Jangan Kahwin Kerana Nafsu

Assalamualaikum. Hai para pembaca. Aku seorang wanita. Cukup matang lah dari segi pengalaman hidup.. Ini berkisarkan perkara yang memang berlaku disekeliling aku. Semoga yang baik kalian ambil sebagai pedoman terutama kepada yang bakal berkahwin.

Wahai perempuan dan lelaki. Jangan lah berkahwin semata-mata kerana nafsu. Tahu nafsu syahwat itu sebahagian dari jiwa manusia.

Tetapi tolong lah sedar ikut akal yang waras. Mengikut nafsu ini sedap hanya sekejap sahaja dan hanya diri engkau sahaja yang tahu niat sebenar berkahwin. Tolong lah betul kan niat.

Kenapa aku cakap macam ini? Ok mari akuu cerita kan hal ini. Ini memang berlaku didalam sekeliling aku.

1) Kisah pertama : Si jejaka ni konon berkahwin dengan si dara ini atas dasar suka sama suka. Habis lah segala ayat sweet keluar sepanjang dari bertunang sampai la kahwin.

Sepanjang bertunang tuu boleh katakan on call setiap malam, wish good night good morning bagai, memang sweet habis la. Memang dilamun cinta la masing2. Tapi si dara tak sedar, si jejaka ini otak kuning setiap kali bercakap di phone dan berbalas mesej2 asmara dana ini.

Dijadikan cerita selepas setahun berkahwin spark tuu hilang. Memang masing-masing serba tak kena. Masing-masing sering tidak sehaluan tidak sefahaman.

Sampai la satu hari si jejaka ni terlepas cakap kata awak ni dah la tak cantik macam sekian sekian. Ha apa lagi. Mengamuk la si isteri ini.

Rupanya perubahan tingkah laku suami disebabkan dia nampak si isteri tak cantik macam orang lain. Sebab tuu dilayan isteri acuh tak acuh.

Padahal sebelum kahwin kemain laa mengayat si isteri ini. Janji bulan bintang asmara dana bagai. Bila dah dapat dah balun sakan, berubah hati plak. Memang sakit hati la si isteri ini. Si isteri ni apa lagi sedih kecewa lah. Dulu ingatkan si suami ni ikhlas terima seadanya.

(Ini kisah yang baru kahwin setahun dua. Adaa jugak selepas 20 tahun kahwin akhirnya si suami kahwin lain. Alasan? Isteri tak cantik, tak ketat, tak lawa macam dulu)

Kahwin sebab apa? Sebab bakal suami hensem? Sebab bakal isteri cantik? Hai lah. Sedar lah. Rupa ni sekejap sahaja. Pada akhir nya nanti bukan rupa lagi dah yang penting. Bukan menafikan memang Islam pun cakap salah satu cara nak cari bakal isteri tengok Kecantikan kan.

Tapi kan ada 4 ciri lain lagi. Sebab paras rupa, agama dia, harta dia dan keturunan dia. Ni tak. Mula-mula dalam sesi perkenalan tangkap muat saja. “ya saya kahwin kerana Allah”. Padahal dalam hati tak sabar-sabar dah nak tuuuuu…

Jadi tolong lah betul kan niat. Kita semua akan diuji dengan apa yang kita cuba percaya. Kau kata kau kahwin ikhlas demi Allah konon.

Tapi bila pasangan kau makin pudar rupanya makin npak kekurangan dia kau plak mula berubah. Mula gatal sana sini. Jadi niat apa sebetulnya?

2) Kisah ini pun berlaku dalam “circle” akuu. Kisahnya begini. Si Dara ni kahwin la dengan Si jejaka ni. Konon tak kisah si jejaka ni susah baru nak mula hidup. Sanggup katanya.

Alih-alih selepas kahwin mula sedar tak sekufu. Mula sedar yang diri tuu tak mampu hidup susah tak mampu pun.

Ala dah biasa senang mak pak tanggung. Tiba2 kahwin kena hadap hidup susah. Memang tak nak lah. Jadi sama juga. Selepas setahun tuu macam-macam lah jadik.

Mula la marah suami tak mampu beli itu ini. Mula la merungut. Mula la serba tak cukup. Jadi sebetulnya kahwin ituu kerana apa? Niat nya apa?

Mesti pembaca tertanya2. Kenapa cerita-cerita akuu selepas setahun mula berubah? Sebab pasangan ini, tak boleh nak tipu lama-lama. Tak kisah la kau niat kahwin ni apa sekalipun. Masa cukup setahun sahaja. Maka terserlah lah sikap kauu. Masa ni lah keikhlasan masing-masing teruji.

Ya lah kan baru 5 tahun pertama. Mana ada perkahwinan tidak diuji. Kau ingat kahwin ini sedap main ja ka? Kau ingat kahwin ni sebab nak sweet2? Tak weh. Kahwin ni bukan soal tuu. Kahwin ni ibadah paling lama. Kahwin ni tanggungjawab. Hensem kau cantik kau sekejap ja.

3) Ada jugak kisah.

a) Unresolved feeling (perasaan&konflik yang belum selesai tapi sebab dah ada orang tuu depan mata takdak calon lain dah maka kahwin lah dengan orang itu padahal konflik sebenar Masih duk dalam hati)

Kononnya bercinta dengan orang lain kemudian jadi konflik bawak diri (padahal konflik terhenti tak selesai lagi).

kemudian kahwin dengan orang lain. Pastu beberapa tahun kemudian jumpa balik, cinta pun spark balik, bersemut-semut lah, pastu mula lah nak mulakan semula hubungan yang tergendala.

Yang si jejaka ni dengan anak isteri kemain kedekut nafkah bagai. Tapi dengan keluarga baru siap nafkah duit tuu sampai terlebih-lebih plak. Siap macam keluarga terpaling bahagia.

Sebab apa jadi macam ini? Sebab bagi si jejaka dia sedang betulkan keadaan. Dia rasa dia bina hidup baru dengan kekasih hati yang memang ada dalam hati. Habis isteri dan anak2 pertama? Dia stuck kat situ. Dilema.

Tapi sebab dia nak yang kekasih hati ni jadi yang isteri pertama ni lah jadi mangsa keadaan.

Jadi kalau kau ada apa2 masalah berkaitan hati dan perasaan ni baik kau selesaikan waktu itu. Ya. Bertindak matanglah sikit. Kalau sedang fasa move on, Maka move on sungguh-sungguh. Kalau sedang fasa konflik, selesaikan betul2, hadap masalah jangan lari jangan ghaib.

Kalau kau sayangkan dia terus terang, terima saja apa risiko pun. Selesaikan semua masalah waktu sekarang. Solve all your heart feeling right now.

Bukan nya kau bawak rasa hati bertahun-tahun. Kemudian isteri dan anak2 pertama kau ini? Tempat kau lupakan “Unresolved feeling”?.

Tepuk dada tanya akal. Apa-apa masalah berkaitan hati & perasaan ini selesai kan cara baik. Jangan lari jangan gosting jangan jadikan pihak lain tempat kau move on. Konon acah-acah nak buat pasangan kau sedih kau pun kahwin dengan orang lain.

Bila dah kahwin baru kau sedar hati kau takdak kat dia. Kau kahwin pun sebab nak sakitkan hati kekasih kau ja. Pastu isteri sah kau? Kau baik atas dasar tanggungjawab ja. Perasaan sayang tiada? Ha sebab tuu aku kata, selesaikan cara matang.

Ini bila tak matang ni mula la spark balik cinta lama bila jumpa semula. Kalau lelaki ada 2 pilihan. Sama ada curang atau kahwin dua. (Ini yang berlaku dalam “circle ” aku).

Saya banyak jumpa kisah begini. Bila dah kahwin mula sedar hati dia dibekas teman lelaki lah teman wanita lah. Jadi pasangan sah kau sekarang?

Oh saya terpaksa kahwin sebab dia saja calon available waktu tuu, oh saya terpaksa kahwin sebab nak sakitkan hati kekasih saya tuu tapi tak sangka pula terkahwin betul. Oh saya terpaksa kahwin sebab keluarga dia duk desak, lagipun saya memang ada kekasih hati waktu tu.

Ha nampak tak?.Sebab tu kau kena selesaikan semua perasaan yang belum selesai. Jangan jadikan pasangan kau tempat kau nak move on lah bagai. Konon lepas kahwin nanti ok la move on la. Tidak. Kau akan hadap pelbagai perasaan.

Kalau masih sayang kekasih lama kenapa kahwin dengan pasangan sekarang? Tolong lah fikir sebelum buat keputusan untuk berkahwin.

Betulkan niat masing-masing.

4) Cantik, hensem, kaya, ada pangkat, ada harta. Ok ini alasan cliche pernah akuu jumpa. Oh saya kahwin dengan dia sebab dia cantik, sebab dia kerja pegawaj dot dot lah sebab dia kaya lah.

Pastu bila semua tuu berubah &pudar & susut & hilang. Mula lah berubah hati, tak bertanggungjawab lah.Jadi tolong betulkan niat kahwin masing-masing.

5) Kahwin sebab kawan-kawan kahwin. (Merriment) ini sejenis keseronokkan. Tengok kawan kahwin dia pun nak jugak. Alahai kau ni. Nak kata tak matang, umur pun dah berapa. Kawan-kawan kau tu tak cerita pun pahit buruk kisah mereka. Sebab tuu semua nampak indah.

Padahal Kau tak tahu perit jerih mereka bersusah payah membentuk keluarga. Jangan percaya lah gambar2 bahagia di media sosial tu.

Bukan semua benar. Yang selebihnya kepalsuan untuk tutup isu rumahtangga.

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yang berlaku disekeliling aku. Aku cukup faham derita mereka. Hanya pada Allah saja lah aku memohon supaya Allah mudahkah urusan mereka. Yalah kena balik pada Allah. Allah yang pegang hati manusia.

Jadi, tak kisah la kau berapa lama atau berapa sekejap masa bercinta. Berkasih sayang sweet-sweet bagai. Semua ni sekejap saja. Kau melangkah masuk ja alam perkahwinan. Kau tahu lah hakikat sebenarnya. Aku bukan la nak takutkan orang supaya jangan kahwin. Bukan.

Aku nak kalian betulkan niat. Demi Allah. Kena betulkan niat.

Apa niat kahwin kau? Periksa semula. Semak semula. Tanya hati paling dalam. Solat minta doa. Tanya diri sendiri, apa niat sebenar kahwin ni?.

Akhir sekali. Kahwin lah bila kau matang dan bersedia fizikal & mental & kewangan. Hidup bukan soal seronok saja. Hidup ini penuh dengan tanggungjawab.

Setiap pilihan kau buat ada risiko. Tak kisah lah kau kahwin dengan siapa sekalipun perkahwinan kau tetap akan diuji. Masa ini keikhlasan dan kesetian masing-masing akan diuji.

Untuk mereka yang belum bertemu jodoh, aku doakan kalian dipertemukan. Kau belum bertemu jodoh kerana kau belum kuat untuk melalui ujian-ujian dalam rumahtangga.

Betulkan niat untuk berkahwin. Kahwin bukan untuk sekejap. Ia adalah ibadah paling panjang. Kahwin bukan perlumbaan. Berhenti meletakkan kayu ukur pada wanita belum kahwin.

Kahwin sebab nafsu? Nafsu akan pudar. Masa ini lah kau diuji hebat.

– Bunga Merah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *