Suamiku Menyimpan di Akaun Bank Kakak Kandung

Salam warga IIUM Confession. Sudah 3 tahun aku berbincang secara baik dengan suami, tapi tetap tiada komunikasi dua hala.

Untuk makluman, suamiku seorang penjawat awam. Aku hanya suri rumah yang berpendapatan sampingan melalui bisnes dalam talian.

Aku sedih sebab setiap bulan mesti duit simpanan dia di akaun aku hanya tinggal RM500 ke bawah. Itu pun dia dah terguna duit aku untuk membeli barangan rumah.

Tapi aku bertolak ansur, aku tak kisah. Tapi yang lebih menyakitkan hati, sudah lah tak pandai berjimat, duit simpanan kecemasan suamiku simpan di akaun kakak kandungnya.

Ya Allah, dah kahwin tapi percaya dan biar orang luar urus duit dia. Sedih itu ada.

Andai berlaku sesuatu pada dia, dan kisah aku seperti isteri arwah pelawak terkenal, aku rasa sangat terbeban disebabkan simpanan dia untuk aku tak ada. Ada pada ahli keluarga dia.

Jika sebaliknya kakak suamiku yang pergi dahulu, apakah suamiku tahu kata laluan akaun bank kakak dia.

Kalau tahu, takkan ahli keluarga lain percaya yang tu duit suamiku ada dalam akaun bank kakak dia?

Selain diri ku sendiri ada persiapan, tidak ada secebis langsungkah perasaan suamiku untuk sediakan ‘contingency plan’ untuk diri dan anakku.

Kenapa dia biarkan duit dia dipegang orang lain?

Kenapa dia tak berwasiat atau buat hibah untuk ku dan anakku. Sudah lah buat pinjaman rumah, beli rumah kakak sendiri tapi belum tukar nama.

Ajal maut di tangan Allah, sentiasa aku ingatkan tapi dia masih buat muka tak berperasaan kepada ku. Langsung tak fikir masa depan isteri dan anaknya

Bila ditanya tak pernah jawab. Sedih sangat ya Allah. Aku bual dan bincang dengan dia macam cakap dengan patung.

Dalam rumahtangga hal paling penting adalah tanggungjawab, kepercayaan dan komunikasi dua hala. Sudah la tiada komunikasi dua hala, macam mana aku nak percayakan dia.

Aku sedih sebab aku tiada kawan berdekatan, aku anggap dia teman rapat untuk luahkan perasaan tapi dia macam dengar cerita aku endah tak endah. Tak pernah ‘backup’ aku dalam apa apa hal.

Isu macam kain jemuran kena asap setiap hari disebabkan blok sebelah bakar sampah tak kira masa pun aku luahkan pada suamiku. Boleh pulak dia kata bagus la kena asap, boleh halau nyamuk.

Tak, aku nak luahkan penat aku jemur, tapi habis baju berbau asap. Dia sebaliknya mencemuh aku.

Macam2 isu lagi lah ye tak pernah aku dimenangkan, suara aku tak didengari. Aku LETIH. Bab lain tip top tapi nak mandikan anak, basuh berak anak agak culas.

Nampak remeh tapi kalau setiap masa beri alasan, aku pun letih. Aku sakit hati jugak sebab masa kami bergaduh besar, dia hanya persoal pasal hal hubungan kelamin.

Dia hancurkan hati aku bila dia kata dia oernah minta doa dihapuskan nafsu dia terhadap aku, dan dia terniat untuk menikahi perempuan lain untuk memuaskan nafsu dia.

Ya Allah. Retak snagat hati aku masa tu sampai terfikir nak kelar pergelangan tangan.

Bukan kah aku kata aku letih, aku letih. Kenapa dia tak faham dan ubah cara dia sama sama menjaga anak. Bukan sekadar buat anak dan bermain dengan anak.

Betul lah dia lelaki yang lurus. Tapi tinggi ego terhadap isteri. Dia lemah dengan kawan sekerja. Aku pernah ‘detect’ isu dia ada skandal dengan bos perempuan. Kawan kawan dia suka gosip kan dia dengan bos mereka.

Tindakan dia? Hanya diam, tak menolak, tak marah dengan usikan kawan.

Kawan pun aku boleh labelkan kawan dari neraka. Asyik mencanang beras kita beli. Ya Allah. Habis, kau ke yang bagi duit ke suami aku untuk beli beras tu?

Kau ke masak. Kenapa suamiku rela ja kawan dia kata apa pun, tapi bila berdepan dengan isteri, ego melangit. Isteri cakap apa pun tak dengar, salah. Kawan cakap apa pun dia elok percaya.

Aku harap kawan dari neraka dia tu baca la confession ni. Dan juga ahli keluarga dia. Kalau tersama jalan cerita tu, mohon nasihatkan dia.

Aku nasihat dah, berdoa dah. Cuma aku sedih diperlakukan kan begini. Aku harap suamiku sendiri dapat merendahkan ego dan perbaiki komunikasi dia dengan ku.

Aku didera dari dalam. Luar nampak bahagia, dalam siapa yang tahu.

Aku mohon maaf sekiranya sesiapa baca ni terkait pulak dengan kisah hidup dia baik benar atau tidak. Aku mahukan sokongan, bukan celaan. Terima kasih

– HHJ26 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *