kerap katakan pada diri akulah puncanya.

Aku sering kali menangis dengan mudahnya dan kerap sekali tangisan hingga kadang kala hampir setiap pagi buta aku akan terjaga dari tidur dan mengenang nasib diri diperlakukan sebegini dan sehingga kini..

Sudah 9 tahun usia perkahwinan kami, dan telah banyak juga dugaan yang menyinggah ke dalam mahligai yang dibina sehingga kini.

Awalan perkahwinan sahaja sudah menunjukkan kaum kerabatnya tidak menyukai diri aku.

Apabila disuarakan dan diberitahu pada suami, pasti perkataan ini yang keluar dari mulutnya “Awak ni suka fikir yang bukan-bukan la. Mana ada mereka tak suka awak.”

Kita ni bukan budak kecil yang tidak memahami maksud percakapan orang yang suka memerli untuk menyakitkan hati.

Sudah banyak kali aku diperlakukan begitu dan aku cukup faham.

Setiap kali aku mengadu pada suami, belum pun habis berkata-kata, dia akan potong cakap aku dan berkata alasan yang sama tanpa mendengar habis segala rasa yang terbuku di hati.

Haha.. begitulah aku diperlakukan suami. Selama 9 tahun usia perkahwinan kami, Boleh dikira dengan jari berapa kali kami duduk berbincang berdua untuk capai kata sepakat. Sepakat ke?

Biasanya dia tak mahu mendengar sampai habis pun. Dalam rumah kami jarang bercakap. Dia?

Balik kerja dengan handphone ditangan sahaja. Kalau keluarga belah suami datang pasti mulutnya bak bertih jagung bercerita itu bertanyakan ini.

Kadang aku lihat sampai jam 3pagi pun masih sanggup menghadap mereka bercerita Itu Dan ini. Aku?

Tidak pula dia berbuat begitu. Kami bagai orang asing dalam rumah sendiri. Jarang bercakap. Biasa yang ditanya perihal anak. “Anak dah makan?”. “Masak Apa harini untuk anak-anak?”

Bercakap mengenai masakkan, yang aku kerap diperlakukan di mana banyak kali lauk pauk dan nasi basi begitu sahaja tanpa di makan suami Dan anak-anak. Penatnya masakkkk… tetapi penat lelah tak dihargai.

Pernah aku menangis disebabkan hal ini, aku pernah kata aku merajuk aku tak mau masak lagi. Dan aku pernah juga berkata pada suami “Saya tau la saya masak tak sesedap mak awak,sampaikan lauk semua ni basi tak dimakan”.

Dan dia menjawab dengan perlahan kononnya dia fikir aku tak mendengarnya. Padahal jelas sekali ayatnya dilontarkan perlahan. “Tahu pun!”. Sedihnya… sedih teramat sangat.

Jika memang betul bak dikata,sebagai suami tidakkah kau menjaga sedikit perasaan dan hatiku? Aku tau aku bukan yang terbaik buat kamu,Tapi aku cuba buat yang Terbaik. Kata-kata kamu menambahkan duka dalam hati ini.

Pulang kerja handphone setia ditangan kamu. Anak-anak juga kamu jarang bermain dengan mereka. Aku?Aku lagi lah suami tak diajak bersembang. Bukan aku tak pernah mulakan dulu perbualan Dan perbincangan.

Tapi kerap kali itu juga kata-kata aku dipotong tanpa mendengarkannya sehingga habis aku bercerita. Seperti biasa… ya… seperti biasa seperti sebelum ini juga sama aku diperlakukan.

Pernah juga dia berkata “Dah la yang,banyak lagi benda saya nak pikir dari benda-benda remeh macam ni!”…

Remeh? Pada dirinya mendengarkan semua itu remeh dan menyerabutkan kepala dia. Habis aku? Aku tak bekerja, hanya surirumah sepenuh masa. Pernah aku suarakan keinginan aku untuk bekerja.

Tapi dia membalas anak-anak masih kecil, nanti anak-anak terabai dan anak-anak perlukan perhatian aku. Sudahnya aku berkorban dan membatalkan hasrat aku untuk bekerja Demi menuruti kehendaknya.

Dia bekerja sekurang-kurangnya dapat menghiburkan hati berjumpa orang luar/kawan-kawan untuk bersembang sedikit sebanyak.

Tapi aku? Aku cuma ada dia dan anak-anak. Aku? Tempat berbicara pun tiada. Aku perlukan dia… untuk meluah rasa Dan cerita. Tapi aku tak dipedulikan sama sekali.

Malam hari suami aku akan tertidur kepenatan. Hari-hari begitu. Tempatnya adalah di sofa di hadapan tv. Setiap kali aku bertanyakan kenapa tidak masuk tidur dikatil. Dia akan menjawab dia kepenatan sehingga tertidur di situ.

Aku diperlakukan bagai seorang “PELACUR”. Datang bila nafsu kamu memuncak pada aku, selesai dari itu… sofa juga pilihan kamu melelapkan mata. Waktu aku demam tidak sihat juga suami meinginkan untuk diranjang.

Apa tidak kasihankah kamu dengan keadaan aku yang tidak berdaya. Apa erti hidup serumah dan berumahtangga jika ini yang berlaku dalam mahligai yang dibina.

Banyak sungguh yang aku ingin coretkan tetapi setiap patah ayat aku ukir disini diiringi juraian air mata.

Masalah ini juga aku pernah cerita kan pada ibuku. Sekejap sahaja suami berubah. 2-3minggu kembali kepada tabiat Dan rutinnya yang asal.

Hingga kini hampir 4 tahun aku diperlakukan sedemikian.

Sudah suarakan Dan dibincangkn dengannya. Tapi seperti biasa juga bak mencurah air ke daun keladi. Sia-sia sahaja. Aku tertekan Dan ada kalanya aku berdoa semoga tuhan percepatkan untuk mengakhiri hayatku di dunia.

Sebab aku rasakan aku tak sanggup hadapi setiap dugaan sebegini lagi Dan lagi. Ampunkan dosa-dosa hambamu ini Ya Allah kerana telah ber fikir dan meminta yang bukan-bukan pada mu…

Aku hanya perlukan suamiku yang dahulu waktu kami mula-mula bercinta dahulu yang sanggup mendengar aku. Yang melayani aku seharusnya dan selayaknya insan bernama isteri. Sebelum aku memilih untuk tak bertahan lagi dengan semua ini.

– Elvira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *