Hi semua, saya terpanggil untuk share lepas terbaca confession seorang suami di salah satu page yang mengeluh bila isterinya bergaji double dari si suami dan tak membantu suami membayar keperluan lain selain membayar taska anak 3 orang.
Saya pulak lepastu terbaca confession, https://iiumc.com/aku-pegawai-
Cukup lah dari pengalaman sendiri untuk saya nyatakan yang, ramai je perempuan yang tak kisah kalau gaji suami tu lebih rendah dari dia.
Dan ramai isteri yang sudi membantu suami, asalkan, suami tu ada usahanya untuk menampung keluarga.
Dulu sebelum kahwin, saya tahu gaji suami saya hanya 2.6k sebulan. Gaji saya pula, 6k waktu tu.
Sebelum suami kenal saya, mungkin dia tak peduli sangat kalau gajinya rendah. Lepas kahwin, dia mula rasa yang gajinya tidak mencukupi untuk sekiranya mahukan anak.
Komitmen paling besar, adalah rumah. Kami bersetuju untuk bayar separuh separuh. Selain tu, loan peribadi dan renovasi rumah, memang saya bayar sebab tu kemahuan saya haha.
Kereta pun saya yang bayar, atas nama saya. Kereta suami, kami pilih untuk jual, untuk suami ada duit lebih dan disebabkan kereta saya lebih besar. Lebihan duit gaji saya adalah untuk beli barang dapur, belanja dan saving ASB dan TH.
Suami pula bertanggungjawab untuk bayar bil air, api, wifi, minyak kereta, pampers dan susu anak.
Suami tak ada hutang lain selain rumah yang kami bayar bersama. Hibah rumah pun suami dah buat siap siap, jadi suami bayar hibah setiap bulan. Selain simpanan ASB dia.
Kadang saya cakap, tak payah saya bagi nafkah dulu sebelum awak naik gaji. Tapi dia sedih, dia kata dia nak bagi jugak. Kalau tak, dia rasa tak best.
Jadi saya kata, kalau macam tu, kurangkan jadi RM250 dulu. Nanti dah naik gaji, baru tambah.
Suami mula terfikir untuk tukar kerja baru. Saya percaya dengan kata kata “di sebalik kejayaan seorang suami, ada seorang isteri yang sentiasa membantu dan mendoakannya.”
Jadi lepas kahwin, gaji saya dah cecah 8.5k, di usia 28 tahun. Suami juga 28 tahun.
Nak dijadikan cerita, saya faham je yang setengah orang, tak reti cara cara yang terbaik untuk apply kerja. Cara yang buatkan majikan tertarik dengan kita.
Jadi saya bertungkus lumus siapkan portfolio dan resume suami.
Suami pula mula apply macam macam kerja, saya kira boleh ada 50 lebih permohonan di portal portal pekerjaan yang ada dengan guidance saya. Saya pun ada applykan jugak, kalau ada masa lapang.
Suami memang bersungguh sungguh nak cari kerja baru. Dapat banyak juga panggilan interview. Dan suami sangat komited setiap kali interview.
Saya dah bagi peringatan, saya minta dia jangan terlalu berharap. Kalau tak dapat, tak apa. Ini pengalaman, semakin banyak pengalaman, semakin baik.
Selepas lebih 10 panggilan interview, ada dua offer pekerjaan yang suami dapat dengan gaji yang diminta, 4.2k.
Alhamdulillah syukur pada Allah. Kiranya banyak juga kenaikan dari 2.6k ke 4.2k. Suami happy sangat, dan ready untuk ada anak.
Suami cakap, semua atas bantuan saya lah dia dapat kerja. Tapi saya cakap, ini rezeki Allah. Rezeki datang dari usaha kita dan doa. Ini lah yang awak dapat lepas amalkan bacaan al-quran hari hari. Hasil usaha kita berdua juga sama sama.
Jujur, demi Allah, saya lihat banyak perubahan suami lepas kahwin. Mungkin sebab suami ni jenis yang tak reti marah, tak ego, dia terima kalau saya nasihat.
Saya minta dia baca quran hari hari pun dia boleh ikut dan lama lama jadi kebiasaan. Solat nya pun tak pernah miss macam waktu bujang dulu.
Jadi, dari semua usaha yang suami tunjukkan, buat kan saya tak berkira untuk bantu suami. Saya perasan, lagi banyak saya bantu suami, lagi bertambah rezeki saya. Apa yang saya belajar, dua dua suami isteri kena main peranan.
Dunia sekarang tak macam dulu. Sekarang suami isteri bekerja. Suami saya akan in charge bahagian baju baju. Dia lah basuh dan sidai baju.
Kalau saya malas nak lipat, suami lah lipat. Saya memang suka mengemas rumah dan memasak. Suami pulak jenis tak suka tengok benda bersepah, jadi dia pun memudahkan kerja rumah saya.
Pada saya, adil lah situasi dalam rumah. Saya nakkan pahala tu jugak. Takkan suami je dapat pahala sebab bantu saya buat kerja rumah.
Jadi, saya memang ikhlas tolong suami cari rezeki dan bantu dalam segi pembelanjaan keluarga. Yang penting, masing masing ikhlas lillahita’ala.
Itu je sikit perkongsian saya. Doakan kami bahagia hingga ke syurga, dan dikurniakan Allah dengan anak anak yang soleh solehah ye. Aamiiin.
– Cik Telaga Tujuh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit