Bongsu Yang Sulung II

Assalammualaikum wbt. Hi geng, saya masih hidup Alhamdulillah. Ini tulisan kedua saya mengenai suka duka kehidupan saya. Sebelum ni penulisan saya berjaya masuk di IIUM Confession.

Alhamdulillah kerana bagi peluang untuk saya untuk terus kuat dengan pendapat readers semua yang membangkitkan semangat saya selepas saya baca comment semua. Terima kasih sangat-sangat.

Kepada yang belum pernah baca penulisan luahan pertama saya tu boleh refer kat link ni:
https://iiumc.com/bongsu-yang-sulung/

So sekarang saya dah tua lah kan nak dekat umur 30an dah. Saya pernah kerja kedai runcit, angkat gas, angkat mineral berliter-liter tu sambil tu saya ada jual anak-anak pokok kecil kecilan dari rumah.

Lepas tu saya decide cari pengalaman baru, saya mohon kerja di farmasi jadi assistant farmasi. Tu je jawatan yang boleh saya dapat. Ya, saya kerja dengan bangsa cina.

Saya jadikan tempat itu saya belajar sepenuhnya. Saya belajar tentang ubat-ubatan (OTC-Over the counter medicine & Ubat dalam-prescription drugs),

Saya belajar tulisan mandarin, saya belajar cakap mandarin, saya belajar komunikasi walaupun tahap beginner dan kelihatan seperti orang bodoh kat situ.

Belajar macam mana? Saya belajar perkataan basic dan ayat basic jelah macam kesou (batuk), tan you ma? (ada kahak tak), xiaoyan (anti-radang), yao (ubat), yi he (satu kotak), liang he (dua kotak) ha gitu gitu jelah.

Tapi sambil-sambil tu saya ada juga study sendiri HSK 1 saje saje buat tambah pengetahuan insyaAllah lepas ni nak ke HSK 2 (Doakan ye supaya ingat apa yang dibelajar).

Masih belum berani nak komunikasi sangat tapi kalau ada member bangsa cina dekat kedai runcit pemilik cina tu memang biasanya saya cuba cakap juga mandarin, tak dinafikan masih kelihatan ketidak pandaiannya hahaha.

So masa saya kerja farmasi, ini adalah susunan Allah paling cantik pernah saya lalui. Tak beberapa bulan bekerja disitu, atuk saya jatuh sakit terus kena bedridden.

Kampung saya jauh dalam 2 jam jugalah. Sebagai cucu yang cuba yang terbaik. Saya tolong ayah saya bab belikan pampers, ubat sapu, susu dan lain-lain yang berkaitan.

Alhamdulillah dapat berbakti sehingga atuk pergi meninggalkan kami. Al-Fatihah.

Alhamdulillah masa sibuk dengan kerja dan bantu atuk tu saya dapat tawaran kerja gomen. Susunan sangat cantik sebab memang saya dah fikir bila atuk dah tiada of course parent saya kena duduk jaga nenek disana. Saya berharap untuk pindah keluar rumah before atuk tiada.

Tapi tiada rezeki sebab kena galas kebanyakkan tanggungjawab parent. Saya kena buat grocery, bersihkan rumah semua tu. So saya hold dulu keinginan saya tu.

Saya dapat offer di negeri yang sama (harapnya bukan daerah yang sama, kalau dpt juga daerah sama doakan saya dapat tempat tinggal sewa ke apa). InsyaAllah lepas ni mungkin ada rezeki part-part yang tertentu. Doakan saya geng.

Saya rasa mesti korang pelikkan kenapa dah ada rumah family, ada adik beradik nak pindah juga?

Sebenarnya saya ada semua siblings lelaki dan paling ingat trauma masa kecil dulu. Saya pernah kena dengan abang sendiri. Saya tak tahu nak clarify as what sama ada sexual abuse or sexual harassment but.

Dia minta tolong kat saya then saya masuk bilik dia, dia suruh saya duduk atas katil then dia tutup pintu lepas tu dia cium aku mat. Masa tu saya umur belasan kot tak berapa ingat tapi memory hitam tu tak pernah lekang dari kepala. Every time saya masuk bilik saya, saya akan kunci pintu.

Mak saya pernah je tegur pasal saya suka kunci pintu bilik sebab takut nanti jadi apa-apa susah. But she never know, saya tak pernah cerita kat sesiapa. Saya bertamnah insecure bila parent start selalu takde kat rumah sebab jaga nenek.

So doakan aku guys, kalau dapat daerah yang sama tolong doakan aku dapat jumpa bilik sewa ke apa as long as aku dah tak risau sangat tentang benda macam ni. Tak best sebenarnya duduk tempat yang kau sendiri rasa tak selamat, betul tak? Doakan tau, I need your Dua sangat-sangat.

Saya semakin heartless sekarang, environment rumah saya ni sangat toxic. Toxic yang ada biawak hidup, main game 24 hours, ahli family yang tiada common sense, segala jenis semua ada. Kat sinilah saya belajar bertapa pentingnya peranan seorang suami yang rajin menolong isteri.

Jika suami tak rajin membantu, insyaAllah anak-anak lelaki pun turut sama. Pilihlah suami betul-betul, biar orang kata kita memilih.

Biarkan sahaja. Ayah saya bab tanggungjawab tu okay lah cuba ada side yang saya sangat heran kenapa boleh mcm tu dan anak lelaki jadi lebih kurang macam tu juga cuma lagi bertambah kurang lagi-lagi part tanggungjawab tu memang hancus.

Saya pernah eh pukul 12 am malam malam buta mak saya ketuk pintu kejut saya, hujan lebat petir kilat sambar menyambar. saya keluar rumah tutup lubang saliran yang selalu buat rumah tu banjir,

Dalam keadaan tempat tu gelap sangat entah ada ular ke lipan ke apa ke saya main redah je tutup lubang pakai plastic dan getah tebal (time ni ayah takde jaga atuk nenek kat kampung, mak, saya dengan sorang abang saya je ada).

Start tu saya rasa mindset saya dah tetap dan susah nak pudar pasal lelaki.

Saya semakin heartless sekarang, pernah masa kerja kedai runcit tu kereta saya rosak. Kereta lamakan kancil yang dah berpuluh tahun, selalu service setiap tahun (bos saya kata “enjin pun nice bunyi sedap je pandai jaga kereta” ) cuma masa tu macam ada masalah kat wiring.

Ujian kehidupkan. So, masa tu pkp tau ayah saya kat kampung tapi mak saya ada dirumah. Jadi mak saya panggil abang saya sorang ni, minta tolong hantar saya kerja naik motor.

Untuk pengetahuan, parent saya belikan siblings lelaki saya semua motor sorang satu ye cash tau takde hutang. Saya sorang je takde motor sebab saya tak ambil lessen motor sebab trauma masa remaja dulu pernah bawak jatuh.

Masa mak saya minta tolong tu memang abang saya marah-marah, wajah tak ikhlas dia tu ada dia duduk je dalam bilik buat tak tahu sambil main game.

Then saya cakap dengan mak takpe saya naik basikal. Mak kata “jauhlah dik nak naik basikal”. Lepas tu mak saya tetang panggil abang saya lagi sekali suruh hantarkan saya. Then abang saya kata “ni mana satu ni!?naik basikal ke naik motor ni?!mana satu?!”.

So saya dah nampak depan mata muka tak ikhlas dia jelas dan nyata ya guys. Saya pun gerak je naik basikal. So sepanjang kereta saya rosak tu memang naik basikal lah senang ceritanya. Peristiwa ni tahun lepas lah kiranya.

So dekat sini point dalam life saya, saya yakin bila saya susah, family tiada untuk saya. Doakan saya dapat kawan yang yang baik- baik dan supportive. sebab sedih. entahlah. penat.

So tahun ni saya balas dendam dengan diri saya, saya sabotaj diri saya. Saya pergi sendiri ke tempat belajar memandu. Saya walk in sendiri tanpa agent. Saya urus sendiri semua benda. Pergi belajar riding sendiri.

Alhamdulillah dapat cikgu yang baik cikgu yang betul-betul ajar saya sampai dapat walaupun masa latihan saya banyak kali fail kat bahagian 2 (of course kat bonggol tu..hahaha).

Alhamdulillah dengan usaha dan tunjuk ajar cikgu-cikgu semua saya dah ada lessen motor sekarang. I am proud of myself actually. At least ada improvement baru dalam diri saya.

Sekarang saya nampak yang banyak juga perubahan yang saya berjaya lakukan pada diri sendiri walaupun kadang-kadang perasaan takut tu ada, but lepas dah settle tu rasa smooth je chill je.

Saya dapat tawaran kerja di gomen pun cantik je susunan Allah betul-betul lepas beberapa bulan atuk meninggal dunia.

Walaupun saya masih takut, tak tahu nanti environment macam mana nanti kat tempat baru. harap semuanya baik baik ataupun harap saya dapat bertahan dalam apa jua keadaan.

Sekarang ada duit simpan sikit-sikit alhamdulillah. Biasa dapat gaji memang saya amalkan terus masukkan duit dalam investment account (Wahed Invest, Tabung Haji dan baru-baru ni nak try MicroLeap P2P investment)

Saya lebih suka yang flexsible boleh tukar-tukar portfolio dari ambil investment dengan agent unit trust ke apa sebab boleh tengok sendiri keadaan, biasalah pilihan mcm ini pun ada pros and cons tersendiri. Saya dah mula jarang belanja online sangat. Pakai apa yang ada dahulu.

Boleh katakan dekat 2 tahun lebih saya tak makan Mcdonalds ye, KFC pernahlah baru 2 kali kot tahun ni, entahlah tapi dah lama lah tak pergi. Duduk kampung takde grabfood keapa kan, senang sikit nak kawal.

Hahaha sebab nak cuba jaga badan yang BMI masih tak okay(statik je berat tak tahu kenapa tak turun lagi, lagi 2 kg je nak BMI normal itupun payah nak turun). I will try to improve myself step by step insyaAllah.

Bab jodoh tu jangan tanya, ada je yang nak try berkenalan siap bagi number phone dia. Cuma saya je tak ready, saya belum puas nikmati zaman bujang saya yang kalau boleh saya nak gunakan untuk belajar banyak benda baru.

I’m so sorry to those men yang nak try. Saya agak turn off bila lelaki cakap “takde siapa yang marah ke saya contact awak ni?”. I’m sorry I am not that type of girl.Not that type yang 24 hours bergayut. Not type yang jenis melayan(boleh kira macam dry texter).

Kalau dapat je yang sekufu memang auto saya tak contact org lain dah. Tapi tulah saya prefer yang boleh borak pasal investment ke pasal belajar something new ke yang jenis nak improve diri so that I can be motivated juga nak improve diri I.

Buat masa ni saya more to motivate my own self untuk mulakan perubahan, jangan terlalu harapkan orang nanti jatuh sakit sangat.

Trauma terhadap lelaki saya tak pernah hilang setakat ni, sebanyak mana saya berusaha tetap ada trauma ni. Mindset saya terhadap lelaki masih kelaut lah.

Jadi buat masa ni saya sangat jarang fikirkan tentang jodoh dan perkahwinan. Saya hanya mampu focus pada diri sendiri.

Saya ingin move on dari family saya, saya dah give up. Saya tidak mahu tersakiti lagi.

Bila saya dengar mak saya cakap depan mata saya, “lepas adik dah kerja jauh nanti, mak duduk rumah jelah tak payah ikut ayah jaga nenek, nanti takde siapa nak jaga abang-abang ni”

Saya dapat jangka sebenarnya saya tak boleh ubah family saya, saya tak boleh ubah parent saya, saya tak boleh ubah perangai abang-abang saya dan saya ini hanya alat untuk mereka selesa.

Biarlah abang saya tak nak kerja ke apa yang penting saya lepaskan diri saya dulu. I had enough.

Lepas ni saya takkan pinjamkan duit pada abang saya lagi sebab saya pernah pinjamkan duit pada dia, dia kata dia nak berkebun nak jadi petani,

Tapi hakikatnya bila dah tanam lada dibiarkannya lada centil sampai merah(Saya tahu ramai vendor pasar tak nak lada merah, diorg prefer ambil lada yang hijau).

Dibiarkan dan terus terusan main game dirumah walaupun umur makin berganjak ke 40 dengan anak satu.Eh. entahlah mat. aku penat. Bila dia jumpa orang, orang tanya kerja apa dia jawab petani. korang rasa?eh. penatlah.

Senang cerita, saya dah heartless.Ini tahun terakhir saya celebrate birthday dengan family dalam keadaan menangis dan tidak dihargai sampai saya terpaksa duduk bermalam diluar sebab mental health saya hati saya sangat remuk ye. Saya dah tawar hati dengan family saya.

Saya minta doa kalian agar dipermudahkan segala urusan saya. Saya dah cuba yang terbaik untuk family saya. Jiwa saya dah tak boleh blend lagi dengan jiwa-jiwa yang ada dirumah saya membesar. I have to move on. Doakan mental health saya guys <3

Akhirul kalam, terima kasih kerana membaca luahan perjalanan hidup saya<3

*member dah lama tak buat karangan macam nilah jadinya

Nota untuk diri:

Dengan ini, aku berharap terhadap diri sendiri agar teruskan mana yang boleh, ubah mana yang mampu, redha dengan apa yang terjadi, teruskan mana yang boleh, membuka hati menuntut ilmu dengan apa yang lebih baik. Teruskan weh. Aku nampak kau boleh.

Kau boleh lawan trauma ride motor dulu. Aku yakin kau mampu tambah baik diri kau lagi. Terima kasih atas perubahan yang kau buat sepanjang perjalanan hidup kau ni.

Biar hati hancur asalkan akal masih mengagahi diri untuk teruskan hidup. Weh. Aku proud gila dengan kau! Kau tak kalah, kau menang!

Kau ada Allah disisi kau. Teruskan perbaiki diri kau ye <3

– ~Ana~ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *