Sebumbung Dengan Mertua

Aku lepas habis belajar, aku terus merantau jauh daripada keluarga sebab nak berdikari & tak nak susahkan keluarga.

Jadi aku punya prinsip kalau dah kahwin aku nak duduk rumah sendiri macam orang lain punya impian jugakkan.

Dipendekkan cerita, aku pun kahwin dengan suami aku. Tapi dia ada pesan sebelum kami kahwin untuk tahun awal perkahwinan kena duduk sebumbung dengan mertua.

Masa dia pesan sebelum kahwin tu, aku sampai terlepas cakap kalau macam tu aku nak cancel kahwin dengan dia la.

Bukan apa, orang kata dekat dekat busuk, jauh jauh wangi kan?

Tapi dah namanya jodoh kami pun kahwin dan ya awal perkahwinan tinggallah aku sebumbung dengan mertua dan kakak ipar aku dengan suaminya.

Suprisingly, aku bersyukur sangat sebab dikurniakan mertua yang baik.

Sebagai contoh, masa awal kahwin bab masak. Mertua aku sangat fleksibel, ada hari kami masak, kalau bosan tak tau nak masak apa kami beli lah.

Mertua aku dua dua dah pencen, jadi ada hari kalau diorang bosan kat rumah, diorang jalan jalan la kan.

Ada masa diorang ajak la sekali kalau kebetulan aku cuti tapi kalau diorang keluar memang tak pernah missed belikan makanan apa apa.

Sedangkan aku boleh je masak, tapi diorang risau aku lapar.

Masa aku awal awal dapat kerja pun, setiap hari mertua aku update dengan aku, okay tak kerja, kerja macam mana, penat tak. Memang concern & caring sangat la.

Kalau dah penat balik kerja tu, sebelum sampai rumah dia akan call, dia akan tanya da makan ke belum, nak dia belikan apa apa tak.

Biasa aku makan siap siap sebelum sampai atau tapau apa apa la kan. Buat tambah tambah kat rumah.

Kalau pergi bercuti pun, ada je ole ole dia belikan untuk menantu menantu dia. Walau sekecil hadiah pun cukup buat orang happykan?

Lama lama aku rasa macam kesian kalau aku keluar rumah ni, siapa nak tengok tengokkan diorangkan.

Even masa awal kahwin, kakak ipar aku tu nak la cari rumah lainkan, tapi aku yang tak kasi. Bukan tak kasi cuma rasa mesti sunyi kalau rumah ni tak ramai orang.

Even duduk ramai macam ni, aku still rasa ada privasi sendiri. Sebab diorang tak kisah, kalau penat rehatla kat bilikkan.

Bab duit pulak, memang diorang tak pernah berkira. Contoh masa tu aku saja beli dessert banyak banyak, boleh buat tea time kan makan ramai ramai.

Tapi masa tu aku belum kerja, mak mertua tanya berapa total aku beli sebab banyak sangat.

Aku pun lurus pergi bagitau total sudahnya mertua aku bagi balik duit sebab dia risau aku belum kerja, dia nak aku menyimpan.

Itu jelah setakat ni, aku doakan dan mohon readers semua doakan semoga mertua aku dan parents aku dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik serta sentiasa dalam lindunganNya.

Begitu jugak untuk readers readers semua. Aku doakan semoga kita semua dalam rahmatNya.

– Kucing siam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *