Hai sekali lagi readers IIUM Confession. Ni sambungan untuk kisah aku yang pertama. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/mengidam-bau-ex/).
Aku percaya kalau seseorang tu dah buat confession pasal pasangannya disini, maknanya dia dah tak tahan dengan perangai pasangan dia.
Sama juga dengan aku.
Aku submit confession pertama disini seminggu sebelum admin IIUM Confession upload di FB. Dalam masa seminggu itu, satu bala atau malapetaka dah terjadi dalam rumah tangga aku.
Perkahwinan yang aku bina dengan perasaan sayang dan cinta sekarang ni tengah goyah.
Rentetan dari mengidamnya Sara untuk bau perfume ex dia telah buat aku makin nak tahu sejauh mana hubungan Sara dengan ex dia tu.
Aku namakan si bajingan ni sebagai Alip. Ke nak letak Cikgu Alip? Eh tak payah. Aku taknak cemarkan perkataan “cikgu” yang murni itu walaupun si Alip ni seorang guru di sebuah sekolah di ibu kota.
Alip ni ex Sara. Bini aku. Aku tak tahu kisah dua orang ni pada masa lalu. Dan aku taknak ambil tahu. Tapi selepas peristiwa mengidam tu, aku tak sedap duduk. Seolah ada sesuatu yang aku tak tahu.
Sejak dari kami kenal dan kahwin 3 tahun lalu, tak pernah sekali pun aku sangsi dengan Sara. Tetapi sejak dia pregnant kalini, banyak tingkah laku dia yang aku agak curiga. Aku cuba bersangka baik, mungkin pembawaan budak mungkin.
Selepas dari kami berjumpa dengan Alip untuk memenuhi kehendak mengidam Sara, aku termenung dan mula flashback balik. Ya dia dah berubah. Dia layan aku nak tak nak je. Phone dia dah mula ada password.
Dan dia mula menolak untuk ikut aku outstation sekiranya aku perlu ke luar negara. Sebelum ni aku biarkan je sebab mungkin dia penat mengandung atau perlukan privacy. Jadi dia taknak ikut aku.
Tiba lah suatu hari aku slow talk dengan dia. Duduk semeja, malapkan lampu dan adakan session heart to heart. Dan adakan session phone checking. Phone checking tu memang tiba-tiba macam spot check zaman sekolah dulu.
Tak bagitahu nak check tapi time tu juga minta nak check. Aku bukannya gemar sangat nak check phone orang tapi kalau tiada apa yang nak disorok, kenapa takut nak bagi pasangan kita check phone kita kan.
Kami pun check lah phone memasing. Whatsapp dan Instagram nampak ok je. Tiada kelibat chat dari si Alip.
Aku buka Telegram. Banyak gila group Telegram bini aku ni. Hampir 50 group ada. Kebanyakkan group pasal Shopping dari China. Aku dah give up nak check satu-satu group sampailah satu group ni.
Nama group borong vietnam apa entah. Aku tekan group tu. Ada dua nombor fon sahaja dalam group tu dan salah satunya nombor fon bini aku. Bini aku admin group tu. Sorang lagi korang tekalah nombor siapa.
Isi group tu satu hapak pun takde pasal borong vietnam. Semua isi yang menjurus kepada kecurangan. Ada selfie dsb. Sayang, rindu, baby, muah muah dengan sticker love apa semua dah jadi benda biasa dalam group tu.
Oh, bijak jugak eh bini aku ni nak kaburkan chat dia dengan Alip, terus create group berdua eh. Hampir tertipu aku.
Oh ya, rupanya pasal perfume itu. Diorang bodo-bodo kan aku rupanya. Aku baca text diorang kat Telegram. Sumpah menyirap habis.
Tak sangka hubby you betul2 bagi you jumpa i ye katanya Alip dalam text tu. Bangs*t betul. Patutlah aku tak bau apa masa jumpa si celaka tu.
Aku apa lagi, time tu dah tak jadi slow talk dah. Dah jadi hard talk dah. Tak pernah aku tinggikan suara dia sepanjang kitorang kahwin. Tapi malam tu memang betul2 aku naik angin.
Sampaikan jiran whatsapp aku tanya aku okay ke tak. Aku minta penjelasan dia. Dia nangis sambil pegang perut. Nak suruh aku belas lah tu.
Ah takde, kalini aku takde belas2.
Selama ni aku layan kau bagaikan puteri, tapi kau buat apa belakang aku? Aku tanya dia macam tu. Aku betul2 kecewa. Dia teruskan menangis.
Sambil dia menangis, aku keluar jap kat balkoni ambil angin. Aku nyalakan rokok sebatang sambil balas Whatsapp jiran tadi. Aku okay bang, biasalah hidup laki bini tak selalu indah. Aku reply gitu kat jiran tu.
Aku masuk balik kedalam rumah. Kalini dia dah kat bilik. Aku tetap paksa dia bagi penjelasan sejauh mana dia dengan Alip.
Akhirnya dia bagitahu, memang dia curang dengan aku. Allahu time tu hanya Allah je tahu perasaan aku macam mana. Nak nangis tapi tak dapat nak nangis. Retak seribu hati ini.
“SINCE WHEN???” Aku tengking dia. “New Year” balas dia. Aku dah bukak kekuda dah ni nak tibai anak Maarof (bukan nama ayah Sara yang sebenar) tapi tulah dah tak terdaya nak buat semua tu sebab hati ni dah kecewa sangat.
Lemah jadinya. Karang jadi apa-apa karang, aku juga kena tanggung. Dahlah member tengah pregnant.
Betul lah masa new year aku ada trip ke Heathrow dan dia tak ikut sekali. Dalam tengah aku mendidih, dia boleh pulak twist situation. Dia cakap aku tak sayang dia, selalu tak cakap i love you, tak kucup dahi dia selalu.
Dia macam nak attention tapi aku bagi outstation. Dia cakap Alip lain. Alip bagi semua benda yang aku tak bagi. Haah yelah sekali dengan dosa Alip bagi kau ye Sara. Aku balas gitu.
Dia balas balik pada aku. Dia kata awak kerja pun takkan awak tak pernah tengok pramugari. Entah-entah awak pun ada affair dengan pramugari.
Mengucap dan istighfar panjang aku dengar dia cakap gitu. Masa tu aku memang nak sangat lempang dia. Dia ingat aku ni macam dia agaknya. Pantang pasangan jauh sikit, terus cari ex.
Dia still lagi dok bandingkan aku dengan si Alip tu. Dia cakap lagi, ramai yang tergilakan dia. Ramai nak isterikan dia tapi kenapalah dia pilih aku. Dia tak sedar agaknya aku ni pilot. Bersepah aku tengok muka yang lagi lawa dari dia kat airport tu.
Aku pun tak faham apa yang perempuan ni nak. Nafkah zahir batin aku bagi cukup. Nafkah zahir aku bagi dia dua kali ganda dari aku bagi mak aku. Nafkah batin, time aku balik outstation atau aku takde flight, aku ajak dia camping atau staycation. Rumah, kereta, makan semua cukup aku bagi.
Dia pregnant je, aku dah list dah benda yang aku nak buat untuk dia. Dah standby bajet nak bawa dia kat tempat berpantang yang macam Fizo Omar bawak bini dia tu. Kalau aku takde flight, semua kerja rumah aku buat. Dia mengidam nak apa, semua aku tunaikan.
Sampaikan dia fake mengidam pun aku tunaikan. Bukan sebab kita lurus atau bodoh atau dayus tapi sebab kita nak yang terbaik untuk pasangan kita. Aku pun tahu halal haram.
Dia nak mengidam makan babi, jilat tar apa semua macam komen kat confession aku yang pertama tu memang aku takkan bagi lah. Apa lagi yang kau nak aku pun tak tahu wahai perempuan.
Malam tu berlalu dengan gitu je. Aku keluar rumah balik rumah mak aku. Dia stay je kat rumah tu. Aku tak boleh stay kat rumah tu malam tu. Panas sangat kat rumah tu walaupun malam tu hujan.
Aku ceritakan semua ni kat mak dan kakak aku. Aku rasa tak boleh nak teruskan perkahwinan ni. Aku bagitahu dia aku akan lepaaskan dia selepas dia bersalin nanti. Anak dalam kandungan tu aku masih keliru.
Aku kena jumpa pakar dalam bidang ini dulu untuk decide macam mana nak tentukan anak tu aku punya atau Alip punya. Kalau aku punya, Alhamdulillah aku akan sedaya upaya jadi bapa yang terbaik. Tapi kalau sebaliknya, aku redha jelah.
– Aril (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit