Cicak Kobeng Si Akak Jaga

Untuk confession sebelum ini, (https://iiumc.com/pengalaman-bekerja-di-kantin-sekolah/).

Assalamualaikum hai korang. Kali ini aku nak cerita kisah Cicak Kobeng di Kuala Lumpur hihi. Sorry lambat tau, busy betul bulan ni.

Aku sambunglah eh, Uteh ngan Ude pun sibuklah tanya pasal Johan. Dorang taktau sebab masa tu kan dorang kecik lagi hahaha. Nak sambunglah ni.

Selepas menyelesaikan permohonan upu, aku pun memulakan perjalanan ke kuala lumpur dengan satu niat untuk mengumpul duit sebanyak yang termampu sebagai bekal sekiranya mendapat tempat dalam mana-mana U nanti.

Aku menumpang tinggal di rumah paman, adik mak dan keluarganya. Angah pula tinggal di hostel lelaki. Iye, aku jadi jaga pulak kali ni wei hahaha. Takde apron dah, ada wisel pulak haha.

Hari pertama aku melaporkan diri di pejabat syarikat pengawal keselamatan, terdapat beberapa borang yang perlu diisi.

Kemudian, aku ke cimb bank untuk membuat akaun bank bagi urusan pembayaran gaji. Seterusnya aku ke kwsp untuk mendaftar ahli. Aku dibekalkan 2 pasang uniform berwarna biru dan seluar slack hitam. Wisel, dan kasut kulit hitam.

Selesai semua urusan, aku pun bersedia untuk hari pertama keesokan harinya. Aku bangun awal pagi untuk menyediakan bekal makanan aku dan angah. 4 bekas semuanya. 2 bekas untuk rehat jam 12 dan 2 bekas lagi untuk kami makan ketika rehat jam 7 petang nanti.

Shif kami bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari. Van tiba di bawah flat kami tepat jam 7 pagi, perjalanan daripada Wangsa Maju ke Damansara memakan masa yang agak lama ditambah pula jem pada waktu pagi.

Punyalah jem jangan cakap, van asyik tersengguk-sengguk aje sebab uncle Siva ni main cilok dan brek-brek ikut suka dia aje. Kadang tu rasa nak luruh jantung aku bila dia brek mengejut. Oh ya, aku duduk depan jadi co pilot uncle Siva tau.

Hahaa sebab yang kat belakang semua lelaki. Kadang tu baiya nepal pun ada. Aku sorang je perempuan dalam van ni. Biasanya kami tiba di IPC pada jam 9.30 pagi. Dapatlah meregangkan badan dahulu setelah lama dalam kesesakan lalu lintas.

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan kepada sebuah hardware di sebelah pintu masuk ikea. Aku bertugas bersama-sama dengan angah di sini. Nasib baik juga dengan adik sendiri, tidaklah aku begitu canggung di bandar besar ini.

Tugas kami adalah menyimpan barangan pelanggan ke dalam loker yang disediakan. Pelanggan tidak dibenarkan membawa masuk beg, troli dan beg plastik ke dalam hardware.

Sekiranya mereka ingin membawa beg plastik daripada kedai lain, kami perlu mengikat plastik mereka dengan cable tie.

Tapi seronok juga kerja di hardware ni. Kami bergilir round dalam hardware ni, sorang kat depan tunggu customer. Sorang meronda di dalam.

Masa tu ada mini waterfall dalam hardware. Siap ada setup gazebo lagi. Tenang je rasa dengar bunyi air terjun. Promoter dia rajin betul mendeco.

Banyak betul barang dalam hardware ni. Puas jugalah aku membelek barang-barang, baca fungsi barang dan melihat harga barang. Kadang-kadang tu abang roslan rajin menerangkan fungsi satu-satu mesin black decker yang mereka jual.

Ada macam-macam jenis skru, jenis spanar, macam-macam lagi lah. Sampai kadang tu aku pun tolong customer cari barang dalam tu hahaha.

Ada barangan yang mereka display dalam bilik kaca khas. Hanya manager yang boleh masuk dalam tu, sebab barangan mencecah harga ribuan ringgit.

Setiap 2 minggu aku dan angah akan bergilir membeli lauk basah untuk dimasak sebagai bekal kami.

Menu yang aku sediakan adalah jenis masakan yang ringkas sahaja, tak mahu ambil masa yang terlalu lama contohnya ayam kicap, lemak telur, kari ayam, sambal sardin, sambal tumis ikan goreng dan sup ayam.

Kadang-kadang kami teringin makan karipap ikea, kongsi beli cawan air kopi dan kongsi minum sama-sama. Karipap sorang satu. Cukuplah belanja pagi seminima mungkin.

Jarang-jaranglah sebab betul-betul nak berjimat. Kami bawa botol air masak sendiri. Bila timbul rasa lapar atau teringin nak makan yang bukan-bukan, minum air terus kenyang.

Setelah bekerja sebagai mak guard selama beberapa minggu barulah aku sedar bahawa penatnya kerja jaga daripada kerja di kantin dan di kilang bahulu dulu. Betul memang tak kerja berat, tak perlu buat macam-macam pun. Sekadar berdiri dari pagi hingga ke malam.

Menunggu dan terus menunggu masa berlalu. Tapi kena menunggu habis waktu bekerja tu lah yang penat sekali. Sebab tu orang kata penantian satu penyeksaan. Sakitnya kaki, tambahan perlu pakai kasut kulit. Strugglenya nak kumpul duit, kaki sampai melecet dihujung jari dan tumit.

Walaupun pakai stokin tebal, kaki masih juga melecet. Aku pernah menangis masa lihat kaki angah. Sampai terkopek tapak kaki dia, melekat dengan stokin. Berdarah.

Waktu tu kami tengah tunggu van waktu malam lepas habis shif. Dia kata yong tolong siram air dekat kaki ngah.

Nak tukar pembalut, rasa pedih sangat. Angah kan dah kerja lebih lama dari aku, sebab tu luka melecet dia teruk sikit. Macam manalah angah bertahan berdiri lama-lama dengan kaki sakit macamni. Aku ni kalau tak tahan sangat aku akan pergi ke tandas, duduk rehat dalam 15 minit.

Lepas tu masuk balik. Selepas beberapa minggu kaki aku pun luka juga. Bermula dengan melecet di tepi jari kelingking dan belakang bahagian tumit, lama-lama jadi gelembung. Bila gelembung tu koyak subhanallah pedihnya wei. Aku lapik dengan tisu baru pakai stokin.

Nak pakai kasut lain tak boleh. Kadang tu kalau terlampau sakit kaki, aku lari pergi tandas. Dapat duduk sekejap.

Pada hari cuti, aku belajar menaiki lrt dan pusing-pusing KL. Sibuknya bandar KL. Penuh dengan hiruk pikuk dan keramaian manusia. Aku selalu berdiri di tepi memerhatikan pelbagai ragam manusia. Aku selalu ke Masjid Jamek.

Port wajib aku adalah di sebuah kedai buku tingkat atas berdekatan dengan masjid. Ada buku-buku motivasi, buku-buku agama, buku-buku ilmiah dan pelbagai lagi. Aku rasa tenang di sana.

Dapat membelek buku-buku sepuas hati dan kemudian melepak dalam LRT sambil membaca novel. Hahaha takde kerja betul kan. Biasanya aku naik bukan pada waktu peak hour.

Gaji first aku dulu, aku spend dekat RM200 beli novel dekat popular. Angah geleng kepala je tengok aku bawa plastik bag novel-novel tu naik van waktu nak balik kerja.

“Ni kang siapa yang nak angkat naik tingkat 4 ni kang?”

Zaman tu Hlovate tengah top. Angau sorang-sorang baca kisah Benz Alif dan Addin Shah hihi. Ni semua bestfriend aku lah cik lavender yang bagi aku pinjam novel dia dulu. Cepat je terpengaruh kan hahaha. Satu lagi Sunan Saifudin by RAM.

Sanggup tak tidur baca novel. Ya Allah sampai sekarang kan tak boleh nak imagine siapa lah yang sesuai bawa watak Sunan tu. Lepas tu aku ketagih baca tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Paling berbekas dalam hati dan hidup aku, moto beliau iaitu “erti hidup pada memberi”.

MasyaAllah bila kita renung balik, muhasabah balik, lagi banyak kita memberi tanpa harapkan apa-apa balasan kan, semakin happy hidup kita dan lapang je dada ni. Rasa bersemangat sentiasa dan serahkan je semuanya pada Allah.

Tak kisah lah bagi derma ke, tolong makcik tua lintas jalan ke, tolong rewang dekat kenduri kampung ke, tolong cuci pinggan kemas rumah mak mertua ke, tak kisah lah apa-apa situasi pun.

Automatik rasa nak buat baik aje setiap masa sebab semua benda-benda yang kita buat ni memberikan satu rasa kepuasan dan nikmat sangat bila dapat buat baik dan tolong orang. Buku lain aku suka Rindu bau pohon tin.

Kenangan lain dalam syarikat jaga ni, aku juga pernah diberi peluang untuk turut serta mengikuti kursus menembak di IPD. Sakit bahu, sakit badan kerana impak lantunan peluru pistol. Tapi itu merupakan satu pengalaman yang sangat berharga pada aku.

Aku mengikuti kursus ini bagi mendapatkan lesen senjata kerana aku akan ditugaskan di kedai emas pula nanti. Tapi tak sempat ke kedai emas aku dah resign hihi. Masa ni tak sangka betul-betul dapat pegang pistol.

Pegawai polis yang ditugaskan untuk menyelia kami pun garang-garang belaka. Yelah, senjata api kan. Tak boleh main-main. Bahaya.

Perempuan pistol sahaja. Lelaki pistol dan senapang. Teringat dulu ada sorang member dalam company, dia tertembak peluru senapang masa bertugas dekat kedai emas.

Taktaulah camne kejadiannya, tertembak lantai pastu serpihan bullet melantun kena bahu member jaga sorang lagi yang dekat luar kedai.

Chaotic betul, satu mall kena tutup kejap sementara polis dan ambulans nak sampai. Sebulan mc pastu. Dia pulak serta merta kena tarik balik lesen dan digantung kerja.

Benerapa bulan berlalu akhirnya hari yang aku tunggu pun tiba. Hari keputusan tawaran kemasukan ke universiti. Bismillah, aku pun buka sms. Tahniah, anda telah ditawarkan program ijazah sarjana muda di universiti xx. Syukur alhamdulillah. Akhirnya aku dapat masuk universiti.

Cita-cita aku dari zaman spm sampai stpm dah tercapai. Aku memang pilih universiti ni sebab aku nak sangat pergi jauh-jauh dari rumah.

Aku semak balik checklist dalam buku nota dan siapkan keperluan nak ke sana. In the mean time, buat surat perletakan jawatan dan booking ticket flight.

Sampai hari terakhir aku bekerja, pulangkan uniform dan ucap selamat tinggal pada KL. Kota batu yang banyak beri pengalaman baru pada aku.

Dah cerita pasal kerja jaga ni kan, teringat aku satu kisah. Rupanya kan, kita ni kebanyakan masa terlalu cepat menilai orang berdasarkan pekerjaannya.

Mostly customer ingat aku orang indo wehhh hahahha. Nasib aku tak bantai cakap jawa ngan dorang. Pastu ada sekali tu customer duk menyembang pasal aku dengan kawan dia.

“Poor girl. So young to be doing this job. I bet she married early and now has to work here”

“Yeah. Is she Malaysian? You think?”

Wahhh sedap je eh mengata aku. Helo aku ada telinga tau. Hahhaha sebab taknak kalah aku pun balas,

“Thank you for shopping with us. I am Malaysian. For your information, I just got accepted into xx University. This job is going to pay for my registration there. I’ll be resigning in 3 days and will be flying there next week.”

Dua-dua tengok aku lepas tu tolak troli keluar dari kedai. Sabar jelah kan, jadi orang susah ni kena banyak kuatkan semangat dan harung je semua halangan sepayah apa pun. Kat sini aku kawan dengan Irma budak cleaner tandas level atas. Bestnya kan, dia dapat USM tau.

Kitorang nangis sama-sama kat depan cermin toilet weh. Ko bayangkan akak jaga dengan akak cleaner melompat nangis-nangis dekat tandas hahaha. Dia pegang mop lagi masa tu wei. Takleh blah betul. Memori sangat.

Aku rasa dia dah jadi pegawai kesihatan agaknya sekarang. Kat manalah ko sekarang kan Irma? Mesti ko dah berjaya buatkan rumah besar untuk mak ko kan? Tak payah duduk tepi Sungai Klang lagi.

Korang kalau pergi mana-mana jumpa budak-budak kerja kelas bawahan gini please lah layan dengan baik. Sebab dia nak bantu hidup dia sendiri lah dia sanggup buat apa sahaja kerja untuk survive.

Budak-budak waiter ambil order kalau salah sikit takyah lah marah-marah, senyum dan sabar sikit je tak rugi apa pun kan. Orang keliling tengok ko pun cakap yang murni-murni aje dalam hati dorang.

Bukan semua orang tahu apa rasanya bawa segunung beban atas bahu setiap hari. Susahnya kami nak keluar bebas dari kemelut ni Allah sahaja yang tahu strugglenya macam mana.

Aku masa nak terbang tu betul-betul dengan duit gaji yang aku susah payah kerja jaga dan kantin tu lah. Aku takmau lah ungkit pasal abah.

Dia memang bangga lah anak dapat masuk U tapi tulah rasa macam anak buluh betong lah aku. Baju lusuh-lusuh, luggage pun aku takde.

Tiket flight pulak RM700 lebih masa tu. Semuanya cap sponsor oleh diri sendiri je. Sengsara rasa. Tapi aku nekad nak pergi jugak. Bila dah dapat pergi jauh-jauh tu memang aku rasa jiwa aku pun terbang tinggi sama. Rasa ringan bahu aku, ringan kepala aku, lapang dada aku.

Pastu aku ada balik kampung sebelum nak pergi tu. Spend time dengan family. Siapkan borang-borang dan barang-barang nak bawa pergi dan pergi jumpa cikgu-cikgu kat sekolah.

Dalam banyak-banyak hal, ada satu hal lagi yang tak selesai. Hal hati.

Pagi tu aku terserempak dengan Dia di pekan, senyumannya seperti biasa menampakkan giginya yang bersih, tersusun. Tak sempat aku nak lari dia cepat-cepat mendekati aku dan bertanya,

“Bila awak balik?”

“Semalam.”

“Lama ke balik ni?”

“Sekejap je, nak selesaikan borang-borang untuk pendaftaran nanti”

“Bila nk fly? Tiket dah beli?”

Mungkin dia tahu daripada mbok deh aku dapat tawaran ke Bumi Borneo.

“Lusa saya pergi”

Jeda.

Di sebalik keriuhan orang di pekan, aku dengar dia melepaskan satu keluhan. Aku tengok dia. Sememangnya aku jarang tengok dia kalau bercakap ngan dia. Entah, aku malu. Aku rasa rendah diri.

“Awak jaga diri baik-baik di tempat orang ye.”

Dia semacam sedar mungkin ni terakhir kalinya kami bersua muka. Lama dia tengok aku. Kemudian dia hulurkan not seratus ringgit pada aku.

“Ambillah, saya ikhlas. Buat belanja di sana.”

Aku mendongak nampak dia tengah senyum. Tolong jangan taruh apa-apa harapan sebab aku tahu perjalanan aku masih panjang. Masih banyak yang belum aku kecapi. Aduhai rasa macam orang putus cinta walaupun talinya tak pernah pun kami simpul.

“Saya mungkin tak balik sini untuk tempoh yang lama lagi. Banyak lagi yang saya belum buat.” Tersekat-sekat suara aku.

“Tak apa, saya tahu. Belajar rajin-rajin.”

Aku kira ini yang terbaik. Aku tak setaraf dengan dia. Aku tak sesuai untuk dia. Ayat klise. Tapi itulah kenyataan. Aku tak pernah membayangkan hidup aku dengan sesiapa pun untuk berkongsi kedukaan dan semua keperitan yang aku alami dalam hidup aku.

Masa tu aku sedar aku not at par with anyone. Kawan datang beraya pun aku rasa insecure, macamana aku nak buka ruang tu untuk seseorang yang istimewa macam Johan? Aku malu kalau dia tahu siapa aku yang sebenar. Kehidupan aku yang sebenar.

“Saya minta maaf. Terima kasih untuk semua perhatian awak selama ni. ”

Lepas tu aku jalan masuk ke celahan orang ramai. Aku toleh belakang nampak dia masih berdiri kat situ melihat aku pergi.

Ada yang tanya apa ending kisah aku dan Johan kan, selepas aku grad, aku ada balik kampung sekejap. Masa tu aku dalam kontrak kerja yang lain. Aku balik semenanjung sepenuhnya company tanggung, aku minta cuti 2 hari nak balik rumah mak abah.

Aku terserempak dengan Johan masa nak pergi Pasaraya Aik Heng. Masa tu aku tengok dia tengah nak keluar dari kereta sambil kendong budak kecik atas bahu. Comel je budak tu. Sebiji muka dia hahahha. Aku agak tu anak dia. Tak lama tu dia pun perasan aku ada kat situ.

Kaget. Aku senyum dari jauh, dan dia akhirnya senyum juga dekat aku. Well, nampaknya dia dah pun temui kebahagiaan dia. Aku tumpang gembira. Ikhlas. Aku pun jauh lagi nak tempuh ni.

Lepas ni kalau ada rezeki aku tulis lagi pasal pengalaman aku bekerja sambil belajar di kafe hipster eh korang. Dan…. how i met my husband hehe. Ok korang. Assalamualaikum.

– Cicak Kobeng (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *