Salah Siapalah?

Assamualaikum semua.. panggil sahaja TIA… Single mother, ada sorang… Apa yang nak saya Sampaikan ini semoga jadi pengajaran buat semua adik-adik yang mencari jodoh..

Pernikahan sindikit itu memang wujud ye.. pernikahan ni ada di dalangi oleh iman masjid.. yang ada tauliah daripada pejabat agama.. alasannya nak bantu orang elak maksiat.. jika nikah sah.. alhamdulillah..

Jika tidak sah, maka siapa yang menanggung dosa disini.. aku adalah seorang mangsa yang sedar setelah 6 tahun bernikah.. sedih bukan bila rujuk peguam, ustaz ustzah mahkamah bahawa pernikahan tidak sah..

Nikah melebihi 2 marhalah tapi guna wali hakim dalam negeri yang sama adalah tidak sah.. jika di Thailand dan tempat yang dibenarkan adalah sah..

Aku ni alhamdulillah Allah pelihara lagi daripada perkahwinan ni sebab selepas 3 bulan berkhawin siam untuk dapatkan sijil nikah.. so akad nikah kali ke 2 ni sah..

Actually perkahwinan aku ni tidak direstui oleh keluarga.. disebabkan ex aku ni suami orang.. so aku simpan perkahwinan sorok ni selama setahun lebih… Tiada siapa yang tahu aku berkahwin kecuali seorang kawan baik aku.. family belah suami tahu…

Selepas family aku tahu… Maka bermulah fasa keserabutan dalam kepala.. ye la.. family mana tak marah sebab saya dah contengkan arang muka mereka..

Ayah pernah cakap jika boleh bayar rasa malu tu dia akan bayar.. aku pula rasa kerinduan pada keluarga amat tinggi.. sebab family aku sangat rapat.. ada vacation day bersama.. tinggallah aku kontang kanting tanpa family ..

Fast forward.. selepas tahu aku dah berkahwin maka majlis kawen aku di lakukan.. macam mula2 kawen la.. sebab ramai tak tahu aku sebenarnya dah kawen.. masa ni aku sangat gembira sebab family sikit2 dah boleh terima suami..

Ku ingatkan panas hingga ke petang tapi rupanya hujan di tengahari.. suamiku ingin berkahwin lagi.. dengan kawan baikku sendiri.. yang ku anggap kakak..

Bagaikan nak gila aku waktu tu.. merayu agar suami berkahwin after masalah dengan keluarga ku setel.. tapi tidak di dengari olehnya..

Aku bagitahu pihak perempuan tapi hampeh.. dia kata jodoh dia.. aku bagaikan orang gila.. menangis hari2 akhirnya depression.. putus harapan untuk hidup..

Hubungan keluargaa masih belum pulih.. suami dengan keputusannya. Aku tinggalkan keluarga aku demi suami.. tapi ini balasan suami…

Akhirnya aku ingin hembuskan nafas terakhir sebab dah rasa tiada sebab untuk hidup.. masa tu azan isyak yang menyedarkan lamunanku untuk mati.. Family segera ambilku dari rumah.. bawa keluar… Dah suamiku selamat berkahwin kali ke 3..

1 soalan family ku bertanya.. adakah aku ingin terus bersama suamiku.. jawapan ku ya.. mereka cakap terserah.. jika itu keputusanku mereka turuti..

Hiduplah aku bersama suamiku kembali.. 1 tahun ke 1 tahun.. semakin lama semakin nampak keadilan yang tidak tertegak.. nafkah bertahun2 tidak bagi..

Aku masih setia di sisi.. sampai 1 tahap.. masa tu ramadhan.. 29-30 hari ramadhan.. hanya 1 kali sahaja dia berbuka puasa denganku..

Masa tu ak cakap dalam hati mungkin ini ramadhan terakhir kami.. Sabar sahaja walaupun aku sedih.. aku mula persiapkan diri.. mula cari tentang penceraian.. mula ambik khidmat nasihat daripada peguam syarie..

Aku start berdoa.. ya Allah jika suamiku adalah yang terbaik untukku maka panjangkanlah jodoh kami.. bukakan hati family ku untuk menerimanya.. dan jika sebaliknya angkatkan rasa kasih sayang antara kami.. itulah doaku..

Permulaan aku nampak jodoh kami ni panjang sebab aku mengandung.. selama 4 tahun aku ikhtiar untuk dapat baby.. baru mengandung.. aku jugak nampak hubungan suami dan adik beradik makin pulih.. tapi itu hanya permulaan..

Apabila usia kandunganku 8 minggu aku bleeding.. aku ingin ke hospital tapi suami hanya senyap membisu.. aku wasap bagitahu perutku sakit.. kemudian aku bagitahu dah keluar darah dia tidak membalas 1 pun wasapku.. aku call dia tapi dia letak..

Aku ambik keputusan untuk call ambulance sendiri.. aku dibawa ke hospital.. sepanjang di hospital 1 kali pun dia tidak pernah bertanya khabarku.. aku dan anak sihat ke.. seminggu aku di hospital…begitulah keadaanya.. aku sendiri mengurus diriku..

Kali ke 2 aku di masukkan ke hospital pada usia kandunganku hampir 4 bulan akibat bleedings.. aku di kecemasan wasap suamiku bagitahu kedaanku.. call pun tidak apatah lagi lagi wasap..

Ketika itu beliau sedang bersuka ria berbbq di tepi pantai bersama keluarganya.. mungkin aku bukan sesiapa untuknya…

Pada masa perutku kian membesar aku sangat dahagakan perhatian dah kasih sayang.. aku mula kerap kembali ke rumah family ku walaupun suamiku tidak suka dan tidak izinkan..

Sewaktu dia tiada di rumah selama 2 minggu aku stay dengan keluarga ku.. kebetulan Aku ada apoiment hospital.. senang keluargaku untuk menghantarku.. lepas apoiment aku memang nak balik rumah.. tapi aku demam.. menggigil..

So aku putuskan untuk duduk dirumah keluargaku.. jika aku balik rumah sewa Aku hanya seorang diri.. maka disitu lah bermulanya peperangan aku dan suami dalam diam dan makin parah..

Bila aku balik kerumah sewaku suami tidak balik kerumahku.. aku tiada kenderaan untuk ke klinik dia suruh aku jalan kaki kerana di ke pekan bersama isterinya..

Perasaanku makin hari makin tawar.. Aku mula memberontak.. apabila dia tiada aku mula nak balik duduk dengan family.. dia mula marah sebab tidak izinkan..

Aku dah tidak tahan duduk seorang diri di rumah.. hari2 aku menangis.. aku tidak mahu jadi seperti dulu lagi.. depression.. aku mahu keluar dari di kongkong…

Keadaan makin ketara bila bulan ramadhan tiba.. ramadhan terakhir aku bergelar seorang isteri.. kami bertengkar apabila aku menjawab mulutnya.. aku di tampar dan di sepak di kepala Hingga timbul benjol.. selepas dia tampar dan sepak aku..

Aku ambik keputusan terbesar dalam hidupku.. keluarnya aku dari rumah ini keluarlah aku dari hidupnya.. waktu tu kandung ku 8 bulan.. aku bawa beg laptop ku dan aku keluar melarikan diri..

Aku pergi klinik untuk chek keadaanku dan baby.. dr nasihat aku membuat laporan polis dan chek up di hospital… Dr juga nasihatkan aku agar kembali kepada keluarga..

Akhirnya aku kembali kerumahku.. family bertanya ni balik lama tak.. aku bagitahu yang aku akan kembali ke keluargaku… Aku angkat tudungku tunjukkan kesan lebam kena pukul.. menangis kakakku melihat keadaanku.. maafkan aku kerana telah buat ramai yang bersedih…

Alhamdulillah… Aku makin bahagia bersama anakku.. hari dia ceraikan aku di hadapan hakim tanpa kehadiran ku sebab aku tidak tahu dia mahu lafazkan talak untukku.. hari kejadian tu baru mahkamah call.. aku tidak dapat hadir sebab tiada pengasuh anak..

Waktu tu anak baru berusia 2 bulan.. untuk suami ku dan keluarganya.. Aku tidak putuskan hubungan mereka dengan anak.. mereka yang memblock ku..

If mereka nak cari anak ni silakan.. no mereka pun sudah ku delete dalam memori handphone hari talak di lafazkan..

Aku juga tidak terniat untuk sekat rezeki suami sebab dia di gantung kerja selepas aku buat report tempat dia kerja.. Aku buat report pun setelah dia mengugutku untuk ambik anak dan nak fail nusyuz keatasku…

Aku buat report untuk bagi pengajaran kepada dia agar dia tidak buat orang lain seperti aku lagi.. dan aku juga tahu dia sedang mencari calon2 isteri lagi.. kepada madu2 harap tabah sentiasa.. taat biarlah bertempat..

Kepada perempuan disana jangan jadi sepertiku… Biarkan lambat berkahwin asalkan pilihan tepat..

– Tia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *