Palu Sebelum Tsunami III

Untuk part I, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami-ii/).

Assalamualaikum warga IIUM Confession dan terima kasih admin siarkan artikel ni lagi.. Minta maaf jika mengambil masa lama untuk confession seterusnya.

Mel masih dalam fasa mencari kekuatan selepas kehilangan arwah mak dan arwah ayah dalam jarak beberapa bulan sahaja.

Minta maaf juga jika penulisan Mel berterabur dan tidak tersusun sebab Mel bukan seorang penulis, kalau la page ni boleh letak gambar atau voice macam whatsap tu kan lagi senang, hahahaha…

Tujuan sebenar Mel hendak berkongsi pengalaman dan rasa, bahawa Mel bertuah di lahirkan sebagai Islam dan mendalami ajaran Islam serta bertuah di lahirkan di tanah air tercinta Malaysia.

Bayangkan di negara mereka nak pegi hospital pun mahal, nak bekerja di mall pon kena ada sijil sekolah dan banyak lagi la kemudahan yang kita dapat secara percuma tapi tidak dinegara mereka.

Berbalik pada part II, Mel saja singkatkan menjadi sinopsis supaya ia tidak terlalu sarat, cukup la sekadar memahami apa yang di sampaikan,

Dan semua kejadian ni berlaku di tahun 2010 sebelum eletrik masuk dan line internet juga kurang memuaskan.

Indonesia memang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik,

Hari pertama kami sampai, kami di bawa ke sebuah pulau yang bernama “pulau pasosok” untuk Melihat beratus ekor penyu naik untuk bertelur di waktu malam, snokerling dan acara mengejar dolfin sangat mengujakan.

Tetapi di sebalik keindahan itu tersimpan seribu rahsia dan mistik yang sukar difikir Melalui akal minda yang sihat.

Sebelum stunami palu 28/9/2018 berlaku, ia juga perna di goncangkan dengan angin ribut yang kuat sewaktu “pesta Nomoni” berlangsung.

Pesta nomoni ini penuh dengan kesyirikan, kemaksiatan, ada penyajian makanan kelaut, ada tari-tarian muzik sepanjang malam dan ribuan orang datang dari pelbagai pelusuk kampung.

Mereka tidak mengendahkan bantahan alim ulama indonesia tentang pesta tersebut, jembatan kuning sebagai mercu tanda PALU roboh membawa ratusan nyawa, begitula bila allah murka pada mereka.

PETOBO

Berkeluasan 198 hektar adalah sebuah kampung yang hilang di telan bumi bersama ribuan jiwa, kampung ini adalah pusat terbesar perjudian bahagian Sulawesi.

Sebelum kejadian stunami berlaku, kampung ni sangat la hidup sampai kepagi (macam bukit bintang).

Segala bentuk perjudian ada, judi teka jantina anak untuk wanita mengandung pun ada,

Yang muslim satu rumah bersama 18 ekor anjing, pergi haji umrah mengunakan hasil judi, mendirikan masjid dengan hasil judi, kesyirikan meminum darah haiwan dan juga kemaksiatan.

Menurut cerita Saksi yang hidup, kejadian itu berlaku selepas azan magrib di ikuti goncangan yang sangat kuat,

Dia Melihat sendiri tanah dan jalan raya beralun seperti ombak, mendengar tanah terkoyak seperti kertas, dan Melihat jiran-jiran di telan bumi meminta tolong membuatkan beliau trauma.

Bayangan seminggu lepas stunami berlaku masih terdengar suara-suara meminta pertolongan dari bawa tanah.

Beliau juga menceritakan sewaktu tanah terbelah dan mengeluarkan lumpur yang banyak hingga menengelami paras dada, dia merasakan ada putaran di bawa kaki seperti kita tengah blander bahan masakan,

Beliau juga mengatakan, ini adalah balasan di atas kata-kata mereka sewaktu aceh di timpa stunami, mereka mengatakan mana mungkin stunami Melanda mereka kerana kampung mereka jauh dari laut dan berada di kedudukan tinggi atas gunung.

Tetap jika Allah mengkehendaki tanah dan jalan raya juga boleh beralun seperti air.

Pernah juga di minggu pertama kami sampai suami mengajak abang dan 2 adik lelaki pergi memancing.

Setelah menyiapkan kelengkapkan, mereka bergerak mengunakan satu sampan, di iringi seorang budak remaja yang berasal dari kampung tersebut.

Tiba di destinasi mereka mula memasang umpan, tiba-tiba air laut yang tenang mengeluarkan cahaya yang terang dan membuat pusaran bulat besar, angin mula bertiup dengan kencang.

Remaja tersebut memberitahu keadaan tidak baik dan mengajak untuk pulang.

Sedang sibuk mengemas peralatan mancing, budak remaja itu menjerit “cepat ombak besar sedang menuju kearah kita”

Dalam keadaaan kelam kabut itu suami ternampak dalam ombak besar itu ada sebuah kayu balak besar menuju kearah mereka, dan kayu balak tersebut ternampak seperti Berkepala lalu tersenyum manis,

Suami terus membaca doa sambil berkata pergi jangan ganggu kami, Serentak itu juga semua kembali tenang seperti tidak ada apa yang berlaku.

Mereka pun meneruskan memancing seperti biasa dan membawa hasil laut yang banyak. Inilah kali pertama Mel makan ikan fresh dari laut, rasanya memang sedap. Inshaallah ada masa Mel tulis pengalaman yang lain pula.

Sahabat pena,

– Mel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *