Keluh Kesah Siska Sumanto

Salam pembaca IIUM Confession. Aku, Siska. Kembali lagi meluahkan perasaan. Dahulu aku pernah menulis keluh kesah aku tentang duit KWSP 10k one off. Kalau masih ada yang ingat.

Ceritanya setelah aku dapat duit KWSP, aku buat full settlement kereta lama aku. Kakakku berjanji dengan Ibu, nak belikan kereta.

Jadi aku minta semula kereta tua aku tu. Bunyi macam kedekut kan? Tapi aku tak mampu nak tambah komitmen dengan hutang bulanan. Ibu kata dipersilakan ambil.

Tapi sebelum tu Ibu cakap kena repair lagi dan dia takkan tanggung kos baiki kereta tu. Jadi aku pun dengan gembiranya bersetuju untuk bayar kos baiki kereta tu.

Aku dan anak-anak siap order seat cover baru di app beli belah terpopular.

Aku pun bercadang nak guna essential oil dalam kereta, konon nak bau alami dalam kereta. Anak-anak pun dah list down places to go lepas aku dapat balik kereta tua tu.

Korang boleh bayangkan tak aku excited macam mana?

Kereta dah siap baiki. Aku tunggu juga panggilan Ibu. Ibu senyap, sepi. Maka aku pun mula bertanya kepada Ibu. Bukan straightforward tanya.

Aku bagi mukadimah dulu. Ibu terus bagitau dia perlukan sementara for the weekend katanya. Ada program dengan persatuan mana entah.

Aku pun iyakan saja. Lepas seminggu, masih senyap. Aku serba salah nak minta semula memandangkan aku dapat tahu Kakak tak jadi nak belikan kereta baru.

Korang tau tak aku frust, kecewa tapi at the same time…aku ni anak. Aku tak nak Ibu susah. Aku tak boleh bayangkan Ibu naik turun bas.

Masa aku tanya hal kereta pun Ibu dah mula perli depan adik beradik aku. Anak saudara aku pun tau Ibu perli aku.

Ibu aku orang yang baik. Cuma mungkin kasih sayang dia ada gred. Dah tentu aku gred paling rendah.

Aku tak berguna. Belajar sampai Master tapi separuh jalan. Bekerja pun ala kadar. Aku tak mampu beri lebih, selalu dibandingkan dengan adik beradik lain. Rupa aku pun tak sama macam adik beradik lain.

Aku tak beruntung. Ibu sendiri cakap aku banyak kesedihan dalam hidup.

Walau macam tu, Ibu aku tetap Ibu aku. Dia melahirkan aku, di saat Ayah berpaling tadah. Aku penyebab Ibu diduakan. Kerana mengandungkan aku, Ibu jadi kurang gembira dalam hidup. Aku faham.

Nak besarkan anak yang kau tak berapa nak sayang tu sampai cukup makan pakai…aku bersyukur sangat Ibu tak buang aku. Standard lah pilih kasih dalam family.

Aku sakit anak beranak pun Ibu tak datang ziarah. Adik aku baru demam nak makan bubur, 115km Ibu sanggup naik kereta uzur aku tu jumpa adik dan masakkan :)

Aku dah move on pasal kereta tua aku tu. Ibu lebih memerlukan walaupun Ibu mengaku malu kereta uzur.

Entah kenapa Ibu merasakan kehidupan dia sekarang ni tak sepatutnya begini. Ibu mula bandingkan rumah-rumah kawan sepersatuan. Kenderaan yang mereka pakai.

Hadiah-hadiah ulangtahun yang anak-anak mereka beri lebih hebat daripada apa yang kami berikan. Kami tu sebenarnya aku dan anak-anak. Adik beradik aku tak berapa keen dengan sambutan ulangtahun.

Hancur hati aku. Harapan nak senangkan aku dan anak-anak tapi mungkin Tuhan berkehendakkan yang lain untuk aku. Aku cuma meluahkan.

Like I said, Ibu orang yang baik. Aku saksinya. Ibu orang yang mesra, pemurah. Mungkin Ibu belum berdamai dengan takdir kehadiran aku 30 tahun lepas.

Ironinya, aku juga berdepan dengan krisis rumahtangga di saat aku mengandungkan anak kedua. Weird, huh? Bezanya aku move on setelah bertahan selama dua tahun dan ketika mengandungkan anak bongsu.

Aku memilih untuk keluar dari perkahwinan itu. And I am happy even dengan anak-anak yang aku conceived ketika kemelut rumahtangga.

Mereka penyelamat aku.

Lega dapat tulis. Dapat luahkan. Aku nak bercakap dengan adik beradik tapi mereka tak faham. Dengan kawan-kawan lagi lah mereka tak mampu nak faham. Kat sini, tak ada siapa tahu siapa Siska Sumanto.

Thanks korang jadi pembaca keluh kesah Siska Sumanto. Aku dah rasa lega, aku nak berdamai dengan takdir aku.

Lagi 3 tahun aku aim nak cari kereta baru untuk anak-anak. Sekarang ni perkhidmatan ehailing masih relevan bagi aku biarpun sedikit sesak tengah bulan.

Okay semua! Jaga diri. Kalau ada masalah, tulis je kat sini. Luahkan. Jangan ambil jalan singkat dengan akal singkat tanpa berfikir panjang.

Kena selalu ingat, bila kita pikir kita susah, sebenarnya ada org lain berdepan dengan masalah hidup yang lebih membebankan. Aku pesan kat diri sendiri juga ni. Harap-harap aku dapat bertahan :)

– Siska Sumanto (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *