Assalamualaikum. Ini first time saya menulis di sini & saya tak berapa pandai menulis. Minta maaf kalau ada kesalahan tatabahasa & sebagainya.
Sebelum saya bercerita tentang kisah murid saya, saya ingin bercerita tentang peribadi saya dulu. Boleh panggil saya Na. Saya berumur 27 tahun.
Saya kematian ayah ketika kecil lagi & sejak itu, saya struggle untuk capai pencapaian terbaik supaya saya dapat provide untuk family saya.
Saya top student baik di sekolah mahupun Universiti. Saya pelajar yang menerima scholarship.
& setelah tamat belajar & menggenggam ijazah kelas pertama di salah sebuah universiti awam pada umur 22, saya sambung Master di salah sebuah universiti awam juga dan grad dengan pointer hampir 3.9.
Pada tahun terakhir saya master, iaitu pada umur 24 tahun, saya apply bekerja di salah sebuah sekolah swasta & dapat bekerja di sana.
Pada waktu tersebut juga, saya juga mengambil kesempatan untuk membuat Diploma Pendidikan.
Saya sudah pun mengajar di sekolah menengah selama 3 tahun. Dan tahun ini, saya ditugaskan untuk mengajar murid Tingkatan 4 & 5.
Tahun sebelum ini, saya hanya mengajar Tingkatan 1 & 2, tetapi disebabkan guru tingkatan 4 & 5 sudah berpindah, maka saya ditugaskan untuk mengajar kedua-dua tingkatan tersebut.
Setelah seminggu dua saya bekerja, saya dapati beberapa hadiah di atas meja guru saya.
Dan ada beberapa buku yang saya tanda, saya dapati ada love dan nama saya di dalam love tersebut.
Untuk pengetahuan semua, saya seorang yang sangat berhati kering. Ketika di sekolah & universiti pun ada beberapa orang yang suka pada saya.
Tetapi disebabkan saya memikirkan keluarga saya, & saya ingin membahagiakan mereka, maka semua yang confess, saya reject.
Waktu saya menerima surat² cinta dari student, saya anggap itu crush biasa je. Kalau tak dilayan, mereka akan move on juga.
Tetapi, ada seorang murid Tingkatan 5, yang membuatkan saya agak curious.
Dia merupakan best student di sekolah. Dia tidak seperti yang lain, yang menconteng bukan-bukan dalam buku latihan dan menghantar surat² cinta.
Dia meletakkan satu hadiah sehari atas meja saya. Tidaklah terlalu mahal hadiahnya. Harga RM1 – RM2 sahaja.
Macam hari ini saya dapat 1 sachet Nescafe. Hari semalam 1 Kitkat. Hari sebelumnya biskut. Sebelumnya, sekuntum bunga.
Kawan-kawannya mengatakan dia sukakan saya tetapi saya sendiri tak pernah dengar dia cakap apa-apa.
Jadi, saya nak tolak cinta dia pun, macam pelik sebab dia tak pernah confess. Saya pernah melarang dia untuk memberi hadiah.
Tetapi dia kata, ini tanda penghargaan dia dan hadiah-hadiah itu murah-murah sahaja. Tanpa henti, setiap hari, ada sahaja yang diletakkannya di atas meja.
Pada mulanya saya biasa sahaja, tetapi sekarang, I’m always looking forward untuk datang ke sekolah & lihat apa yang ada di atas meja.
Before, I thought I have a heart made of steel, but I guess, at the end, I’m just a normal girl whose heart flutters at the thought of someone liking her.
I feel happy but at the same time, I’m upset for looking forward to these things. Saya sangat suka mengajar.
It has been my lifelong ambition since I was small. Dan saya tahu etika seorang guru tidak membenarkan saya jatuh hati pada murid. Lebih-lebih lagi perbezaan umur kami 10 tahun.
But, this fluttering heart of mine is stubborn.
Saya memang tak nak pursue apa-apa relationship sekarang, and I’ll rethink about it again once he confesses and he’s at an eligible age.
I’m only disappointed at my heart for having this kind of feeling towards a student.
Saya nak tanya pada semua, is it normal to feel this way?
And kalau saya ignore perasaan ni dan layan dia sebagai guru sepertimana yang saya memang buat sekarang dan sebelum2 ni, adakah saya masih lagi bersalah sebab ada perasaan macam ni?
– Na (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit