Fobia Menjadi Manager

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca setia IIUM Confession.

Buat insan yang seperti aku yang ada solusi bolehlah bincang bersama. Dan buat orang yang bukan di dalam kasut aku kalau tiada kata yang baik, harap jangan dikecam. Tetaplah senyap jangan memberikan kata kata nista.

Aku (Nurul, bukan nama sebenar) berumur 30tahun, adalah lepasan diploma daripada universiti awam tempatan dalam bidang Foodservice Management.

Masa belajar, aku seorang yang perform walaupun aku bukanlah pelajar genius yang pandai bertutur bicara. Tapi pointer 3 ke atas setiap sem tu wajib.

Cuma latihan Industri aku sahaja dapat pointer rendah mungkin sebab aku kurang effort dalam penyampaian semasa membentangkan kepada pensyarah dulu.

Mulanya aku anggap pensyarah tu tak suka aku sampailah aku baru sedar hari ini. Dia bukan tak suka aku, tapi mungkin dia tahu aku bukan seorang yang bagus.

Dipendekkan cerita, aku terus bekerja di tempat aku buat latihan industri di sebuah restoran yang agak terkenal dan banyak cawangan sehingga aku dapatkan transkrip aku untuk terus berkhidmat dengan syarikat tersebut sebagai Training Manager.

Dari awal aku memegang jawatan itu, aku dah dilepaskan dengan banyak tanggungjawab yang di luar bidang aku sampaikan Restaurant Manager (RM) aku kata aku ni gila. Tapi kelemahan aku adalah bercakap.

Banyak kesusahan aku alami sampai aku dinaikkan sebagai Asst Manager. Tapi hidup takkan tenang kalau orang atasan aku tak pernah yakin dengan aku, dan biasanya jika dalam shift aku ada terjadi sesuatu pasti akan kantoi.

1 hari aku dapat complain macam2, dan Operation Manager aku info dalam group. Area Manager aku whatsapp dalam group tu “Nurul! I DONT WANT STUPID MANAGER IN MY AREA! U WILL BE TRANSFER TO & $#!*

Aku sungguh tak sangka teruk sangat kah aku? Ya, staff problem memang akan ada masalah dengan manager on shift. Tapi dia stupidkan aku.

Aku rasa sesal sangat. Aku nekad 24 hours notice tapi RM aku pujuk aku. Dia bagi aku cuti untuk menenangkan fikiran.

Kemudian dah lama, aku tamatkan perkhidmatan atas sebab sebab peribadi. 4 tahun lepas. Jadinya aku menganggur setahun kerana fobia.

Aku berniaga tak jadi. Akhirnya ada kawan yang ajak aku jadi SV dia di 1 restoran baru. Gaji lebih besar dan santai. Tak tahan lama, PKP 16/3/2020 aku diberhentikan atas sebab kedai tak ada untung.

Beberapa bulan menganggur aku dapat kerja di 1 restoran, memikirkan komitmen kereta aku dan banyak berhutang dengan mak aku, aku apply as Asst Manager tapi basic rendah 1800 je sebab company baru nak grow dan akupun percaya dengan teori tu.

Aku memperhambakan diri kerja di sini tapi gaji aku tak pernah lebih. Aku tak tahu nak bersyukur atau tidak disebabkan aku bekerja di sini aku jumpa jodoh aku di sini. Tapi pengurusan yang tidak adil, dan aku dipergunakan sahaja sangat membuat aku kecewa.

Masuk seorang pekerja di sini minta sebagai kitchen leader tapi disebabkan dia pandai bercakap, dia di jadikan RM. Mula mula aku terkilan sangat tapi aku fikir tak apalah kurang beban kerja aku yang sekarang.

Tidak, dari segi ordering, PNL, kira stock harian, semuanya aku buat seorang. Aku jadi bertambah stress.

Masa tu ada seorang yang baik dengan aku, perempuan namanya Kin. Dia banyak tahu aku menangis sebab terlampau stress dan nasihatkan aku luahkan. RM aku cuma buat jadual dan bagi speech je setiap minggu.

Jadual berat sebelah dan hanya menangkan diri dia je. Jadual aku akan bertukar dari pagi esok petang. Esoknya pagi balik. Pagi ada split 3 jam.

Akhirnya attendance aku tak memuaskan. Sumpah aku tak puas hati bila HR cakap aku sengaja bagi alasan orang lain boleh kenapa aku tak boleh.

Last2 aku 24 hours. Dahlah gaduh dengan HR, dengan kejamnya mereka keluarkan aku dari group manager. Aku kecil hati dan luahkan dkt suami. Kena marah balik sebab aku yang bagi diorang pijak kepala aku.

Oh ya. Sekarang aku bekerja di tempat lama tapi sebagai staff biasa. Disebabkan aku terlalu fobia nak jadi manager lagi. Rakan sekerja yang lain sibuk bertanya, kenapa tak nak jadi manager.

Aku cakap, saya cuma nak tenang dan buat hal sendiri. Gaji kecik pun tak apa asalkan saya senang hati.

Tapi sampai hari ini aku tak dapat nak tidur dengan tenang. Aku kerap terjaga dan senang cepat rimas dengan orang ramai. Aku fikir kesian mak aku terpaksa tengok aku susah jadi staff sedangkan aku belajar bukanlah bodoh mana.

Mula mula aku tak nak kerja, tiap kali aku nak kerja mesti menangis macam kena paksa.

Bila aku terkenangkan zaman muda muda aku dulu, aku jadi sedih. Salahkah aku seorang introvert yang tak pandai berkomunikasi?

Salahkah bidang yang aku pilih? Aku dah tak kenal diri sendiri yang gila gila. Adakah aku sekarang ni dah gila?

Aku takut dengan tanggungjawab sebab ianya mengecewakan. Kadang kadang terfikir untuk mati je. Apa guna hidup kalau tak dapat membanggakan mak aku?

Aku pernah terfikir kalau aku mati accident, duit insurans yang aku bayar bulan bulan tu mesti dapat dekat mak aku. Bolehlah aku langsaikan hutang aku semasa aku hidup dengan mak aku.

Dan sampai sekarang aku masih menyusahkan dia. Maafkan nurul umi.. Nurul anak yang tak guna.

Aku tak tahu nak luahkan dekat siapa sebab suami aku takkan faham. Jadi dengan tulisan InsyaAllah boleh melegakan sedikit perasaan aku yang tiba tiba teringat dan menangis sendirian.

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *