Penat Yang Tak Terungkap

Assalamualaikum, nama aku K. Tujuan aku menulis bukanlah nak buka aib sendiri cuma kesabaran aku semakin menipis.

Aku berusia lewat 20an, berkahwin 2tahun ++, dikurniakan seorang anak lelaki. Bekerja dalam bidang IT dari bujang sehingga mengandung (terpaksa berhenti kerana alahan yang terlampau teruk macam mayat hidup)

Ok back to the story.. aku dan suami dah kenal lama bertahun. Semuanya baik sahaja. Segalanya berubah selepas aku berhenti kerja (masa mengandung).

Bila mengadu penat dia kata aku “penat pun takpe bukan kena cari duit pun” alahan aku juga dikata dibuat buat.

Aku hilang berbelas kilo, sepanjang mengandung mampu makan buah saja, solat duduk, ulang masuk klinik/hospital.

Bila bagitau apa yang craving kena label mengada makan apa ada sudah. Alhamdulillah tak dapat pun. Pujuk hati nanti ada duit beli.

Kami berpindah ke rumah baru yang dibeli. Alhamdulillah lebih selesa. Saving aku juga digunakan sepenuhnya tolong apa yang patut. Memang dah zero terus takda apa.

Bila pindah aku terus buat dessert dari rumah & jual kawasan sekitar. Alhamdulillah mendapat sambutan. Tapi balik2 duit tu diguna juga untuk family. Untuk sendiri lepas la masuk watson.

Suami senang naik angin untuk benda2 kecik macam aku lupa tutup kipas, lupa tutup lampu ha ni aku mengaku aku memang jenis pelupa..

Bila aku lupa apa apa yes directly terus kena maki hamun. Bangsa tak kena keluar duit, menyusahkan, bebal macam2 lagi. Aku macam dah tak kenal suami aku yang dulu.

Aku jadi lebih berhati hati untuk elak kena marah.. bila dah ada anak segalanya aku urus sendiri.

Ya husband cari duit. Tapi langsung tak ambik tau apa apa. Anak pernah masuk hospital dan warded selama 3 hari sebab suhu demam yang terlalu tinggi aku je yang jaga sebab anak menyusu badan.

Aku sorang2 bawak anak pergi hospital, urusan kaunter, bil, ward, semua aku. Suami langsung tak ambil halfday/MC sepanjang anak dekat hospital. Memang aku menangis fikir kenapa jadi macam ni.

Dekat rumah dia tak boleh dengar anak nangis bising katanya kacau dia. Anak pula fasa mengempeng so aku memang berangkut la nak buat apa apa. Dalam rumah pakai babycarrier masa masak, mop, eh semua termasuklah bila husband aku ada.

Dia sibuk dengan game time tidur je tak main game. Anak menangis tepi telinga pun buat taktau je main game macam biasa.

Segala monthly checkup dari masa mengandung, berpantang, semua lah aku urus sendiri. Duit memang tak ada sebulan ada la bagi RM10/RM20 time pegi klinik pastu kalau tak guna minta balik.

Pakaian aku juga tak bertukar dari awal kahwin, baju raya pun takda. Family kami agak senang sebenarnya. Gaji almost 5k.

Komitmen cuma kereta dan rumah yang mana keduanya tak sampai pun 2.5k Tapi entahla tak pernah nak cukup. Aku pun tak pernah mintak nak beli apa apa since suami dah terlepas banyak kali cakap aku ni beban je dalam hidup dia.

Suami kuat maki hamun, ada ja yang tak kena sekecil benda boleh jadi isu. Macam2 lah kena hina orang kampung, menumpang, bintang dalam zoo semua dah sebut. Kena halau keluar dari rumah sebab dia call aku tak angkat.

Dia senang maki directly contoh tengah drive kereta tak bagi signal orang tu dia terus maki padahal anak ada Dalam kereta. Setiap kali jadi macam tu aku tutup telinga anak. Aku pun jadi trauma.

Aku bukan dari family yang jenis guna bahasa kasar atau maki hamun. Aku minta dia rujuk psychiatry sebab aku tak rasa itu tindakan orang yang normal.

Hidup aku berubah lepas kahwin. Bangun pagi rutin buat breakfast bekal suami. Pastu mop lantai setiap hari sebab rumah ada pet pastu ada anak memang kena jaga la. Pastu fikir nak masak untuk dinner. Baju yang dibasuh akan iron/lipat hari yang sama. Aku tak suka kumpul.

Petang bawak anak ambik angin. Bila dah malam memang sangat sangat penat.

Aku pernah demam teruk tetap dikerah macam biasa. That time dah 11.30 malam macam tu minta aku bangun masak. Aku dah cakap esok la tak larat ni.

Segala maki hamun keluar. Aku pun bangun masak sambil menangis. Aku penat sebenarnya. Nak cakap penat pun takut. Bila cakap auto kena “penat pun tak kena cari duit” aku stress. Taktau mana silap.

Emosi aku sakit. Sebelum ni aku kerja workload tinggi pun tak rasa macam ni. Perkahwinan ni alam lain bagi aku. Aku tak jadi diri sendiri bila asyik kena maki hamun. Aku sedih setiap kali tengok diri sendiri.

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *