Assalamualaikum wbt, saya sudah berkahwin hampir 3 tahun mempunyai seorang cahaya mata.
Kebelakangan ini, banyak saya baca confession mengenai suami yang culas bab nafkah batin, dan ya saya salah seorang daripadanya.
Mana mungkin seorang isteri boleh luahkan kepada keluarga/kawan mengenai hal ini, aib rumahtangga.
Tapi hati saya sudah tidak tahan lagi, sentiasa memikirkan untuk berpisah tapi kerana anak, saya lupakan saja…
Pura pura bahagia, pura pura hati ini tidak sedih walaupun sentiasa menagih dan mengemis untuk bersama.
Awal awal perkahwinan memang okey, benda ini terjadi selepas saya mengandung. Saya fikir mungkin suami takut untuk bersama sebab bahaya kepada anak dalam kandungan.
Tapi tak ya, bila saya jumpa apps (18sx) yang tak sepatutnya dalam fon beliau… tak nak bagi tahu apps apa takut orang cari…. Search history pun banyak website lucah…
Saya confront, saya menangis teresak esak. Suami minta maaf dan berjanji tak akan tengok lagi.
Tapi sangkaan saya meleset, sampai sekarang pun masih tengok lagi, walaupun setiap kali kantoi memang dia tak akan mengaku.
Bila dah tengok benda ni, ada la 2-3 kali saya jumpa tisu buat lap a*r man*, agak dah mesti ber*nan*…
Hati isteri mana tak luluh, bila diajak untuk bersama alasan penat kerja, nanti malam jumaat nanti hari cuti.
Mungkin semua ini kifarat daripada Allah swt sebab kami tidak menjaga ikhtilat sebelum berkahwin mungkin, Allahu saya betul betul bertaubat atas kekhilafan diri ini..
Ada satu lagi insiden yang memang saya tak akan boleh lupa, selepas saya bertarung nyawa melahirkan cahaya mata kami, beliau sempat melayan video perempuan seksi seksi ya.
Sementara saya sorang sorang dekat wad. Saya minta dilepaskan bila saya nampak history search tersebut.
Tapi sekali lagi suami berjanji tak akan mengulangi kesalahan tersebut. Hahahaha, layankan je la labu….
Sekarang, dah hampir 6 bulan tidak ada nafkah batin, dah puas ajak macam macam alasan.. saya pun dah tak ada air mata dah.
Mungkin la sebab badan saya lain lepas beranak, tapi suami cakap saya selalu fikir bukan bukan, dia tak kisah pun katanya.
Banyak lagi sebenarnya insiden tapi cukuplah, saya masih akan berusaha untuk bertahan dalam perkahwinan ini.
Semoga Allah tiupkan ke dalam hati suami saya kebencian terhadap p*rn ini, semoga perkahwinan kami sentiasa dalam sakinah, mawaddah warahmah Allah sentiasa..
Buat adik adik yang baru ingin melangkah ke alam perkahwinan, pilih suami yang mempraktikkan agama, jaga maruah diri,
Nampak redflag je fikir la 2-3 kali betul ke ini lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga nanti… sekian coretan hati.
– Zisz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit