Hi. Nama aku Amy. Baru je celebrate bornday yang ke 35 tahun. Alhamdulillah.
Jiwa kacau, kadang stabil, kadang tak. Kadang mood swing, kadang rasa useless. Kadang rasa baik aku mati jer. Bila datang sewel aku la.
Orang nampak aku normal, tapi sebenarnya aku sakit. Sakit jiwa, sakit fizikal.
Sebelum pkp aku ditimpa musibah, menyebabkan aku jadi tak sempurna. So aku jalan tak macam dulu lagi, dengan kata lain aku tempang, sakit belakang.
Disinilah bermulanya, suami yang aku kasihi, sayangnya beralih arah hanya kerana aku tempang. Pedih…..
Aku sakit, tapi aku dibiarkan tanpa sokongan emosi. Aku terkapai-kapai berjuang tanpa suami disisi. Dia memilih untuk abaikan aku. Aku hilang kerja, aku hilang suami, anak aku benci aku.
Sebelum kereta kena tarik, rumah bank amek tindakan lelong baik aku serah diri ke AKPK untuk arrange semula pembayaran ansuran bulanan. Alhamdulillah, settle.
Rumah aku ada 4 bilik, 3 bilik yang kosong aku sewakan. Aku hidup seadanya.
Aku sebatang kara, mak ayah dah tiada. Adik-beradik anggap aku beban. Mereka dah berkahwin ada keluarga sendiri. Ipar sindir-sindir aku.
Melahar kata aku menyusahkan orang je hidup kenapa tak mati je. Akukan jobless? Nak kerja duduk lama tak boleh, berdiri lama tak boleh.
Korang expect apa? Aku menampung hidup dengan duit i-lebiu kwsp dan pampasan takaful yang aku terima selepas ditimpa kemalangan.
Bila mereka dan keluarga mereka tau aku berduit manusia yang melahar aku, hina aku dulu, tinggalkan aku, mula nak himpit-himpit balik.
Maaf aku tak bodoh.
Mana aku tinggal??? Semasa proses recovery sebelum ni harapkan ihsan mak su aku, itupun aku dapat rasakan anak-anak dia kurang senang dengan kehadiran aku.
Mereka persoalkan mana laki aku, adik beradik aku? Maka aku bawa diri. Masa berduit kena beringat, pedih masa aku takde apa-apa orang layan aku macam kain buruk.
Anak dara aku benci aku. Masa kejadian umur dia 7 tahun. Pandang aku pun tak nak. Bahagia mungkin dengan ibu baru yang lebih sempurna daripada aku mak dia.
Lepas kemalangan kepala otak aku tak betul, susah kawal diri sendiri.
Tak habis trauma kemalangan, trauma jiwa plak bila suami bagi tau nak menikah baru. Kawan sekolah dulu katanya. Hampir gila aku dibuatnya. Aku terbaring lesu menangis berhari-hari.
Anak memang jadi mangsa aku lepaskan marah aku. Silap aku, sebab tu anak aku menjauh daripada mak dia. Aku pasrah.
Aku teruskan kehidupan sendiri. Fisioterapi sendiri, jumpa doctor sendiri. Aku ada depression, aku makan ubat. Trauma aku tak habis lagi.
Forever mungkin.
Biarlah orang nak kecam aku, hina aku. Keji aku macam-macam. Masa aku susah, manusia tinggalkan aku. Allah jaga aku.
Biarlah aku sendiri daripada harapkan kasih sayang daripada manusia yang tak reti menghargai.
Kasih manusia, kalau dah tak suka macam-macam alasan.
– Amy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit