Aku dan Mail

Assalamualaikum. Hello everyone! ahh gitu kau kekonon nak greet everyone.

Selamat membaca kisah aku. Cerita ni throwback antara aku dan Mail.

Al kisahnya, aku ni seorang yang introvert & pemalas hahaha. Asal memang dari KL tapi aku sekolah asrama di Pahang.

Sampai la satu ketika tu, parents aku masuk kan aku ke sekolah biasa di KL balik. Mungkin sebab aku tak perform & banyak buat hal kot kat asrama dulu.

Masa kat asrama, aku tak ada lah nakal atau join group budak nakal. Cumanya, aku suka buat hal sendiri, macam ponteng kelas seorang2, kadang keluar atau lari asrama.

Tapi semua tu aku buat seorang2 je tak libatkan orang lain (yela introvert kan, kawan pun boleh kira berapa orang je kat situ).

Okay berbalik kisah aku masuk sekolah kat KL. Kat KL ni aku ada seorang BFF, memang kitaorang bestfriend dari sekolah rendah lagi.

Masa sekolah rendah dulu kitaorang ni dapat kelas pertama (acah2 kelas budak pandai ahahaha) tapi setiap kali exam, kalau aku dapat nombor second last, dia mesti nombor last.

Kalau dia nombor second last, aku mesti nombor last. Begitulah kitaran nombor peperiksaan kitaorang sampai UPSR. Nama bff aku ni Apple (bukan nama sebenar).

So, lepas aku pindah sekolah baru kat KL tu, aku bagitau lah si Apple ni. Gila tak seronok minah ni sebab aku dah sekolah balik kat KL walaupun tak satu sekolah dengan dia, at least tiap2 minggu kitaorang boleh keluar lepak sama.

Aku dengan si Apple ni memang hari2 akan call each other. tak pernah miss tau sampai kakak aku ingatkan aku ni lesbian dengan si Apple ni. Tapi nasib baik parents aku percaya kat aku, mungkin sebab dorang tau aku ni tak ramai kawan.

Masa aku masuk sekolah baru ni aku pon dapat masuk kelas perniagaan. Tak tau lah kenapa cikgu masukkan aku kelas ni padahal Matematik aku ke laut gred nya. Masuk kelas ni, aku memang tak pandang kiri kanan.

Aku duduk tempat aku je, literally living in my own world. Tempat duduk aku kat row tengah & tepi pintu. Kawan aku dalam kelas tu pon budak sebelah aku, dengan 2 meja depan aku ni, seorang budak melayu seorang budak Cina.

Semua perempuan. So balik sekolah tu aku pon telefon lah si Apple ni, report pasal hari aku kat sekolah baru tu.

Tiba-tiba si Apple ni terkejut bila aku bagitau aku dapat masuk kelas perniagaan tu. Dia tanya aku, kenal tak seorang budak lelaki nama Mail? dia kelas tu. Kau mesti kenal dia lah. Kata si Apple. Hahaha.

Aku reply balik dekat si Apple tu, “kau kenal kan aku macamana? kau ingat aku ada keberanian ke nak tour satu kelas tu berkenalan dengan semua orang?” begituuu kau perangai intorvert aku hahaha.

Esok tu si Apple tu suruh aku check seorang budak ni. Dia kata memang aku akan senang nak cam budak ni sebab budak ni seorang je yang pakai songkok dalam kelas. Aku pon pelik macamana si Apple ni boleh tau padahal dia sekolah lain.

Rupanya si Apple ni crush kat si Mail ni. Apple ni pernah terjumpa dengan si Mail ni masa pertandingan sukan apa ntah antara sekolah, terus jatuh cinta katanya. LOL. lupa nak bagitau, Apple ni memang atlet kat sekolah dia.

Esok tu, memang aku perasan ada seorang je budak lelaki yang pakai songkok dalam kelas. Itu pun aku minta kawan Cina aku tu tolong tengok kan sebab aku tak berani nak teleng2 kepala aku cari.

Budak Cina tu kata ada seorang pakai songkok and dia duduk baris meja sebelah aku. Aku pon dengan bangganya pegi report kat si Apple, betullah ada mamat nama Mail ni dalam kelas aku.

Kemain gembira si Apple ni, macam menang pertandingan gores dan menang! Si Apple ni insist suruh aku tegur si Mail ni, tanya kat dia something.

Aku malas sebenarnya nak layan tapi memandangkan dia dah rasuah aku Set McD Bigmac, maka aku beranikan la diri nak pergi tanya si Mail ni. Demi makanan free, ku gagahi diri ku ini hahaha.

Keesokkan harinya, kebetulan si Mail ni lalu sebelah aku. Terus aku tahan dia. Nampak terkejut jugaklah muka dia sebab aku ni tak pernah pun berborak dengan dia sebelum ni. Pandang dia pun tak.

Penat aku kumpul keberanian nak tanya dia benda ni, “kau pernah join pertandingan blablablabla kat sekolah tak xxxx ni kan tahun lepas?” tu je soalan nya tapi nak bertanya tu berpeluh jugak la dahi aku. Terus si Mail ni angguk kepala.

aku pon macam haa okay la, sila lah berlalu pergi aku dah cukup segan & malu dah ni. Dalam hati aku ni dah sumpah seranah si Apple ni, apsal la aku pergi ikutkan sangat kehendak dia.

Balik tu aku pon report lah dekat si Apple, aku siap bagitau dia awal2, kau jangan nak tanya aku suara dia macamana sebab dia tak bercakap pun, dia angguk kepala je.

Lepastu si Apple ni mintak tolong aku tanyakan si Mail ni ingat lagi tak dekat Apple. Memang tak lah aku nak tolong, biar lah dia rasuah aku apa2 set McD pun kalini, memang takkan aku tanya. Hahahaha

Beberapa hari beberapa minggu dah lepas, aku masih lagi hidup dalam dunia aku sendiri kat sekolah tu. Rehat aku lepak kat koperasi sekolah teman kawan aku yang Cina ni sebab dia bertugas jaga koperasi sekolah.

Tepat bunyi loceng balik je, berdesup aku lari balik, tak ada nya aku nak lepak lama2 dalam kelas tu. Tapi aku perasan satu perkara, aku rasa macam diperhatikan.

Dalam kelas, kalau berjalan ke mana-mana, kat koperasi sekolah, rasa macam ada yang pandang. Perasan sungguh kan?

Satu haritu aku nak pergi toilet, masa balik dari toilet aku perasan macam ada orang pandang aku dari atas, aku pon dongak lah pandang atas.

Sipi2 aku nampak songkok orang kat celah2 pagar. Kot ye pon nak skodeng orang, boleh tak tolong nyorok kan dulu songkok tu? kantoi gitu je.

Aku malas nak layan aku jalan je terus. Ada lah time semua pelajar kena berkumpul kat dewan, aku ber4 dengan kawan aku (termasuk budak Cina tu) duduk kat tepi dewan. Lepas tu aku perasan si Mail ni tengah duduk menghadap kitaorang and pandang aku.

Aku pon angkat kepala aku bagi isyarat kenapa kau pandang aku weh? terus dia senyum2 pandang tempat lain. Tau ko takut, padahal aku pon cuak jugak time tu.

Puas aku telek tudung aku ni ada yang comot ke ada kicap tumpah ke yang dia pandang2 ni. Punya lah aku insecured kat diri sendiri hahaha.

Hari yang lain, masa tu dalam kelas. CIkgu tak masuk kelas maka nya berparti lah kami buat hal masing2. ada yang buat concert, ada yang buat tutorial makeup lah, ada yang borak2. Aku masa tu tak silap tengah buat tower kot pakai barang yang ada dalam pencil box aku.

Ala macam ko buat UNO tower tu, tapi aku pakai pen2, pembaris, pemadam & apa2 barang jela yang aku jumpa dalam beg aku.

Kemudian kawan aku si Cina pusing belakang menghadap aku konon nak join aku la. Tiba-tiba dia kelam kabut pandang depan balik.

Aku dah pelik, kau kalau nak join, join jelah tak payah la nak jual mahal dengan aku. Aku pon cuit badan dia tanya kenapa weh? dia just tolak je tangan aku dari depan without pandang aku langsung. Ceh terasa diri ni di reject.

Selang beberapa minit kawan aku si Cina ni baling kertas kat aku,dia siap dah keronyok kan kertas tu lagi. Aku pon bukak lah then aku baca.

Dia tulis, “tadi saya nak join awak main stationery tower tu, masa saya pusing saya nampak Mail tengah pandang awak, then Mail bagi isyarat suruh saya senyap (bawah tu dia siap lukis lagi gambar si Mail tengah letak jari kat mulut suruh senyap. Gigih sungguh).

Dia macam tindakan reflect tau masa tu, aku pon sepantas kilat pusing kepala tengok tempat Mail, memang dia tengah pandang aku. Lepas tu dia senyum kat aku. Handsome jugak.

Patut lah si Apple jatuh cinta. Terus aku pandang depan balik. Member sebelah aku dah terkejut kau kenapa dol main pusing2 kepala ni hahaha.

Sejak haritu aku terus dah taknak pandang si Mail ni. Aku ni pergi balik sekolah memang ayah aku yang hantar & ambil (anak ayah lah katakan).

Satu haritu ayah aku tak dapat ambil balik sekolah, dia kata dia mengantuk. Cis sampai hati sungguh! So aku pun balik lah jalan kaki seorang2. Rumah aku dengan sekolah tak ada lah jauh mana.

Dalam 10 minit perjalanan jalan kaki. Elok aku keluar dari pagar sekolah je, aku dengar ada orang panggil nama aku, Lemon, Lemon. Aku pun toleh and cuba teka apa aku nampak? benda pertama aku nampak adalah songkok. Hahahaha.

Si Mail ni datang dekat aku “nak balik dah ke? saya pun nak balik jugak.” berkerut dahi aku sebab setahu aku, aku ni cuma gelarkan diri saya awak saya awak ni dengan kawan aku si cina tu je.

Aku pon jawablah “iya nak balik tapi rumah kau area mana? kita tak sekali jalan kan?” confident ya aku reject pelawaan si Mail ni. Dia senyum lagi.

Alah jangan lah senyum, cair lah gini. Aku cubit diri aku sendiri bagi sedar. “ouh tak, saya nak pergi arah sana, alang2 kita jalan sekali lah.”

Dia counter balik babe. Aku pun angguk jela. Dia jalan sebelah aku tapi aku jarakkan sikit diri aku dari dia. Tak confident aku time tu tengok dia hahahaha.

Dalam perjalanan tu dari sekolah sampailah kat rumah aku, kitaorang dua memang tak bercakap langsung. Langsung sepatah pun tak bercakap.

Aku siap boleh dengar lagi bunyi perut aku. Dalam hati aku ada 2 benda je. Satu, cepatlah sampai rumah, berpeluh aku si Mail ni ada kat sebelah. Dua, janganlah ayah aku nampak kitaorang, mau aku kena tukar sekolah lagi nanti ni.

Sampai depan rumah aku, terus aku angkat tangan kat Mail ni tanda isyarat bye. Laju betul aku berdesup masuk rumah. Sampai rumah terus aku call si Apple ni marah2. Sebab kau lah semua ni jadi.

Kalau kau tak suruh aku tegur dia haritu, mesti dia takkan tau aku wujud dalam kelas tu. Hahaha aku dan drama aku memang tak boleh berpisah. Apple ni boleh gelak kan aku je ye.

Esok tu, aku masuk kelas tiba-tiba ada seorang budak perempuan ni tegur aku. Dia sekelas jugak dengan aku cuma tak berapa rapat since aku ni jarang bertegur budak kelas.

Dia tanya aku balik dengan siapa semalam. Aku dapat detect something. What the hell is happening here?

aku terus pandang si Mail. Dia perasan aku pandang dia. Aku pandang budak yang tanya aku tadi sambil jawab, kenapa? dia cuma senyum2 je pastu tinggalkan aku gitu je. Balik tu, budak yang tanya aku tadi tahan aku, dia kata nak nombor telepon aku.

Aku pon dengan clueless nya pergi bagi nombor telepon aku. Sampai rumah, elok je aku landing atas katil dengan tudung sekolah masih bersarung lagi kat kepala aku, tiba-tiba ada mesej masuk. Mesej tu tulis “Hai Lemon” .

Tak kuasa aku nak hai2 balik, terus je aku tanya “siapa ni?”.. tak sampai 2 minit mesej masuk “Mail” . Papppppp berderau darah aku. Ini tak boleh jadi ni. Aku kena report kat Apple.

Laju aku taip mesej kat si Apple ni bagitau apa yang jadi. masa tu bukan zaman smartphone, aku pon pakai handphone Nokia Daun je masa tu, tak dapat nak screenshot bagai.

Apple reply mesej aku “Kenapa, kenapaaaaaaaaa… aku mesej dia 2-3 kali dia tak pernah reply. Kenapa dia mesej kau dulu?” hahaha frust menonggeng member tu.

Macam panjang pulak cerita ni. Aku stop sampai sini dulu lah. Nanti aku sambung lagi ye. Btw, aku dengan mail tak bercinta pun lepas tu.

Aku pon tak reply mesej dia lepas dia bagitau yang dia tu Mail.

– Lemon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *