Assalamualaikum, terima kasih IIUM Confenssions kalau sudi siarkan cerita saya. Maafkan saya jika penulisan berterabur sebab saya tak pandai nak mengarang cerita.
Saya Nor, berumur 28 tahun, baru mula bekerja selepas menganggur sejak pkp. Saya nak cerita kisah cinta pertama saya masa sekolah menengah. Masa sekolah saya ada minat dengan seorang budak lelaki dalam kelas, saya namakan dia A.
A ni budak baik, bijak lagi satu pendiam. Kami berkawan macam biasa, saya tak pandai belajar dan dia akan ajar saya sampai faham. Dari saya rasa malas makin lama saya rasa suka nak belajar
Masa tingkatan 4, A dapat tawaran ke sekolah asrama penuh. Saya masih ingat masa hari terakhir dia sekolah saya ada bagi dia hadiah dekat dia dan bagi hint yang saya suka dia.
Itulah hari terakhir kami jumpa dan tak pernah nak berhubung mungkin sebab saya tak ada telefon lagi masa tu. Sampailah masing-masing dah masuk universiti.
Di unversiti ada yang nak berkenalan dengan saya tapi saya tolak dengan baik sebab masih lagi ada perasaan pada A walaupun masa tu memang tak pernah berhubung langsung dengan dia.
Dipendekan cerita, A dapat tawaran sambung belajar di luar negara, sebelum dia nak pergi dia ada mesej saya untuk jumpa. Masa tu saya baru masuk sem baru jadi masih berada di kolej.
A sanggup datang ke kolej untuk jumpa saya. Inilah pertama kali saya keluar dengan budak lelaki. Perasaan dia macam-macam ada rasa gembira, takut, berdosa bercampur dalam satu masa.
Kami keluar dan bersembang cakap seperti biasa dan masih bahasakan kau dan aku macam kawan biasa . Saya nak luahkan perasaan saya pada dia tapi hanya mampu pendam sahaja dalam hati
Selepas dia ke luar negara, kami selalu berhubung dan makin lama saya tahu yang perasaan saya ni tak bertepuk sebelah tangan, walaupun tak ada unggkapan I love u dan sebagainya.
Setiap kali dia balik cuti sem, kami akan berjumpa dan pasti ada sahaja buah tangan yang dia belikan untuk saya.
Selepas saya tamat pengajian diploma saya ambik keputusan tak nak sambung dan terus bekerja walaupun bekerja di kantin sekolah sebab nak jaga mak saya.
Manakala A masih ada lagi ada 2 tahun untuk tamatkan belajar. Kami masih lagi berhubung seperti biasa dan jumpa bila dia balik.
A sangat lah serius dan matang dalam hubungan, dia ajak saya kawin selepas dia habis belajar dan saya ok sahaja sebab kami memang dah lama suka sama suka. Kat luar negara, dia buat kerja part time untuk simpan duit kawin.
Saya dekat sini masih bekerja seperti biasa, dan banyak lompat kerja sebab selalu ada masalah di tempat kerja. Selalu saya ceritakan pada A pasal masalah kat tempat kerja dan A akan jadi pendengar yang baik dan ada masa akan bagi jalan solusi.
Pada tahun 2020, waktu tu ketika pkp banyak sektor pekerjaan yang terpaksa ditutup dan saya juga tidak dapat bekerja dan hanya berharap dengan Perkeso setiap bulan.
Sepanjang duduk di rumah saya bukan duduk saja-saja di rumah saya buat segala kerja rumah memasak, kemas rumah, basuh tandas, pergi pasar dan sebagainya.
Oh ya mak saya pesakit strok jadi selepas tu memang saya yang ambik alih tugas kerja rumah. Alhamdulilah saya suka buat semua ni walaupun penat tapi puas berbanding bekerja di tempat yang toxic sebelum ni.
Selepas 3 bulan saya masuk bekerja semula, majikan ada bagitahu untuk potong separuh daripada gaji asal atas faktor pkp dan tiada sales dari company.
Pada mulanya saya ok sahaja sebab fikir masih ada kerja sedangkan masa tu orang lain ramai yang dibuang kerja atas faktor syarikat banyak yang muflis dan gulung tikar.
Tapi makin lama saya rasa seperti ditindas sebab kerja makin bertambah tapi gaji kadang tak sampai RM500 sebulan. Kebetulan memang mak saya makin sakit jadi saya berhenti kerja dan fikir untuk fokus berubat mak saya dulu sementara cari kerja lain.
Selepas berhenti kerja, saya buat kerja-kerja rumah seperti biasa masak, mengemas, beli barang, buang sampah dan saya jugalah yang uruskan mak saya pergi checkup klinik setiap bulan dan uruskan segala keperluan untuk mak setiap hari.
Mula-mula saya rasa enjoy tapi penat sampai saya rasa tak ada masa nak whatsapp atau call A sebab rasa terlalu penat.
Saya tahu dia terasa hati dengan saya tapi saya tak layan sebab terlampau penat. Waktu ni saya tak putus hantar resume dan hadiri temuduga tapi masih belum ada rezeki.
Diringkaskan, saya dah rasa terlampau penat dan burn out buat kerja rumah sorang diri, tapi saya tak pernah ceritakan pada sesiapa sebab saya rasa ni memang dah tanggungjawab saya sebagai anak.
Pernah saya mintak tolong dengan adik-adik buat kerja rumah tapi suka bertangguh dan akhirnya saya yang buat semua kerja tu.
Ada kalanya saya takut nak mintak tolong dengan adik-adik sebab saya fikir takut diorang stress buat kerja rumah dengan belajar online lagi dan akan menggangu mereka.
Masa ni saya dan A masih berhubung dan berjumpa seperti biasa cuma saya tak pernah ceritakan pasal ni pada dia.
Saya ingat pernah cerita pada seorang kawan rapat yang saya dah penat buat kerja rumah tapi dia bagitahu yang tu hanyalah perasaan saya saja dan benda ni normal, selepas pada tu saya tak pernah lagi ceritakan pada orang lain sebab takut rasa akan terkecil hati dengan jawapan orang.
Tahun lepas, A sudah mula serius untuk ajak berkawin dan ada bagitahu untuk bawak mak ayah dia jumpa saya, saya pada mulanya rasa takut tapi turutkan sahaja. Selepas perjumpaan dengan mak ayah A, hati saya rasa makin kosong, saya makin menjauh dengan dia.
Saya perasan yang saya ada rasa takut untuk berkahwin. Setiap kali saya fikir akan jadi isteri orang, mesti saya akan buat segala kerja rumah sebab itu tanggungjawab seorang isteri.
Saya sayangkan A tapi saya takut nak berkawin bila fikir apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Dipendekan cerita, 3 bulan saya sengaja tak layan A sebab saya rasa berserabut. Bila A ajak keluar saya akan tolak dengan alasan ada hal lain.
Sampai A perasan dengan perangai saya yang makin pelik, dia ajak saya jumpa psikiatri tapi saya tolak juga untuk pergi sebab saya rasa saya sihat, bukan ada masalah mental ke apa. Akhirnya kami buat keputusan nak putus secara baik.
Saya ingat lepas dah putus saya okay, tapi saya silap masa ni saya baru sedar yang A sentiasa ada dengan saya masa senang dan susah.
Makin hari saya makin serabut buat kerja semua tak betul. Saya jadi makin tertekan, masa ni saya dah mula buat temujanji dengan kauseling. Tapi keadaan tetap sama.
Saya ada mesej A pujuk untuk kembali macam dulu tapi A menolak, katanya saya dah buat dia down jadi dia dah tawar hati. Hari-hari saya mesej untuk pujuk dia dan dia tak pernah reply.
Dan akhirnya dia block saya. Setiap hari saya akan teringat pada A, saya akan menangis dan masih mengharap A boleh terima saya.
Saya menyesal tapi menyesal sekarang dah tak ada gunanya lagi, saya kene teruskan hidup saya tak boleh mengharap lagi.
Cuma sekarang saya rasa tak boleh nak move on, pernah saya lalu tempat yang pernah kami pergi dan saya berdiri dekat tempat tu sambil menangis tanpa sedar.
Sekarang hanya tinggal kenangan. Dah bermacam tips move on yang saya buat tapi tak jalan. Dan yang terakhir kalau ada yang boleh kongsikan tips yang berkesan untuk move on bagitahu ye.
– Nor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit