Ibubapa Yang Toksik

Salam semua. Thank you for those yang sudi baca story aku.

And just for clarification, aku tak bermaksud nak buruk-burukkan mana-mana pihak. Sekadar meluahkan semua perasaan terpendam.

Aku berasal dari sebuah keluarga tipikal Malay. Aku membesar bersama 2 orang adik perempuan dan usia kami semua hampir sebaya.

Dari kecik, aku memang dah perasan yang both parents aku ni memang sexist. Diorang selalu taksub nak anak lelaki.

Aku pon tak paham sangat kenapa both parents aku ni taksub sangat dengan nak ada anak lelaki.

Time kecik, kalau jumpa dengan saudara mara memang topic perbualan memang pasal nak Ada anak lelaki.

Aku dan adik -adik aku memang dari Kecik tak pernah di manjakan.

Kalau time exam, memang kena make sure dapat markah yang elok, Kalau tak memang teruk kena marah. Tapi Kalau dapat markah elok, mak aku memang tak pernah nak puji.

Time aku sekolah menengah, finally mak aku ada anak lelaki. Dan memang expected, mak and ayah aku memang manjakan dia.

Semua yang dia nak, semua dia dapat; berbeza dengan cara didikan parents aku dekat aku dan 2 adik perempuan aku.

Kalau dulu aku dan 2 adik perempuan aku cuma dapat makanan fast food sebulan sekali tu pon sebab ayah aku dapat gaji tapi adik lelaki aku, tak kesah bila-bila dia nak memang akan dia dapat.

Mak aku terlampau sayang dekat dia sampai gelap mata dengan semua yang dia buat.

Sekarang ni adik lelaki aku tu darjah 6 tapi memang tak pandai nak urus diri sendiri. Kalau nak makan minum semua mak aku yang ambil hidang depan muka dia.

Bila adik aku muka maki-maki aku sebab dia tu ketagih game, mak aku pulak akan salahkan aku.

Mak aku tu pon memang jenis parents yang tak suka bagi moral support dekat anak-anak.

Aku baru dapat kerja after my graduation but instead of congratulating me , dia jadikan tu sebagai alaskan nak guilt trip aku.

Dia selalu buruk-burukkan aku dekat saudara mara ; cakap yang aku ni memang berkira duit ringgit dengan dia padahal duit gaji aku bulan-bulan memang aku pakai untuk bayar bill -bill dalam rumah tapi dia tak pernah nampak.

Dia sibuk WhatsApp semua kenalan dia di Facebook semata-mata nak cerita keburukan aku. Aku sampai malu nak pergi majlis-majlis sebab rasa insecure dan malu dengan orang.

Mak aku selalu halau aku keluar dari rumah sebab dia cakap aku cuma menyusahkan dia sahaja.

Ayah aku pulak jenis “yes man” apa yang mak aku cakap semua betul di mata dia. Sampai mak aku halau aku dari rumah pon ayah aku cuma mampu diam .

Dan baru-baru ni mak aku jadikan issue baru lagi. Sebab dia kata aku yang buat bill electric melambung-lambung padahal adik lelaki aku yang selalu tengok TV .

Aku cakap laa yang aku memang dah bayar bill wifi, bill cuckoo dan bukan salah aku 100 peratus kalau bill letrik naik tapi mak aku makin mengamuk dan maki aku. Sampai dia hasut ayah aku untuk marahkan aku sekali.

Aku sekarang ni memang dah tawar hati dengan parents aku dan tengah kumpul duit untuk pindah. Tapi aku still sedih sebab tak pernah

Ada supportive parents and kacang-kacang rasa jealous bila tengok orang lain bonding dengan parents diorang.

– Anonymous writer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *