Untuk part I, (https://iiumc.com/terima-kasih-depresi/).
Sebelum aku sambung secara terperinci mengenai sesi terapi yang aku jalani, aku cuma ingin kongsikan update keadaan diri aku terhadap hubungan bersama suami dan anak.
Kemudian aku akan ceritakan bagaimana aku boleh mengenali terapis aku, apakah perbezaan terapis aku dan yang diluar sana dan barulah aku ceritakan sesi terapi tersebut. Posting ini sedikit panjang ya.
Alhamdulillah aku teramatlah bersyukur kerana memilih untuk menjalani terapi tersebut seawal mungkin. Aku memang merasa tenang, like finally aku rasa aku dah lama mencari perasaan macam ni.
Aku tidak bermaksud dengan selama ni walaupun solat mengaji aku tidak merasa tenang.
Tapi ini another feeling in life yang aku rasa setiap orang berhak merasainya at some point of life. Ketahuilah, bila kita tenang, sekeliling kita termasuk anak suami kita pun automatik tenang. Nanti aku ceritakan bagaimana.
Perihal kehidupan seksual dengan suami aku, suami aku amat memahami yang aku sedang ‘healing’ maka beliau memberi aku ruang untuk sembuh sepenuhnya.
Jujur aku katakan, kami tidak bersama sekerap dahulu, namun setiap kali bersama, terasa lebih ikhlas. Bunyinya agak lucukan.
Kerana dahulu aku lebih kepada merasa terpaksa, sudahla letih dengan emosi. Kini juga aku banyak memulakan sentuhan sayang contohnya pelukan random pada beliau. Of course beliau gembira haha.
Jika dulu, entahla mana hilang rasa nak berkasih sayang ni. Jika dulu, ada je aku rasa nak melawan apa beliau cakap.
Aku mendengar point beliau ketika bergaduh dan tak sabar untuk balas dengan hujah yang konon aku always right. Buruk perangai. Kini aku lebih banyak mendengar setiap patah.
Jika aku perlu balas, aku balas dengan tenang. Jika aku rasa aku ingin diam, atau tidak perlu membalas, aku mengangguk diam. Boleh dikatakan, kami sudah kurang bertekak. Alhamdulillah ya Allah atas nikmat ketenangan ini.
Ok beralih seterusnya pada hubungan aku dengan anak. Percaya atau tidak, anak aku sudah kurang memberontak untuk perhatian.
Bukanlah dia langsung tidak menangis, dapatkan perhatian. Dia masih bertindak normal seperti anak kecil. Cuma bezanya adalah cara aku tangani tangisan dia.
Jika dulu, ketika dia menangis kalau aku sibuk memasak atau megemop, aku turut merasa serabut rimas. Aku sendiri tidak dapat mengawal emosi aku.
Of course aku tidak dapat juga mengawal emosi anak aku waktu itu. Kini, aku mampu bertindak tenang. Kadang2 aku senyum melihat dia melepaskan emosinya begitu. Aku tahu itu normal.
Apa tindakan aku setiap kali anak aku menangis jika dia ingin dipeluk ketika aku memasak/ jika dia ingin menonton tv ketika masuk waktu tidur dan sebagainya, aku hanya berkata,
‘Ibu tahu awak sedih kecewa sebab ibu tak main dengan awak/ awak tak dapat tengok cerita best, tapi ibu perlu siapkan makanan dahulu, nanti ibu datang main dengan awak atau ibu peluk okay? / tapi ini waktu tidur awak. Esok bangun tidur kita tengok tv okay?’
Begitulah lebih kurang cara aku kini. Ya anak aku memahami dan dia tenang dengan perlahan. Ada juga selepas itu dia tidak tenang, tapi its okay. Aku tidak paksa dia untuk terus tenang.
Aku cuma duduk tunggu dia tenang dan slowly aku offer untuk bagi pelukan. Macam magik, ia berjaya. Ini aku rasa salah satu tips untuk mak mak diluar sana. Untuk tenangkan anak, emosi kita perlu tenang. Jangan kita tenggelam bersama emosi anak.
Baik kini aku ceritakan bagaimana aku mengenali terapis aku. Aku ringkaskan nama dia pada Cik R. Aku mengenali akaun instagram beliau (soundsoul) melalui akaun instagram seorang pendidik yang memperjuangkan child education.
Sebelum aku membuat keputusan untuk menempah booking slot dengan Cik R, aku go through posting2 beliau. Wow, this is something new for me (aku berkata dalam hati). Beliau seorang psikoterapis.
Untuk pengetahuan kalian, ada beberapa profesion dalam bidang ini,
1) Counselor/therapist
2) psychotherapist
3) Psikiatri
4) Life coach
5) Psikologis.
Ok aku cerita apa perbezaan 1) dan 2).
Yang 1) itu tugasan mereka adalah lebih kepada melihat masalah situasi emosi terkini anda dan bantu bangunkan pelan untuk tangani.
No 2) pula, mereka mirip kepada 1) namun lebih membincangkan secara mendalam mengenai emosi yang terpendam/terkubur/tertanam sepanjang pengalaman lalu termasuk pengalaman ketika waktu kanak2, sekolah rendah, remaja.
Kenapa mereka nak korek masa lampau ni ? Kerana siapa kita sekarang adalah ditentukan oleh pengalaman kita masa kecil dulu atau childhood.
Contoh, kalau korang baca confession aku yang I, korang tahu kan aku selalu cepat marah kalau anak aku buat sepah sebab masa kecil aku selalu dimarah sebab buat sepah.
Jadi kenapa aku memilih untuk menjalani terapi dengan Cik R adalah sebab aku ingin mengetahui apakah punca aku bertindak sedemikian, apa yang ada dalam pemikiran aku dan barulah daripada situ aku boleh mendapatkan jalan penyelesaian, dengan mengetahui punca terlebih dahulu.
Ibaratnya jalan raya asyik berlubang walau kerajaan dah turap banyak kali, rupanya dorang pakai batu murmur je untuk tutup lubang. Lepas ni better kerajaan turap pakai batu mahal supaya kemas dan jalan pecah tak berulang.
Ok ni contoh je tau. Kenapa aku tak pilih je untuk dapatkan rawatan di klinik kerajaan ?
Jujurnya aku ada ke KK untuk dapatkan pengesahan yang aku mengalami depresi seterusnya ingin dapatkan refer letter untuk ke bahagian psikologi. KK area aku ni katanya hanya ada psikologist lelaki jadi doktor tu risau aku malu untuk menceritakan perihal “dalam kain” yang aku alami.
Jadi dia cadangkan aku ke klinik swasta. Aku pun tiada terima refer letter. Jadi sebab itu aku mencari inisiatif sendiri. Selain daripada aku berpendapat psikologist klinik kerajaan ni lambat untuk aku dapat berjumpa dan aku perlukan bantuan secepat mungkin.
Untuk pengetahuan semua, aku hanya jalani sesi terapi dengan Cik R melalui zoom sahaja kerana studio beliau dia KL dan aku di selatan tanah air. Aku menempah sesi seminggu sebelum tarikh dan waktu yang Cik R available. Bayaran yang diperlukan hanya RM200 per jam.
Mahal ? Tidak bagi aku berbanding dengan bantuan yang kau yang teramat perlukan, beliau boleh bantu secepat mungkin serta perubahan perasaan yang kau akan dapat seumur hidup (bergantung pada severity of your problem).
Tibalah waktu yang aku nantikan iaitu sesi terapi. Aku nervous. Aku booking waktu malam kerana suami aku dapat menjaga anak ketika aku menjalani sesi terapi selama satu jam tersebut. Waktu terapi pun bermula.
Soalan pertama yang ditanya adalah, apa yang membuatkan awak perlukan terapi ini. Lebih kurang seperti ini, aku pun sudah lupa.
Aku menjawab, sejujurnya aku tidak tahu dari mana untuk mula. Tapi aku mula ceritakan perihal seksual life dengan suami aku. Aku menceritakan apa perasaan aku ketika di ajak untuk bersama, ketika dipegang, ketika bersama.
Aku luah segalanya yang terbuku. Aku tahu aku luah pada orang yang pakar dalam bidang. Setelah itu, soalan Cik R adalah “awak pernah melihat kes penderaan/pencabulan? Pernah melihat ahli keluarga lain dirogol didera” Aku menjawab tidak pernah. Pada mulanya dia agak pelik.
Soalan seterusnya “awak pernah dicabul?” Bammm. Terus aku teringat insiden aku dicabul sewaktu darjah 6. Aku menganggap ketika itu ia adalah perkara kecil jadi aku mengabaikannya. Seperti aku katakan, badan aku mengingati perbuatan tersebut. Jadi Cik R berkata aku ada trauma response.
Apa beliau lakukan adalah meminta untuk aku menutup mata dan imagine aku berdiri di hadapan aku yang berusia 12 tahun tersebut. Aku diminta untuk take a deep breath dan berkata “you are safe with me, you can enjoy you sexual life…..” maaf aku lupa ayat penuh.
Apa yang beliau buat adalah affirmation. Beliau release childhood trauma aku. Yang dulunya innerchild aku yang berusia 12tahun freeze sebab insiden cabul tersebut and now innerchild aku healthy. Camtulah aku nak cerita lebih pun tak reti haha.
Kemudian aku cerita pula bagaimana perasaan tertekan yang aku alami dengan anak aku. Aku cepat trigger oleh perbuatan normal anak aku. Aku luah segalanya. Tanpa ditanya, aku cerita bagaimana sewaktu aku kecil. Tak boleh sepah, tak boleh comot2.
Cik R bertanya “parents aku ni emotionally available tak waktu aku kecil?” Aku jawab no. Berkasih sayang itu jarang, yang aku tahu dulu2 aku takut pada abah. Abah garang. Dirotan sebab tak siap latihan matematik itu biasa.
Aku dulu tidak ditenangkan waktu kecil jika menangis. Cuma disuruh berhenti menangis sahaja. Maka Cik R sekali lagi meminta untuk aku menutup mata, menarik nafas dan berkata,
“Saya takut bila ibu abah garang, i doesnt meet my need, saya tak dapat perhatian, i forgive my parents ….” affirmation kali ni panjang, aku lupa.
Kali ketiga aku diminta untuk menutup mata, tarik nafas dan pegang di kawasan bawah perut iaitu tempat anak aku dilahirkan. Cik R cakap, perut ni tempat puncanya stress. Jadi, sama seperti tadi, aku diminta untuk ulang apa Cik R cakap.
Selepas affirmation pertama, menitik air mata aku. Aku tidak pernah sangka, badan aku mengingati insiden dicabul tersebut sehingga menjejaskan kehidupan dewasa aku. Walaupun ianya bagi aku kecil. Namun setelah ketiga tiga affirmation selesai, aku merasa lega teramat.
Kerana aku tahu puncanya di mana, seterusnya aku tahu apa yang aku perlu lakukan sendiri selepas ini. Banyak sangat yang aku luah pada Cik R. Dia sangat mendengar, tidak menghakimi. Ya itulah jobscope dia pun.
Cik R siap memeasan, selepas sesi berakhir, perkara yang mungkin boleh berlaku pada yang telah menjalani terapi adalah kerap rasa nak membuang, tidur banyak, selera pun boleh jadi makin banyak haha.
Alhamdulillah she was right. Yang membuang jadi kerap sikit tu sebabnya it release negative emotion/energy yang selama ini tersimpan dalam badan.
Cukup setakat ini pengalaman terbaik aku dalam hidup yang merubah aku menjadi seorang yang lebih baik.
Satu pesan aku, jangan kita ingat bila kita jalani terapi sebab kita gila, sakit mental, lemah dan sebagainya tetapi kita sedang menyelesaikan masalah yang kita hadapi dengan bantuan profesional.
Sama la kalau kita sakit gigi, kita jumpa doktor gigi kan, bukan pomen hehe. Pada ibu ibu di luar sana, carilah ketenangan anda. Bantulah diri anda untuk anda bantu anak anda.
– Wawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit