Dah Hilang Baru Nak Hargai?

Assalamualaikum. Ini kali kedua aku pernah hantar confess. Tapi kalini bukanlah nak bercerita pasal aku, tapi pasal parent aku. Ibu aku alhamdulillah seorang yang sangat baik, begitu juga ayah aku.

Tapi umur ibu aku tak panjang, sudah sebulan Allah jemput ibu aku (mohon sedekahkan doa utk ibu aku ye). Asbab meninggal disebabkan komplikasi jantung dan juga paru-paru.

Nak dijadikan cerita, sepanjang ibu aku hidup, ibu aku memang seorang yang sangat baik kepada anak² dan menantu, seorang isteri yang patuh kepada ayah aku. Tetapi bahagia ke?

Untuk pengetahuan korang, tika umur 40 an, sewaktu mengandungkan adik aku yang bongsu, ibu aku dapat penyakit darah tinggi,

Dan sewaktu menginjak ke umur 50 an, mula dapat kencing manis walhal ibu aku bukanlah seorang yang suka makan manis², cuma ada satu tabiat iaitu suka makan berat lewat malam.

Nak dijadikan cerita, ayah aku ni memang seorang yang tegas, tapi sebagai anak aku sedih sedikit bila tengok layanan ayah aku kepada ibu aku.

Jarang sekali nak berlembut dengan ibu. Jarang sekali nak bercakap dengan nada elok, jarang sekali bertanya ibu aku sihat ke tidak.

Bila tengok ibu asyik baring dan tidur (padahal ibu tengah sakit kepala sebab BP tinggi), ayah bersuara “asyik tidur je tahu”.

Ibu kadang sedih, sebab dengan orang luar, ayah boleh je bercakap elok. Dengan orang luar, ayah rajin bersedekah, dengan orang luar, cepat betul pertolongan yang dihulurkan tetapi tidak dengan ibu.

Ayah seorang yang beragama, dan sepatutnya ayah tahu siapa yang perlu di dahulukan. Ibu kadang meluah pada anak², bila ibu sakit, kadang ibu sanggup tunggu anak² balik kampung untuk di bawa ke klinik.

Nak tunggu ayah? Banyak cerita. Kadang buat muka. Dari awal perkahwinan sampailah detik ibu tahap sakit yang teruk, begitulah layanan dari ayah untuk ibu.

Bila ibu teringin nak beli sesuatu, ibu cuba minta pada ayah tapi banyak soalan nanti ditanya walaupun hakikatnya ayah tersangat mampu untuk tunaikan (ada yang ditunaikan cuma selepas ibu merajuk sedikit), jadinya ibu gunalah duit yang anak² berikan.

Bab masakan ibu, ibu masak memang sedap. Anak menantu memang selalu puji, tetapi jarang ibu nak dengar pujian dari ayah.

Kadang² walaupun ibu tak larat, ibu cuba untuk masak. Sebabnya ayah tak makan kedai. Bila waktu ibu boleh rehat dari memasak? Bila anak² pulang ke kampung.

Kami semua duduk luar dari negeri kelahiran kami sebab masing² punya keluarga dan rezeki memang luar dari negeri kelahiran.. kadang², ada jugak aku guna khidmat food panda dan begitahu ibu supaya tak perlu masak, rehat.

Sampailah detik pada tengahari dimana ibu tetiba sesak nafas dan terus dikejarkan ke hospital.

Doktor tidurkan ibu aku selama 3 hari, maka bermulalah rutin kami semua berulang alik ke hospital untuk menjaga ibu, sama juga ayah aku. Hari² akan berulang alik ke hospital.

Sepanjang ibu aku sakit barulah aku nampak layanan yang berbeza dari ayah aku untuk ibu aku. Selalu pegang tangan ibu aku, cium dahi ibu aku .waktu ini ibu aku dah tak boleh bercakap dan mampu bergerak sebelah badan sahaja.

Bercakap pon dengan nada yang lembut, aku suka tengok tetapi bagi aku macam dah terlambat nak buat macam tu. Takkan memang nak tunggu sakit dulu baru nak sweet dan berfungsi sebagai seorang suami yang penyayang?

Ibu aku dah tak boleh nak respond dah waktu tu. Apa guna? Lama, sangat lama ibu aku tunggu belaian dari ayah aku macam tu. Kenapa waktu tak berdaya baru nak tunjuk? Bila ibu aku dah pergi, meninggal dunia, kenapa baru rasa sunyi?

Kenapa baru rasa kehilangan? Tak menyempat² nak cari calon isteri lain pulak tu. Waktu ibu ada pun, buat acuh tak acuh, aktiviti keluarga pun jarang sekali nak join, kalau aktiviti lain laju pulak.

Aku masih hormat pada ayah aku sebab beliau masih ayah aku dan orang yang bekerja kuat untuk besarkan kami,

Tetapi dari sisi sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang yang pernah menjadi tempat luahan isi hati ibu, aku kadang² merasakan ayah aku bukan seorang suami yang adil buat ibu aku.

Ibu aku memang seorang yang penyabar. Sangat penyabar, aku rasa kalau orang lain yang jadi isteri ayah aku, lama dah kot bercerai berai sebab tak tahan dengan layanan yang begitu.

Mungkinlah didikan dari keluarga ayah aku begitu means kasar tapi kenapadengan orang luar boleh pulak elok. Ye dak? Takpelah, saja nak meluah kat sini.

Korang doakan syurga yee buat ibu aku dan doakan ayah aku supaya sihat dan dilapangkan hati.

Suami² di luar sana, janganlah jadi macam ayah aku, isteri dah tenat baru nak jadi baik, nak caring loving bagai. Dah terlambat! Terlambat nak dijadikan moments yang sweet.

Rendahkan ego, ciptalah kenangan manis sekarang bukan kemudian.

Dia itu isteri, ibu kpd anak² kita, orang yang sanggup berjuang dengan nyawa sendiri nak lahirkan zuriat kita, orang yang sanggup tinggalkan keluarganya semata² nak hidup dengan kita, jaga makan minum kita.

Tak salah kita buat baik, cakap elok², sayang dan peluk istri tu. Pahala dapat, jiwa tenang, rezeki jugs mencurah².

Jangan kedekut dengan keluarga sendiri tetapi bermurah hati dengan orang luar. Ini tak betul. Bermurah hati lah dulu dengan keluarga sendiri baru orang luar.

Terima kasih sudi baca. Wassalam..

– Tia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *