Takut Dengan Suami

Assalamualaikum wbt. Terima kasih kerana menyiarkan artikel ini. Tujuan saya menulis kali ini untuk meluah, juga muhasabah diri.

Pendapat serta pandangan pembaca juga dialu-alukan.

Saya seorang isteri yang mempunyai seorang suami dan seorang anak.

Pada artikel sebelum ni ramai yang nasihatkan saya supaya teruskan hidup demi suami dan anak apabila saya bersedih dengan kehilangan ibubapa saya.

Memang saya sedang cuba untuk move on dari masa lalu. Untuk bersyukur seadanya dan nikmati hidup hari demi hari.

Namun tak disangka ombak badai menerpa. Pelbagai ujian sungguh bahtera rumah tangga ni kan.

Saya bagai baru kenal watak sebenar suami saya. Tentang marah dan ego seorang suami.

Sebelum ni saya ingatkan dah mengenali, namun semestinya belum.

Usia perkahwinan masih baru. Memang perasaan dia sebagai orang asing tu masih ada.

Saya amat takut dia apa-apakan saya apabila marah. Saya takut dia benci, saya minta dia lepaskan saya jika sudah tidak mahu.

Saya memang ada post traumatic stress disorder. Bila dia buat saya macam tak wujud, tak endah, tak layan, rasa dikongkong, memang stress sangat mental saya, sampai saya terjerit menangis nak gila.

Entahlah. Mungkin ada hikmah semua yang Allah izinkan terjadi. Orang cakap isteri kena jadi isteri supaya suami boleh jadi suami kan.

Peranan dan tanggungjawab masing2. Mungkin saya tak terlalu isteri lagi untuk dia. Sebab masih banyak ikut kepala sendiri.

Susah sebenarnya nak taat dan hormat ni. Sebab kita tahu segala kekurangan suami kita.

Namun amat saya hargai kelebihan dia. Seorang yang baik walau tak seberapa dalam ilmu agama atau quran.

Ustazah Asma’ pun pernah cakap, kita taat suami sebab Allah suruh, bukan sebab suami.

Salah sendiri yang membelakangi suami. Dia tak restu. Dia tak suka. Dia tak redha.

Memang dia tarik muka habis-habisan. Buat saya macam sampah dan hina sangat. Paling sedih bukan, kita minta maaf pun suami tak maafkan.

Paling saya tak boleh tahan adalah dia seorang yang manipulatif. Dia rasa sangkaan dia je betul. Tapi tak berasas pun pendapat dia tu.

Dia tak tahu hujung pangkal cerita, dia tak siasat betul2 untuk tahu kebenarannya, dia tak beri saya peluang pun untuk berikan penerangan ataupun bela diri.

Dia macam obses dengan idea memiliki, dan harus menjaga saya. Risau dia tu sampai membuatkan saya takut.

Dia boleh sampai fikir saya ni dah hilang maruah, timbul fitnah saya berduaan dengan seorang pakcik ni atas urusan kerja.

Saya tak tahu sikap dia macam ni. Tapi jika turutkan kehendak dia baru dia tenang, saya mengalah saja.

Mungkin saya ni kurang menghargai pemberian dia. Mungkin saya ni terlalu selesa dengan hidup berdikari sebelum ni sampai terbawa2 ke alam perkahwinan.

Mungkin saya ni terikut sangat dengan nafsu membeli dan sampai terlupa rasa cukup.

Mungkin saya masih dalam fasa suai diri lagi setelah ketiadaan ibubapa saya.

Mungkin saya juga harus belajar menjadi lebih isteri dengan kerapkan minta izin, restu dan maaf. Mungkin saya perlu lebih hormat dan taat.

Perlu lebih menjaga diri dan patuh. Kerana memang bukan senang kan untuk menjadi seorang isteri dan meraih syurga.

Sekadar coretan perkongsian.

Mekarlah walau dirimu lelah wahai para isteri. Moga Allah sentiasa bersamamu. Wassalam..

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *