Assalamualaikum semua. Aku kenalkan diri aku sebagai Joe asal dari negeri Fasola.
Aku teringin sangat nak jawab luahan dari saudari Bella (https://iiumc.com/adik-beradik-penunggu-harta/), tentang adik beradik penunggu harta even aku tak pernah confess dekat mana-mana.
Aku juga kini hadapi masalah yang sama seperti Bella. Aku mempunyai 3 adik beradik aku yang pertama penjawab awam dan menetap di luar negeri dari kampung asal.
Adik kedua aku betina diberi gelaran ‘beruk’ kerana sejak ayah aku sakit kami sudah terputus hubungan.
Beruk sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 anak betina.
Adik lelaki masih bujang dan juga oku pembelajaran. Semua nak kena ajar satu satu.
Aku dibesarkan oleh nenek memandangkan ibu ayah aku bercerai.
Selama aku sekolah dan juga hidup ayah tidak pernah bercakap dengan baik ketika berbual dengan aku. Ada saja yang tidak kena di mata dia.
Bermula la episod ngeri bagi kami apabila ayah aku disahkan terkena stroke atau serangan angin ahmar.
Aku terus minta bertukar ke kampung untuk memudahkan aku menjaga beliau.
Setelah ayah aku discharge, aku terus bawa kerumah aku memandangkan beruk berkali2 merayu untuk tidak bawa ayah aku kerumah beliau kerana katanya rumah beliau sempit dan susah untuk ketandas.
Beliau berjanji aku datang membantu isteri aku menukar pampers dan juga membantu bila mahu memandikan ayah. Aku pujuk isteri untuk menjaga ayah aku.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa tidak dibawa pulang saja kerumah ayah aku.
Sebenarnya rumah ayah aku tidak mempunyai tandas dalam rumah jadi sangat2 mustahil untuk beliau tinggal disana.
Dari hari pertama ayah aku pulang kerumah sampai la sebulan di rumah beruk masih belum menjenguk ayah dirumah aku,
Padahal kami baik2 saja tidak bergaduh atau berkelahi sedangkan jarak rumah beliau hanyalah 200 meter sahaja.
Ayah aku sangat sayangkan beliau berikutan anak betina seorang. Ayah aku menangis setiap hari memanggil2 nama beliau
Cukup sebulan ayah aku ada appointment di klinik kesihatan berdekatan. Kami singgah dirumah beruk berikutan ayah aku minta nak tengok anak betina nya.
Sesampai saja kami di rumahnya terus aku di marahi kerana membawa ayah kerumahnya.
Sedangkan niat asal aku hanyalah untuk singgah sahaja bukan mahu menghantar ayah aku kerumahnya.
Beruk marah2 sambil berkata aku tak nak ada apa2 hubungan lagi dengan korang semua. Aku speechless dengan tindakan beruk. Tanpa aku sedar penampar hinggap ke muka beliau.
Aku marah sangat2 kerana cukup sekadar beliau tidak mahu menjaga ayah kami kini tidak mahu mengaku lagi ayah tu ayah kami… ayah menangis mendengar ucapan dari mulut anak kesayangan beliau.
Aku terus tutup pintu kereta dan terus pulang. Sungguh sadis sekali tindakan beruk pada kami.
Berkaitan harta, ayah aku mempunyai tanah 3 lot rumah yang sudah pun diberi kepada adik aku dan juga anak betina kesayangan beliau sedangkan 1 lot yang sepatutnya menjadi bahagian aku di jadikan kebun oleh mereka berdua.
Aku tidak pernah secara rasmi diberi tahu tanah itu bakal menjadi milik aku walhal yang lain sudah pun menaikan tapak rumah.
Aku yang kini menumpang rumah pusaka nenek isteri aku masih ayah aku anak tirikan sedangkan beliau juga menumpang disini.
Beruk masih lagi berdrama dengan masyarakat kampung mengatakan beliau datang menjaga ayah aku dirumah aku sedangkan bayang sekali pun tidak pernah kelihatan.
Berdasarkan medsos beliau mengatakan hanya Allah sahaja yang tahu niat hati beliau dengan apa tindakan beliau selama ini…
Aku hanya berdoa dan terus bertahan berikutan ayah aku kerap kali memaki isteri aku dan adik lelaki yang sama2 menjaga beliau sehari harian ketika ketiadaanku dirumah.
Ayah aku kerap termenung selepas kejadian itu dan juga seolah-olah putus harapan untuk hidup.
Mungkin beliau tidak sangka anak emas anak intan payung beliau sanggup buat begitu padanya.
Aku masih lagi bertahan menjaga ayah aku kerana keberkatan dan juga siapalah aku tanpa beliau biarpun aku tidak pernah merasa kasih sayang dari beliau.
Panggil nama aku pun tidak pernah apatah lagi bercakap baik baik dengan aku…
Ujian buat aku dan isteri adalah menjaga ayah aku yang kini sakit. Semoga kita semua dirahmati. Ingat ye Bella, ikhlaskan diri anda menjaga orang tua.
Ingat lah janji Allah pada anak derhaka setiap langkah mereka dibumi dilaknat oleh Allah… jangan pula kita yang sepatutnya dapat keberkatan mendapat sebaliknya pula…
Sekian dari aku insan hina yang masih tidak tahu sampai bila mampu bertahan demi keredhaan Allah taala…
Maaf jika ayat berterabur kerana aku tidak pernah dapat habiskan sekolah berikutan nenek aku meninggal ketika berumur 15 tahun dan tidak ada sesiapa mahu menyara aku sekolah tetapi alhamdulillah aku mampu menjadi penjawat awam gred u29 bakal pencen 2 tahun lagi.
Doakan aku kuat ye semua…
– Joe (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit